Classnetwork Blog
Welcome
« 3D Animation in Teaching and Learning (Target audience: PF 3411) | Main
TrackBack URL for this entry:
http://classnetwork.net/mblog-mt/mt-tb.fcgi/4
Comments
Perkembangan IT banyak membawa penghidupan kita seharian lebih canggih dan maju namun ianya juga mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan seperti jenayah, akhlak, kesihatan dan sebagainya. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengatasinya?
Posted by: Sa'airah Bte Hj. Yusof | September 16, 2009 09:09 AM
Penggunaan IT memang perlu didedahkan kepada kanak-kanak yang masih diperingkat rendah melalui kursus-kursus tambahan, tetapi biarlah kursus-kursus tersebut seimbang dengan pemikiran dan kemampuan mereka iaitu tidak terlalu berat dan mudah diikuti oleh mereka. Yang paling penting ialah mereka hendaklah sentiasa diawasi oleh guru-guru mereka jika berada di sekolah dan diawasi oleh ibu bapa atau penjaga mereka jika berada di rumah, ini adalah untuk mengelakkan sebarang gejala sosial yang tidak diingini mempengaruhi mereka kesan daripada penggunaan IT tadi.
Posted by: Sa'airah Bte Hj. Yusof | September 16, 2009 09:27 AM
Soalan 3
Tajuk: Penghasilan blog
Bagaimanakah cara yang paling mudah membantu seseorang yang masih baru dalam penggunaan teknologi untuk membuat atau menghasilkan blog?
Posted by: Amal hayati binti Ramlee | September 24, 2009 11:51 AM
soalan 4 (minggu 8 & 9)
Tajuk: Keburukan dan kebaikan penggunaan IT pada dua peringkat yang berbeza.
Apakah keburukan dan kebaikan penggunaan IT di kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah dan di peringkat sekolah menengah?Nyatakan keburukan dan kebaikan bagi kedua-dua peringkat tersebut secara berlainan kerana kemahiran dalam penggunaan IT bagi pelajar di peringkat sekolah rendah dengan pelajar di peringkat sekolah menengah mempunyai perbezaan yang ketara.
Posted by: Amal Hayati binti Ramlee | September 27, 2009 07:59 AM
Respon kepada: soalan kedua Dina Shahrina binti Hj Shahbudin.
Jawapan: Teknologi pengajaran adalah satu set kecil (subset) dalam satu teknologi yang lebih besar iaitu teknologi pendidikan. Persamaan antar kedua-duanya ialah teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran mencakupi alat pandang-dengar yang sama dan mencakupi juga kegunaan sumber-sumber manusia dan bukan manusia. Selain itu, kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu, dengan menggunakan kedua-dua teknologi t4ersebut, menjadikan pengajaran guru dapat dirancang dan dilaksanakan serta diperbaiki supaya pembelajaran murid akan menjadi lebih baik dan berkesan.
Rujukan: Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1984, Teknologi Pengajaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Posted by: Amal Hayati binti Ramlee | September 27, 2009 08:15 AM
Respon kepada: soalan ketiga oleh Affiezah @ Alma' Syafi'ah binti Musa.
Jawapan: Dalam apa jua mata pelajaran, boleh diadakan berbagai-bagai aktiviti dengan menggunakan teknologi,saya ambil di sini aktiviti melalui e-mail juga boleh dilakukan atau diberikan kepada pelajar iaitu, melalui aktiviti ini pelajar boleh berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Selain itu, melalui aktiviti ini juga pelajar boleh berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. Juga boleh, menggalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara, dan juga boleh memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".
Rujukan: http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm
Posted by: Amal Hayati binti Ramlee | September 28, 2009 10:54 AM
Soalan 5
Tajuk : Penggunaan Internet
Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan suatu jaringan dengan jaringan lainnya di seluruh dunia. Jadi bolehkah internet ini digunakan dalam memperkenalkan budaya sesebuah negara?
Posted by: Anizah binti Mohamad | November 1, 2009 07:56 PM
Soalan 5.
Tajuk: Masalah dalam pembelajaran menggunakan teknologi
SPN 21 menekankan agar setiap pelajar celik IT. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar dianugerahi dengan kepandaian dan cepat faham mengenai sesuatu pelajaran yang berkaitan dengan penggunaan IT. Misalnya, pelajar perlu menggunakan komputer untuk mencari bahan rujukan untuk membuat tugasan mereka. Bagaimana pula sekiranya dalam situasi tersebut terdapat pelajar yang lembam, malas dan tidak berminat untuk mengikuti pelajaran waimapun pelajaran tersebut disampaikan menggunakan teknologi? Bagaimanakah guru menangani masalah ini?
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | November 3, 2009 08:16 PM
Salam cikgu. Maaf kerana lewat memberikan soalan dan jawapan bagi tugasan ini. Ini juga adalah disebabkan oleh fungsi 'networking' kurang dikesan. Saya cuba untuk mencari di mana tempat menghantar soalan seperti kelazimannya. Apa yang saya dapati, tempat menghantar soalan, tidak disediakan petak untuk menghantarnya. Tambahan lagi, saya tidak dapat mencari hingga sekarang, apa soalan dari rakan-rakan yang lain untuk soalan yang seterusnya.
Oleh itu, saya sertakan beberapa soalan dan jawapan untuk minggu yang lepas.
Soalan 3 (bagi minggu 6&7):
Apakah pandangan kamu jika seorang guru tidak mahir dalam bidang Teknologi sedangkan kita sudah berada di Zaman Era Teknologi dan di bawah sistem SPN 21?
Posted by: ROSNANI @ 'ALYA SOFIYYA BINTI MOHD SALLEH (06B0842) | November 16, 2009 07:57 PM
Soalan 4 (minggu 8&9:
Teknologi merupakan bahan dan alat di zaman ini. Bersetujukah kamu jka negara kita Negara Brunei Darussalam akan memberikan arahan atau kuatkuasa kepada semua guru supaya menggunakan bahan teknologi sebagai alat atau bahan pengajaran mereka seharian kecuali sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Manakala kepada guru yang melanggar penguatkuasaan ini akan diambil tindakan. Tujuan penguatkuasaan ini adalah untuk menjadikan para pelajar tidak lagi ketinggalan dengan ilmu IT. Di samping itu, menjadikan negara kita setaraf dengan negara-negara yang telah membangun. Bincangkan.
Posted by: ROSNANI @ 'ALYA SOFIYYA BINTI MOHD SALLEH (06B0842) | November 16, 2009 08:05 PM
Jawapan untuk soalan 3 dari Amal hayati binti Ramlee;
Cara yang paling mudah membantu seseorang yang masih baru dalam penggunaan teknologi untuk membuat atau menghasilkan blog ialah:
1. Jika di Universiti atau di sekolah-sekolah, guru hendaklah memeberikan satu kelas khas untuk tujuan pembuatan blog agar semua pelajar akan menumpukan perhatian yang tinggi tanpa ada gangguan dari pelajaran yang lain. Cadangan, kelas ini biarlah diadakan pada hari kelepasan awam seperti hari Jumaat. Manakala masa yang dicadangkan ialah selama 2-4 jam.
2. Jika secara individu pula, seseorang itu hendaklah mencari orang yang pakar atau mulai pakar dalam bidang blog kemudian membuat temujanji. Dengan cara ini, seseorang itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan lagi dari belajar seorang diri.
3. Perkara yang paling mudah lagi ialah dengan cara banyak bertanya kepada orang yang pakar dalam bidang ini. Dengan banyak pertanyaan, kita tidak akan sesat jalan.
Jangan malu bertanya. Jika kita tahu langkah-langkahnya, maka akan terhasillah blog yang diidamkan, Insyallah.
Posted by: Amal hayati binti Ramlee
Posted by: ROSNANI @ 'ALYA SOFIYYA BINTI MOHD SALLEH (06B0842) | November 16, 2009 08:14 PM
Soalan 5 (minggu 10-11);
Guru sebagai pemudah cara. Sejauhmanakah kebenaran ini jika sekiranya guru itu sendiri tergolong dalam orang yang buta IT? Apakah pandangan anda? Bincangkan.
Posted by: ROSNANI @ 'ALYA SOFIYYA BINTI MOHD SALLEH (06B0842) | November 16, 2009 08:20 PM