Teknologi Pendidikan dan Informasi
![]() |
Selamat Datang ke Blog Teknologi Pendidikan. Blog ini bertujuan untuk mahasiswa atau individu yang berminat dengan bidang ini berkongsi idea bagi menjana pemikiran untuk menghasilkan idea baru dari aspek teknologi dan fungsinya dalam pengajaran dan pembelajaran. Gunakan kata-kata penuh hikmah. Kritikan yang membina amat dialu-alukan. Etika 'blogging' perlu di jaga. Selamat 'blogging'

Comments
Soalan : Terdapat empat bentuk model yang sudah diperkenalkandi dalam kuliah cg.Zahari. Antara ke empat-empat model tersebut, model manakah yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan kita?
Posted by: Norhafizah Binti Julaihee (06B0830 ) | August 17, 2009 06:57 AM
Sebagai seorang guru perlu mempunyai kepakaran dalam mempelbagaikan cara penyampaian pengajarannya. Oleh yang demikian, guru juga perlu mempunyai ilmu tambahan mengenai penggunaan IT/Teknologi. Berkesinambungan dengan matlamat negara yang mahu melahirkan aset negara yang pelbagai "universal" iaitu serba mengetahui. Guru perlu merubah cara pengajarannya dengan menggunakan teknologi. Oleh itu, apakah kebaikan seorang guru menggunakan teknologi dalam pengajarannya?
Posted by: Norsadiah Matarsad (06B0841) | August 17, 2009 08:17 AM
Adakah perlu bagi semua guru dalam peringkat rendah dan menengah mengetahui Teknologi Pendidikan? Jelaskan
Posted by: Hajah Nor Rafidah bte Abd Rahman | August 18, 2009 01:01 PM
Penggunaan teknologi seperti komputer dapat diaplikasikan oleh guru dalam mengajar subjek kesusasteraan Melayu. Jelaskan.
Posted by: Rosime binti Abd Manan | August 18, 2009 01:04 PM
Sistem Pendidikan Negara Alaf 21 atau dikenali sebagai(SPN21)adalah satu sistem pendidikan yang baru diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam. Salah satu objektifnya ialah menitikberatkan kepelbagaian penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi guru terutamanya yang berkisar kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pendidikan.Persoalannya di sini ialah, sejauh manakah hal ini dapat dilaksanakan, dijalankan dan dipenuhi oleh guru-guru?
Posted by: Dina Shahrina Binti Haji Shahbudin (06B0802) | August 18, 2009 01:38 PM
Adakah rekabentuk pengajaran dapat mempertingkatkan cara berfikir pelajar?
Posted by: siti sahirah binti jamil | August 18, 2009 01:40 PM
Adakah rekabentuk pengajaran dapat mempertingkatkan cara berfikir pelajar?
Posted by: siti sahirah binti jamil (06B0844) | August 18, 2009 01:40 PM
Apakah kegunaan rekabentuk pengajaran kepada guru dan pelajar?
Posted by: Anizah binti Mohamad (06b0845) | August 18, 2009 01:43 PM
Bagaimanakah rekabentuk pengajaran dapat membantu pembelajaran pelajar?
Posted by: Mohd Syakirin Bin Suhaimi (06B0231) | August 18, 2009 01:44 PM
Adakah reka bentuk pengajaran dapat membantu kemahiran komunikasi pelajar?
Posted by: Md Adi Zulfadhli bin Abd Rahman | August 18, 2009 01:46 PM
Adakah reka bentuk pengajaran dapat membantu kemahiran komunikasi pelajar?
Posted by: Md Adi Zulfadhli bin Abd Rahman(06B0236) | August 18, 2009 01:50 PM
Adakah rekabentuk pengajaran itu dikhususkan untuk pembelajaran di sekolah sahaja? terangkan.
Posted by: Mohd Norazmie bin Mohd Yusof (06B0816) | August 18, 2009 01:52 PM
Posted by: Md Raimie bin Hj Mazid(06B0826) | August 18, 2009 01:56 PM
Kenyataan Yang mengatakan bahawa dengan menggunakan teknologi pengajaran(mencakupi alat pandang-dengar) atau teknologi pendidikan, pengajaran guru itu dapat dirancang, dilaksanakan dan diperbaiki supaya pembelajaran pelajar akan lebih baik dan berkesan. Namun, jika dilihat keadaan masa sekarang khususnya disekolah-sekolah, walaupun seseorang guru itu telah menggunakan pelbagai bahan teknologi, namun masih terdapat pelajar yang tidak berminat dalam pembelajarannya (tidak berkesan), dan pencapaian akademiknya juga kurang memuaskan. Bagaimanakah kita hendak menyelesaikan dan untuk menyelaraskannya dengan kenyataan diatas tersebut?
Posted by: Amal Hayati Ramlee (06B0229) | August 18, 2009 05:07 PM
Berpandukan dengan SPN 21, guru-guru digalakkan untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka. Adakah kamu bersetuju dengan sumber dari internet yang mengatakan bahawa dengan menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjimatkan masa, tenaga dan wang?
Posted by: Nur Hamizah Binti Haji Aji (06B0803) | August 18, 2009 07:12 PM
Teknologi dalam pendidikan sangat membantu dari segi masa dan kewangan serta membantu meningkatkan tahap pemikiran kreatif. Dalam masa yang sama, adakah teknologi ini mampu meningkatkan tahap kefahaman secara keseluruhan bagi pelajar?
Posted by: Siti Rabeah Bte Abdul Jalil | August 19, 2009 06:12 AM
Kecetekkan penggunaan IT di kalangan guru merupakan masalah yang dapat diatasi, Bagaimana pula mengatasi masalah mengimbangi pembelajaran pelajar yang celik IT dan yang tidak terdedah kepada penggunaan IT misalnya yang berada di kawasan luar bandar atau di pendalaman, di dalam pengajaran bilik darjah khususnya dalam mengatur langkah penggayaan dan pemulihan?
Posted by: Dk.Noramalina Bte Pg Rakawi(06B0228) | August 19, 2009 06:33 AM
Respon ( Norsadiah ) - Pendapat saya, dengan menggunakan teknologi dalam pengajaran,akan memudahkan pengajaran guru,pengajaran akan lebih terurus dan pengajaran akan lebih menarik.
Posted by: Norahfizah Binti Julaihee | August 19, 2009 06:37 AM
Pada masa ini penggunaan teknologi termasuk e-pembelajaran telahpun diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi pendapat awda,apakah antara kebaikkan penggunaan e-pembelajaran ini?
Posted by: Norsanani binti Hassan (06B0037) | August 19, 2009 09:08 AM
Kenyataan yang mengatakan " mungkinkah seseorang itu boleh belajar dan mendapat ilmu pengetahuan mengenai teknologi melalui sumber pendidikan sahaja tanpa guru" sejauhmana anda bersetuju dengan pendapat ini. Mungkin ada pendapat lain yang boleh kita kongsikan bersama.
Nama: Affiezah @ Alma` Syafi`ah Binti Musa
Numbor Pendaftaran : 06B0828
Posted by: Affiezah @ Alma` Syafi`ah Binti Musa | August 19, 2009 10:51 AM
soalan:
Adakah seorang guru perlu menggunakan teknologi pendidikan dalam setiap matapelajaran yang diajarkan? Jelaskan
Posted by: Hajah Nor Rafidah Abd Rahman (06B0808) | August 19, 2009 10:59 AM
Reply soalan (06B0841)drp (06B0808)
Seharusnya seorang guru mesti mempunyai kemahiran dalam teknologi pendidikan kerana ini dapat membantu atau merangsang minat pelajar agar mengikuti pengajaran seorang guru dari awal hingga akhir pengajarannya.
Posted by: Hajah Nor Rafidah Abd Rahman (06B0808) | August 19, 2009 11:04 AM
Penggunaan teknologi dalam pengajaran adalah penting dan salah satu daripadanya ialah dapat membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar malah memberinya kemudahan terutamanya dalam penggunaan alat bantu mengajar. Soalannya ialah bagaimanakah teknologi diaplikasikan dalam pengajaran kesusasteraan khususnya dalam pengajaran drama?
Posted by: Suzlina Binti Jukin (06B0813) | August 19, 2009 12:07 PM
Kenyataan yang mengatakan bahawa dengan menggunakan teknologi pengajaran (mencakupi alat pandang-dengar) atau teknologi pendidikan, pengajaran guru itu dapat dirancang, dilaksanakan dan diperbaiki supaya pembelajaran pelajar akan lebih baik dan berkesan. Namun demikian, jika dilihat pada masa sekarang khususnya di sekolah-sekolah, walaupun seorang guru itu telah menggunakan pelbagai bahan teknologi, namun masih terdapat pelajar yang tidak berminat dengan pembelajarannya, dan pencapaian akademik mereka juga kadang-kadang adalah ditahap yang tidak memuaskan. Jadi bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini dan menyelaraskannya dengan kenyataan di atas?
Posted by: Amal Hayati binti Ramlee (06B0229) | August 19, 2009 08:39 PM
rujuk soalan O6B0808
saya menjawab soalan tersebut seperti di bawah:
Ingin saya menjawab pertanyaan di atas, jika dilihat zaman sekarang, pengunaan teknologi seperti internet ( laman sesawang) tidak asing lagi, tapi sebelum menjawab pertanyaan itu kita perlu fahamkan dulu apa makna teknologi pendidikan, adakah ianya merujuk kepada ABM ( alat bantu mangajar), bagi saya, ini terpulang kepada guru itu sendiri bagaimana cara penyampaiannya ketika mengajar dalam kelas, walaupun menggunakan alat bantu mengajar yang dianggap biasa jika dilihat konteks zaman sekarang seperti OHP pun sudah memadai. Terpulang kepada guru untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran dalam kelas.Tetapi ini tidak dinafikan dengan menggunakan ABM yang canggih ( teknologi) seperti Internet, Blog, Projektor itu pelajar-pelajar sekolah akan lebih faham, lebih bergiat aktif dalam menceburi bidang mata pelajaran yang mereka ambil. Namun adalah lebih baik jika teknologi, ABM yang canggih itu digunakan pada setiap mata pelajaran seperti matematik, sains, sastera untuk menarik minat pelajar, meningkatkan kefahaman pelajar. Setiap guru mahukan pelajar untuk berjaya bukan? jadi sebagai seorang guru perlulah mencari strategi yang baik untuk pelajar dan yang penting guru mencuba yang terbaik kepada pelajar.Tetapi ini tidak bermakna tanpa teknologi yang canggih pengajaran tidak berkesan, ianya tetap berkesan sepertimana menggunakan teknologi dalam pengajaran seperti projektor/internet. Isu penting atau tidak itu terpulang kepada penerimaan setiap individu seperti bak pepatah ' rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain' sekian
Nama : Affiezah @ Alma` Syafi`ah Binti Musa
Numbor Pendaftaran: 06B0828
Posted by: Affiezah @ Alma` Syafi`ah Binti Musa | August 19, 2009 10:26 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ssya teruskan sahaja pada soalan seterusnya.
Soalannya;
Ilmu teknologi semakin berleluasa di seluruh dunia termasuklah Negara Brunei Darussalam. Manakala guru-guru pada masa ini mengalami delema dalam bidang teknologi tambahan pula sistem pendidikan Negara adalah berpusatkan kepada pelajar. Oleh itu, sesetengah guru mempunyai banyak masalah dalam menghubungkaitkan teknologi dalam pengajaran mereka seharian malahan ada yang masih menggunakan 'cara yang lama' sebagai pengajaran mereka. Bincangkan.
Posted by: Rosnani@'Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh | August 19, 2009 10:49 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ssya teruskan sahaja pada soalan seterusnya.
Soalannya;
Ilmu teknologi semakin berleluasa di seluruh dunia termasuklah Negara Brunei Darussalam. Manakala guru-guru pada masa ini mengalami delema dalam bidang teknologi tambahan pula sistem pendidikan Negara adalah berpusatkan kepada pelajar. Oleh itu, sesetengah guru mempunyai banyak masalah dalam menghubungkaitkan teknologi dalam pengajaran mereka seharian malahan ada yang masih menggunakan 'cara yang lama' sebagai pengajaran mereka. Bincangkan.
Posted by: Rosnani@'Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh | August 19, 2009 10:50 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ssya teruskan sahaja pada soalan seterusnya.
Soalannya;
Ilmu teknologi semakin berleluasa di seluruh dunia termasuklah Negara Brunei Darussalam. Manakala guru-guru pada masa ini mengalami delema dalam bidang teknologi tambahan pula sistem pendidikan Negara adalah berpusatkan kepada pelajar. Oleh itu, sesetengah guru mempunyai banyak masalah dalam menghubungkaitkan teknologi dalam pengajaran mereka seharian malahan ada yang masih menggunakan 'cara yang lama' sebagai pengajaran mereka. Bincangkan.
Posted by: Rosnani@'Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh (06B0842) | August 19, 2009 10:51 PM
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ssya teruskan sahaja pada soalan seterusnya.
Soalannya;
Ilmu teknologi semakin berleluasa di seluruh dunia termasuklah Negara Brunei Darussalam. Manakala guru-guru pada masa ini mengalami dilema dalam bidang teknologi tambahan pula sistem pendidikan Negara adalah berpusatkan kepada pelajar. Oleh itu, sesetengah guru mempunyai banyak masalah dalam menghubungkaitkan teknologi dalam pengajaran mereka seharian malahan ada yang masih menggunakan 'cara yang lama' sebagai pengajaran mereka. Bincangkan.
Posted by: Rosnani@'Alya Sofiyya Binti mohd Salleh (06B0842) | August 19, 2009 10:57 PM
Salah satu peranan guru dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan tersebut, guru mengharapkan objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai dengan sepenuhnya. Oleh yang demikian, ada beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh guru dalam melaksanakan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti penggunaan teknologi. Oleh yang demikian, apakah langkah-langkah yang perlu diambil kira oleh guru dalam menggunakan teknologi semasa proses mengajar bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran?
Posted by: Rosime binti Abd Manan ( 06B0224) | August 20, 2009 07:59 AM
Penggunaan Tekonolgi dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam Sistem Pendidikan Negara (SPN21. Adakah kenyataan ini benar?
Posted by: Abu Zar Abdullah (06B0806) | August 20, 2009 08:07 AM
Soalan: Berkenaan dengan 4 model yang telah diajarkan oleh Dr. Zahari Hamidon, model manakah yang paling berkesan dan banyak digunapakai dalam menarik minat pelajar serta menyelesaikan isu-isu pembelajaran dan pengajaran dengan efektif?
Posted by: Dk Siti Ardiah binti Pg Mohiddin, 06b0810. | August 20, 2009 08:13 AM
Reply - Soalan Rosidah binti Haji Ladi.
Jawapan> Antara halangan-halangan yang sering berlaku terhadap seorang guru itu untuk mahir dalam penggunaan ICT, ialah:
a) Kurang atau cetek pengalaman dalam menggunakannya - maksudnya jika seseorang guru itu mempunyai pengalaman yang kurang dalam menggunakan ICT, jadi guru itu akan takut dan tidak mempunyai keyakinan untuk menggunakannya dan akan berfikir adalah lebih baik baginya untuk tidak mahir sahaja dalam penggunaan ICT.
b) Sambil lewa (sikap negatif) - mungkin bagi seorang guru itu, penggunaan ICT adalah tidak penting.
c) Peluang menggunakan ICT yang terbatas - Maksudnya guru tidak berpeluang untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai pengunaan ICT (terhad).
Nama: Amal Hayati binti Ramlee :)
06B0229
Posted by: Anonymous | August 20, 2009 08:25 AM
Sejauhmana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah melalui blogspot atau wordpress?. Bincangkan.
Posted by: Noor Karliyana Haji Matassan (06B0824) | August 20, 2009 08:39 AM
Suasana pengajaran masa kini digalakkan berpussatkan pelajar. Perkara ini sejajar dengan kehendak MOE yang memperkenalkan SPN21. Berdasarkan keadaan semasa, aplikasi penggunaan IT menghadapi banyak cabaran berikutan pelajar-pelajar sekolah sekarang lebih cenderung ke arah melayari internet cuma untuk 'chatting' dan 'surfing' kosong. Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menjayakan atau mengatasi situasi ini untuk menerapkan penggunaan IT?
Posted by: ruddy (06B0829) | August 20, 2009 08:45 AM
Jawapan kepada soalan Norsadiah (06B0841)
kebaikan seorang guru menggunakan teknologi dalam pengajaran salah satunya adalah pengajaran kan menjadi mudah dan ringkas.sebagai contoh menggunakan Powerpoint dalam pengajaran. selain itu pengajaran dengan menggunakan teknologi juga boleh menjimatkan masa. pembelajaran yang tidak menggunakan teknologi mengambil masa yang agak lebih sikit kerana guru menulis isi pelajaran dalam papan putih. Namun jika menggunakan teknologi, masa yang agak lama boleh dikurangkan sedikit.
tambahan pula dalam era ICT ini tidak dpat dinafikan bahawa pelajar sebahagiannya sudh mahir dengan ICt berbanding dengan guru-guru mereka.
sekian Terima Kasih.
Abu Zar Abdullah (06B0806)
Posted by: Abu Zar b Abdullah (06B0806) | August 20, 2009 08:52 AM
Perlukah seorang guru menghasilkan suatu yang kreatif dalam teknologi untuk pengajaran agar menarik minat para pelajar?
Posted by: Mohammad Rainie bin Haji Durani (06B0232) | August 20, 2009 09:00 AM
Jawapan kepada Norsadiah Matarsad 17/08/09.
Memang tidak disangkal penggunaan teknologi mampu memberikan kebaikan kepada guru-guru yang menggunakannya. Pada pendapat saya perkara ini terpulang kepada guru itu sendiri mengaplikasikannya. andainya guru tersebut bijak mendorong minat pelajar menjuruskan ke arah bijak memilih dan menggunakan. Namun perkara ini akan menjadi sebaliknya jikalau guru tersebut hanya menggunakan teknologi untuk kesenangan dirinya. Tambahan lagi, kebaikan akan hilang dan timbul keburukan jikalau menggunakan teknologi tersebut tanpa pemantauan dari guru-guru yang menggunakan dan juga tidak ada memberikan penerangan secara pratikal. Keseluruhannya, penggunaan teknologi dalam pengajaran guru terpulanglah bagaimana individu tersebut bijak mengaplikasikannya.
Posted by: ruddy (06B0829) | August 20, 2009 09:10 AM
Jawapan kepada Norsadiah Matarsad (06B0824):
Kebaikan seorang guru menggunakan teknologi dalam pengajaran:
1. Membuka minda pelajar untuk mengetahui banyak kemahiran termasuk kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
2. Mempelbagaikan alat bantu ajar dan belajar agar pelajar lebih berminat dalam sesebuah mata pelajaran di sekolah-sekolah.
3. Memudahkan para guru untuk mengongsikan segala ilmu pengetahuan terutama bahan-bahan yang boleh digunapakai oleh pelajar-pelajar.
Posted by: Noor Karliyana Haji Matassan | August 20, 2009 09:12 AM
Respons kepada soalan Norsadiah Matarsad (06b0841):
pada pendapat saya,penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini sudah merupakan satu perkara yang lazim digunakan oleh kebanyakan guru. Antara kebaikan menggunakannya ialah:
1)Secara tidak langsung,guru tersebut mendedahkan penggunaan teknologi kepada pelajar.
2)Dalam waktu pengajaran pula,guru dapat menjimat masa berbanding menulis isi pelajaran di atas papan putih.
3)Guru juga dapat menarik minat pelajar dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.
Posted by: Dk Siti Ardiah binti Pg Mohiddin, 06b0810 | August 20, 2009 10:03 AM
Dalam zaman globalisasi ini, kita dapat lihat ibu bapa berlumba-lumba memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Pendidikan ini termasuklah kemahiran IT agar anak mereka celik menggunakan teknologi dan tidak ketinggalan zaman. Walau bagaimanapun tidak semua sekolah dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi IT seperti sekolah rendah dan sekolah agama serta hanya ibu bapa dari keluarga berada / sederhana yang mampu menyediakan kemudahan IT di rumah untuk anak mereka. Persoalannya, bagaimanakah guru dapat memberikan pendedahan dan pengajaran yang sama rata kepada murid-murid atau pelajar-pelajarnya?
Posted by: Muhammad Azmi Bin Haji Zaini (06B0148) | August 20, 2009 10:21 AM
Pada tahun 1990-an pelbagai teknologi telah direka cipta tetapi mengapakah di negara kita Negara Brunei Darussalam baharu melangkah untuk menggunakan teknologi ini sebagai bahan pengajaran (ABM)? Adakah sebelum ini mereka tidak terfikir untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran atau di negara kita tidak ada pakar-pakar IT atau bagaimana? Di harap awda dapat memberikan jawapan kepada soalan saya ini.
Posted by: Mohamad Hasmin bin Haji Hashim (06B0822) | August 20, 2009 10:24 AM
Peranan - peranan Teknologi Pendidikan antaranya ialah dapat membantu pelajar memperbaiki keseluruhan kebersanan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat menjimatkan masa. Ia juga menambah kualiti pembelajaran atau darjah penguasaan seseorang individu. Persoalannya: Adakah anda bersetuju?
Posted by: Dk Ervinia Bte Pg Hamdan (06B0848) | August 20, 2009 10:32 AM
Teknologi membantu pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Malah, guru seharusnya mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi. Persoalannya, sekiranya guru itu ingin membawa pelajarnya di luar kelas (field work), adakah guru itu perlu menggunakan teknologi?
Posted by: Mohd. Khairul Fahiran bin Ahmad | August 20, 2009 10:36 AM
Saya ingin menjawap soalan yang diutarakan oleh Norsadiah Matarsad (06B0841) yang telah dihantar pada 17 Ogos 2009. Iaitu terdapat banyak kebaikan yang bagi guru yang mahir dalam penggunaan I.T dalam pengajaran. Antaranya ialah pelajar tidak rasa bosan dengan cara pengajaran tradisi iaitu yang hanya menggunakan kertas hitam dan putih sebagai pengajaran yang membosankan. Dengan adanya kemahiran teknologi, pengajaran menjadi semakin menarik buat pelajar kerana penggunaan preisian yang canggih seperti power point, flash player dan sebagainya kerana menurut kajian sains memberitahu bahawa warna boleh menarik minat seseorang apatah lagi di dalam pengajaran.
Di samping itu juga, teknologi boleh menjimatkan kos perbelanjaan guru dari segi nota edaran iaitu guru tidak seharusnya memberi nota kepada pelajar dengan menggunakan kertas sahaja tetapi boleh memberi nota kepada pelajar dengan menggunakan Via email dengan mudah dan cepat. Bukan sahaja menjimatkan kos tetapi boleh menggajar pelajar celik komputer seperti yang dimahukan oleh SPN-21 pada masa kini.
Dengan adanya teknologi lagi, jika guru tersebut menggunakan I.T di dalam kelas, lebih nampak lagi keprofessionalan guru tersebut kepada pelajar, lebih-lebih lagi guru tersebut boleh menjadi "role model" kepada pelajar untuk menggunakan I.T sebagai jalur untuk mendapat maklumat pelajaran selain menggunakan I.T sebagai alat komunikasi dan rutin seharian pelajar.
Sekian sahaja jawapan saya bagi soalan yang diutarakan di atas. Assalamualaiku...dari Mohammad Khairul Nizam bin Suhaili (06B0812) (Sarjana Muda Sastera Pendidikan)
Posted by: Mohd. Khairul Nizam bin Suhaili (06B0812) | August 20, 2009 10:42 AM
Dalam era pendidikan yang pesat membangun ini, kaedah pengajaran dengan cara menggunakan e-pemelajaran mungkin dapat membantu para pelajar.Soalan saya, bagaimanakah caranya menjalankan ataupun mengungkayahkan e-pemelajaran bagi pelajar yang kurang upaya(dalam erti kata lain pelajar yang cacat dari segi anggota fizikal seperti cacat penglihatan,lembam,pravok dan lain-lain lagi).
Posted by: Fahrurrazi Hj Matali (06b0814) | August 20, 2009 10:43 AM
Jawapan untuk soalan Norsadiah.
Guru perlu mempunyai pengetahuan dalam menggunakan teknologi. Teknologi boleh menolong penyampaian guru itu menjadi lebih berkesan. Misalnya, sekiranya guru itu ingin mengajar karangan tentang keindahan pantai di negara Brunei. Maka, guru itu boleh menunjukkan video ataupun gambar kepada pelajar.
Di sinilah, kita boleh dapat melihat kebaikan seorang guru dalam menggunakan teknologi dalam pengajarannya.
Posted by: Mohd. Khairul Fahiran bin Ahmad | August 20, 2009 10:43 AM
Penggunaan teknologi di dalam pengajaran boleh dikatakan canggih dan maju. Namun, ia juga mempunyai kelemahan ataupun kekurangannya yang tersendiri. Jadi, apakah kelemahan yang boleh di dapati dalam penggunaan I.T dalam pengajaran? Walaupun kebaikannya boleh di katakan lebih bnyak daripada kelemahannya ataupun kekurangannya.
Posted by: Mohd. Khairul Nizam bin Suhaili (06B0812) | August 20, 2009 10:51 AM
Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sudah ramai guru yang terlatih dan tahu menggunakan alat teknologi canggih, misalnya powerpoint, video, flash, animasi 3D dan lain-lain. Guru juga mengaplikasikan alat teknologi canggih ini dalam pengajaran dan pembelajarannya di sekolah. Bagaimana jika penyediaan alat teknologi canggih ini terlalu memakan masa, misalnya masa pengajaran selama 1 jam tetapi penyediaannya selama 15 minit, oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, misalnya alat LCD projektor lambat berfungsi atau tidak berfungsi langsung. Soalannya, adakah dalam situasi ini guru tersebut perlu meneruskan menggunakan alat teknologi itu atau mencari alternatif yang lain dalam pengajaran dan pembelajarannya?.
Posted by: Muhammad Iyad Fathi bin Ahad | August 20, 2009 10:59 AM
Reply to : Norsadiah Matarsad ( 06B0841 )
Kebaikan seorang guru menggunakan teknologi dalam pengajarannya adalah bertujuan untuk mewujudkan pencapaian objektif pengajaran itu sendiri bahkan dengan adanya penggunaan teknologi dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk belajar sebagaimana yang dinyatakan oleh Abd Rahim Abd Rashid (2000 : 1)bahawa teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar.
Selain itu, pengurusan masa juga dapat diselaraskan di dalam pengajaran guru apabila menggunakan teknologi seperti komputer terutamanya dalam mengadakan aktiviti bagi pelajar di dalam bilik darjah atau makmal komputer. Disamping itu, kebaikan guru menggunakan teknologi komputer secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada pelajar bahawa penggunaan alat komputer di dalam pembelajaran adalah sangat penting. Juga, guru dapat mewyjudkan kemahiran para pelajar menggunakan teknologi terkini yang dikaitkan dengan aspek ilmu pengetahuan.
Oleh itu, penggunaan teknologi di dalam pengajaran adalah bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan oleh guru.Pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kepada E-Learning seperti penggunaan teknologi komputer adalah memberikan kesan yang baik terhadap pengajaran guru itu sendiri dan juga para pelajar.
Rujukan :
Abd Rahim Abd Rashid.2000. Wawasan & Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Posted by: Rosime binti Abd Manan ( 06B0224) | August 20, 2009 12:26 PM
Bagaimanakah ICT(Teknologi) itu diaplikasikan dalam pelajaran?
Posted by: Nur Azrina | August 20, 2009 12:39 PM
Apa pandangan abiskita mengenai peruntukan kemudahan IT yang belum mencukupi di sekolah-sekolah sedangkan pada masa yang sama guru diharapkan agar menyampaikan pangajaran melalui kemudahan IT. Apa yang berlaku di sini guru yang sudah bersiap sedia menyediakan teaching aids menggunakan IT tidak dapat mnyampaikannya kepada pelajar-pelajar kerana kemudahan di sekolah yang tidak mencukupi.
Posted by: Izyan Dzulkefdi | August 20, 2009 12:48 PM
Rekabentuk pengajaran yang manakah yang paling sesuai untuk mengajar IT?
Posted by: Noor Afinah Abu 06B0804 | August 20, 2009 12:49 PM
Bagaimanakah penggunaan alat teknologi seperti projektor dapat mengukuhkan kefahaman para pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran? Misalnya penggunaan gambar-gambar dalam bentuk slaid powerpoint untuk mengajar sesuatu topik pelajaran?
Posted by: Mohd Rimi Ahmad (06B0227) | August 20, 2009 12:55 PM
Menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang adalah sangat digalakkan kerana kesannya yang positif dari itu, apakah di antara kelemahan dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran?
Posted by: Norasmah binti Haji Damit (06b0239) | August 20, 2009 01:00 PM
Adakah dengan menggunakan teknologi dalam pengajaran dapat membantu guru mencapai objektif serta menjadikan pembelajaran itu menarik?
Posted by: Norhalifah Hj Mat Serudin | August 20, 2009 01:02 PM
Bagaimanakah menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, terutama sekali untuk menjadikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih menarik dan menepati objektif suatu pengajaran dan pembelajaran?
Posted by: Nurul Hidayatul Munirah binti Abdullah | August 20, 2009 01:04 PM
Dalam era globalisasi ini, tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan adalah untuk mempersiapkan sekolah-sekolah dengan pengetahuan dan kemahiran IT. Tujuan utama adalah untuk melahirkan pelajar yang bermutu dan berpengetahuan. Selain itu, pelajar juga perlu mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris dan tahu menggunakan program-program seperti MIcrosoft. Bagaimanakah pengetahuan dan kemahiran IT ini dapat membantu pelajar-pelajar bagi melahirkan seorang pelajar yang bermutu tinggi?
Posted by: Norapizah binti Zalani (06B0805) | August 20, 2009 01:07 PM
Dapatkah model teknologi yang diterangkan sewaktu kuliah yang telah lalu diaplikasi dengan menggunakan kaedah eklektik (menggunakan dua model dalam satu masa)? Mana yang lebih berkesan dalam pembelajaran sama ada menggunakan dua model dalam satu masa atau menggunakan satu model sahaja?
Posted by: Siti Rabeah Binti Abdul Jalil (06b0837) | August 20, 2009 01:28 PM
Dalam era permodenan, adakah penggunaan teknologi dan informasi itu perlu dititikberatkan dalam pengajaran matematik khususnya additional maths?
Posted by: Nur najibah Bte Hj Md Adam | August 20, 2009 02:14 PM
Bagaimanakah teknologi dan informasi ini dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar, misalnya dalam bidang seni lukis?
Posted by: Dahlia Binti Awg. Jaya | August 20, 2009 02:26 PM
Sejauhmanakah penggunaan IT/Teknologi ini dapat diaplikasikan dalam apa juga jenis mata pelajaran sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi?
Posted by: Dk Amanina binti Pg Aliuddin | August 20, 2009 02:32 PM
Adakah penggunaan teknologi dalam pengajaran guru akan memberikan implikasi yang baik terhadap pembelajaran pelajar?
Posted by: Siti Norassimah Haji Kassim (06B0843) | August 20, 2009 03:09 PM
Pendidikan masa kini sangat mementingkan penggunaan teknologi. Namun begitu haruskah seorang guru itu mengetahui semua tentang teknologi agar tidak ketinggalan dengan perkembangan pelajar yang sentiasa terdedah dengan ICT? Dan sekiranya guru kurang mahir dalam satu2 hal berkaitan dengan teknologi,adakah ia akan menjejaskan prestasi kerja seorang guru?
Posted by: Asfarina Zil Arijah Mohamad (06B0819) | August 20, 2009 03:10 PM
Keberkesanan penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada penggunanya iaitu guru . Guru sepatutnya mengggunakan teknologi ini untuk memudahkan pembelajaran murid-murid dengan pemilihan teknologi yang bersesuaian dengan tugasan yang hendak diberikan. Oleh kerana soalan yang diberikan adalah tentang kebaikan pengajaran iaitu dari sudut guru di sini diserta beberapa kebaikan tersebut. Antara kebaikan yang dapat diperolehi oleh guru ialah melicinkan proses pengajaran dan pembelajara, menjimatkan tenaga dan wang, meberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar, memberi kemudahan guru mengajar, memudahkan guru mengawal keadaan kelas/pelajar dan penggunaan teknologi mudah dirakam, dipadam dan digunakan semula.
Sumber:http://www.slideshare.net/dr2200s/teknologi-pendidikan-1291304. 20Augt2009
Posted by: Asfarina Zil Arijah Mohamad (06B0819) | August 20, 2009 03:30 PM
Dengan mengaitkannya pada zaman sekarang, adakah perlu seorang guru itu menggunakan teknologi yang canggih dalam pengajarannya?
Posted by: Zurina Haji Yussof (06B0825) | August 20, 2009 03:50 PM
Soalan:Teknologi Pendidikan sangat penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Apakah kepentingan teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran tersebut?.
Posted by: Rusni Binti Haji Saman | August 20, 2009 07:56 PM
Soalan: Bagaimanakah PERKEMBANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT di Sekolah khususnya di Negara Brunei Darussalam?
Nurul Adila Binti Haji Othman (06B0240)
Posted by: Nurul Adila Binti Haji Othman (06B0240) | August 20, 2009 08:03 PM
pada pendapat awda apakah yang perlu dilakukan oleh kementerian pendidikan bagi meninggkatkan penggunaan teknologi maklumat di sekolah?
Posted by: othmalina massalwana binti othman | August 20, 2009 08:03 PM
Reply to: Soalan Rosidah binti Haji Ladi - Kebanyakan guru tahu menggunakan komputer tetapi tidak mahir menggunakan ICT, apakah halangan-halangan bagi guru untuk memahirkan diri mereka dalam menggunakan ICT tersebut? .
Reply(jawapan): Asalamualaikum c-dah,
saya cuba-cuba menjawab soalan awak. Di antara halangan-halangan bagi seorang guru untuk memahirkan diri mereka dalam menggunakan ICT tersebut ialah ada 3 faktor:-
(1) FAKTOR MASA iaitu dilihat dari segi umur seseorang, misalnya bila sudah meningkat usia pengunaan ICT mula diketepikan, kesibukan yang dilakukannya seharian dan kurang penggunaanya dalam menggunakan ICT tersebut.
(2) FAKTOR KEMAHIRAN iaitu kurang atau tiada bimbingan, kurang pendedahan tentang perkembangan ICT dan tiada inisiatif untuk meningkatkan kemahiran sedia ada.
(3) FAKTOR FIZIKAL iaitu keadaan sekolah yang tiada kemudahan dan peralatan dan kadang-kadang guru ICT kurang berfungsi dengan baik dan tidak mahu menyalurkan ilmunya kepada yang lain.
Posted by: Rusni Binti Haji Saman | August 20, 2009 08:05 PM
Kebanyakan guru tahu menggunakan komputer tetapi tidak mahir menggunakan ICT, apakah halangan-halangan bagi guru untuk memahirkan diri mereka dalam menggunakan ICT tersebut?
Posted by: Rosidah binti Haji Ladi | August 20, 2009 08:12 PM
Reply to: soalan Rusni binti Haji Saman - Teknologi Pendidikan sangat penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Apakah kepentingan teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran tersebut?.
Reply (jawapan):
Assalamualaikum Rusni....
Teknologi Pendidikan sangat penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran, antara kepentingannya ialah ianya boleh :
- Melicinkan proses Pengajaran dan Pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
- Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
- Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar dan juga boleh menghibur pelajar.
- Memberikan gambaran yang menyeluruh dan jelas tentang sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
- Meningkatkan daya ingatan pelajar kerana dengan menggunakan visual yang diikuti oleh audio, akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Dengan penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
- Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
- Memperkayakan pengalaman pelajar. Contohnya dengan penggunaan audio visual boleh memperkayakan pengalaman pelajar di mana kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan seolah-olah mereka mengalaminya sendiri.
Posted by: Rosidah binti Haji Ladi | August 20, 2009 08:16 PM
Di zaman moden yang serba canggih ini, proses pengajaran dan pembelajaran mutakhir ini banyak menggunakan kemudahan IT. Bincangkan implikasi penggunaan IT di kalangan para pelajar.
Posted by: Hamidah Hj Abdul Rahman (06B0202) | August 21, 2009 09:40 AM
jawapan bagi soalan Rosime Abd Manan :
Objektif penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah terutama di Brunei Darussalam antaranya ialah:
1. memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara efisien. Maksudnya, dengan penggunaan IT ianya memudahkan guru untuk menghasilkan bahan-bahan yang akan diajarnya. misalnya guru boleh menggunakan slaid powerpoint dalam pengajaran. Dengan adanya kemudahan ini (slaid powerpoint) guru dapat menerangkannya kepada murid-murid dengan berpandukan slaid tersebut saja tidak hanya berpandukan nota.
2. Dengan adanya IT ini ianya memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan multimedia dan sebagainya.
3. Penggunaan IT juga dapat menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah serta dapat menjimatkan masa guru.
4. memberikan keselesan kepada murid-murid untuk belajar serta dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan IT. Hal ini sesuai dengan matlamat pendidikan yang inginkan pelajar-pelajar mahir dalam penggunaan IT.
Posted by: Nurul Adila Binti Haji othman | August 21, 2009 10:46 AM
jawapan bagi soalan Rosime Abd Manan :
Objektif penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah terutama di Brunei Darussalam antaranya ialah:
1. memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara efisien. Maksudnya, dengan penggunaan IT ianya memudahkan guru untuk menghasilkan bahan-bahan yang akan diajarnya. misalnya guru boleh menggunakan slaid powerpoint dalam pengajaran. Dengan adanya kemudahan ini (slaid powerpoint) guru dapat menerangkannya kepada murid-murid dengan berpandukan slaid tersebut saja tidak hanya berpandukan nota.
2. Dengan adanya IT ini ianya memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan multimedia dan sebagainya.
3. Penggunaan IT juga dapat menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah serta dapat menjimatkan masa guru.
4. memberikan keselesan kepada murid-murid untuk belajar serta dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan IT. Hal ini sesuai dengan matlamat pendidikan yang inginkan pelajar-pelajar mahir dalam penggunaan IT. selain itu juga, penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam kelas dan dapat menimbulkan keseronakkan kepada pelajar terhadap kreativiti guru dalam penggunaan IT..
Nurul Adila binti Haji Othman (06B0240)
Posted by: Nurul adila binti Haji othman | August 21, 2009 10:57 AM
Jawapan bagi soalan Nurul Adila Binti Haji othman :
Di Negara Brunei Darussalam perkembangan teknologi maklumat di tahap sederhana. hal ini adalah kerana di sekolah-sekolah masih didapati kurangngnya peralatan-peralatan yang berkaItan dengan ICT (Untuk penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran). selain itu, kebanyakkan guru juga masih lagi belum menguasai cara-cara penggunaan teknologi maklumat yang semakin hari semakin canggih.
Othmalina Massalwana Binti Othman (06B0823)
Posted by: Othmalina Massalwana binti Othman | August 21, 2009 10:59 AM
Terdapat kelemahan-kelemahan di dalam penggunaan IT semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apakah strategi terbaik yang perlu di ambil dan dilaksanakan oleh para guru untuk mengatasinya? Sila berikan cadangan-cadangan awda.
Posted by: Sarah Haji Abu Bakar | August 21, 2009 07:54 PM
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran banyak mengandungi kelebihannya, dari itu, apakah pula kelemahan dalam meggunakan teknologi dalam pembelajaran?
Posted by: Norasmah Hj Damit (06b0239) | August 21, 2009 08:44 PM
Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sudah ramai guru yang terlatih dan tahu menggunakan alat teknologi canggih, misalnya 'powerpoint', 'video', flash, animasi 3D dan lain-lain. Guru juga mengaplikasikan alat teknologi canggih ini dalam pengajaran dan pembelajarannya di sekolah. Bagaimana jika penyediaan alat teknologi canggih ini terlalu mengambil masa, misalnya masa pengajaran selama 1 jam tetapi penyediaannya selama 15 minit, oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, misalnya alat LCD projektor lambat berfungsi atau tidak berfungsi langsung. Soalannya, adakah dalam situasi ini guru tersebut perlu meneruskan menggunakan alat teknologi itu atau mencari alternatif yang lain dalam pengajaran dan pembelajarannya?.
Posted by: Muhammad Iyad Fathi bin Ahad ( 06B0225) | August 22, 2009 06:16 AM
Penggunaan IT/Teknologi merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh seorang guru di dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Melalui kaedah ini ianya bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan pengajaran guru tetapi ianya juga untuk menarik perhatian / minat pelajar bagi mengikuti sepanjang pembelajaran mereka. Selain itu juga, ada sesetengah guru yang menggunakan blog atau mana-mana laman web dengan memuatkan isi-isi pelajaran dengan lebih terperinci bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Namun begitu, kemudahan tersebut hanya terbatas kepada pelajar yang celik terhadap penggunaan IT sahaja. Ini adalah disebabkan tidak kesemua pelajar yang diberi pendedahan malah dilarang oleh ibu bapa mereka terhadap penggunaan IT akibat perspektif negatif mereka terhadap kecanggihan teknologi/internet masa kini. Persoalannya di sini, bagaimana cara kita seorang guru membendung masalah seperti ini?
Posted by: Hjh Nur Hamizah Hj Alias (06B0818) | August 22, 2009 10:55 AM
Reply : Norsadiah Matarsad
Selaras dengan perkembangan zaman, penggunaan IT menjadi salah satu kemudahan yang sangat penting dalam memudahkan sesuatu pekerjaan. Kemudahan ini tidak terkecuali di sekolah-sekolah terutama sekali di dalam pengajaran guru. Antara kebaikan penggunaan IT terhadap pengajaran guru ialah guru lebih mudah menyampaikan isi pelajaran serta lebih menjimatkan masa. Bagi guru yang menggunakan blog pula, guru boleh ‘mencover’ isi-isi pelajaran yang tertinggal sewaktu mengajar di dalam kelas bagi mencapai objektif pengajaran memandangkan guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyampaikan keseluruhan isi pelajaran.
Posted by: Hjh Nur Hamizah Hj Alias | August 22, 2009 11:00 AM
Jawapan bagi soalan "Bagaimanakah rekabentuk pengajaran dapat menbantu pembelajaran pelajar?"(oleh Mohammad Syakirin)
JAWAPAN :
Bagi pendapat saya, rekabentuk berasal dari perkataan "reka" dan "bentuk" iaitu cipta dan hasil. Dalam konteks ini, rekabentuk pengajaran ialah menciptakan dan menghasilkan sesuatu untuk pengajaran.Ada pendapat lain mengatakan bahawa rekabentuk pengajaran adalah satu cara yang strategik untuk membantu guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran murid agar menjadi lebih berkesan. Saya setuju dengan kenyataan tersebut. Strategi ini bukan hanya terbatas kepada 1 bahan, tetapi terhasil dari pelbagai bentuk, samada berbentuk elektronik atau tidak. Maksudnya seperti penggunaan alat visual, bahan yang baru dicipta dari hasil kreativiti sendiri dan selanjutnya. Hal ini adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Ini adalah kerana guru harus tahu beberapa perkara mengenai bahan-bahan yang direka dan dibentuk untuk pengajaran iaitu penggunaannya dari segi kaitan dengan tajuk pelajaran, penyesuaian dengan kebolehan atau tahap pelajar, kelebihan penggunaan bahan tersebut pada guru dan pelajar serta lainnya. Jadi, dengan ini guru akan dapat melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan baik, kerana diantara kebaikan pelaksanaan rekabentuk ini ialah dapat menjimatkan masa buat guru, memudahkan guru untuk mengajar, mampu mengukuhkan kefahaman pelajar-pelajar, mengukuhkan sesuatu yang abstrak dan mujarad dan sebagainya.Jadi jika guru mengambil berat tentang perkara-perkara yang dinyatakan tadi, sudah tentunya memberi kesan yang baik kepada pelajar dalam segi pembelajaran. Erti kata lain, rekabentuk pengajaran juga dapat membantu pengajaran guru dan pembelajaran pelajar agar lebih bekesan, berjalan dengan baik dan sistematik.
Posted by: Dina Shahrina (06B0802) | August 22, 2009 02:20 PM
Jawapan bagi soalan Norsadiah Matarsad:
Kebaikan seorang guru menggunakan teknologi dalam pengajarannya dapat dibahagikan kepada beberapa faktor, seperti berikut:-
1. Masa. - Penggunaan peralatan teknologi dalam pengajaran menjimatkan masa kerana semua isi-isi yang diajarkan dapat ditayangkan kepada pelajar melalui kemudahan Projektor dan Powerpoint.
2. Wang. - Sebenarnya kemudahan teknologi yang disediakan di setiap sekolah menjimatkan wang guru kerana mereka tidak perlu menyediakan ABM tradisional seperti kad manila, pen marker dan lain-lain.
3. Kefahaman. - Pengajaran guru dapat meningkatkan kefahaman pelajar berbanding cara pengajaran tradisional kerana penggunaan teknologi dapat menarik minat pelajar mengenai mata pelajaran yang diajar.
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | August 22, 2009 11:22 PM
Setelah melihat kepada empat bentuk model rekabentuk yang diajarkan dalam kuliah, model yang manakah yang lebih bersesuaian untuk digunakan di sekolah? Jelaskan
Posted by: Md Raimie Bin Hj Mazid | August 24, 2009 10:40 AM
Cuba jelaskan bagaimana keempat-empat model rekabentuk pengajaran dapat membantu guru di sekolah?
Posted by: Md Raimie Bin Hj Mazid (06B0826) | August 24, 2009 10:43 AM
Jawapan soalan Hjh Nor Rafidah Bte Abd Rahman :
Semua guru tidak kira samada pada peringkat rendah atau menengah apatah lagi pada peringkat tertinggi harus mahir menggunakan Teknologi Pendidikan kerana pada masa sekarang corak pengajaran lebih cenderung kepada penggunaan alat-alat canggih seperti internet dan sebagainya. jika sekiranya para guru tidak mahir menggunakan alat-alat tersebut maka dikhuatiri pelajar mereka akan ketinggalan dan juga gagal memahami pengajaran guru dengan lebih berkesan. Dengan adanya pengetahuan tentang Teknologi Pendidikan maka guru dapat membantu pelajar untuk memahami setiap isi pelajaran dengan lebih berkesan. Sekian Terima kasih
Posted by: Md Raimie Bin Hj Mazid (06B0826) | August 24, 2009 10:49 AM
Jawapan untuk soalan Dk Ervinia Bte Pg Hamdan (06b848)
Ya saya bersetuju dengan pendapat di atas kerana dengan adanya teknologi pendidikan akan dapat memperluaskan pengetahuan pelajar serta menambah kemahiran pelajar dalam bidang ICT. selain itu juga dapat menjimatkan masa dan memudahkan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Posted by: Md Adi Zulfadhli Bin Abd Rahman (06B0236) | August 24, 2009 10:57 AM
Jawapan Kpd soalan Siti Sahirah:
rekabentuk pembelajaran dapat meningkatkan pemikiran pelajar dari segi penggunaan teknologi dalam pembelajaran. secara tidak langsung pelajar lebih berminat untuk belajar. Guru yang kreatif akan menggunakan berbagai cara yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar. Sebagai contoh penggunaan komputer riba dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dengan meningkatkan cara berfikir dari apa yang mereka lihat dan alami.
Posted by: Mohd Syakirin bin Suhaimi | August 24, 2009 11:06 AM
Jawapan soalan Rusni..
1. Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan kreatif.
2. Dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang.
3. Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif sehingga menimbulkan minat pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga habis.
4. Berfungsi sebagai hiburan untuk pelajar terutama bagi mengelakkan mereka merasa stress.
5. Untuk mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan kaedah pembelajaran yang bercorak tradisional.
6. Menggalakkan pelajar untuk menggunakan deria seperti melihat dan mendengar dengan pelajar. Misalnya, penggunaan bahan visual seperti rakaman video yang akan melibatkan deria melihat dan mendengar pelajar. Penglibatan deria ini akan dapat meningkatkan lagi daya ingatan pelajar.
7. Memberi penekanan kepada kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mengutamakan pemusatan pelajar sesuai dengan kehendak SPN-21 yang diharapkan oleh kementerian pendidikan.
8. Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan masa yang singkat dan padat.
~Peace No War~ Ehehe.. :)
Posted by: Mohd Rimi Ahmad | August 24, 2009 11:08 AM
Reply for: Anizah binti Mohamad (06b0845) Apakah kegunaan rekabentuk pengajaran kepada guru dan pelajar?
Jawapan: Kegunaan Rekabentuk kepada guru adalah:
1) Memudahkan guru dalam proses membuat Persediaan Pelajaran (Lesson Plan)
2) Memudahkan guru untuk memahami pelajar tentang isi pelajaran yang ingin disampaikan.
3) Agar pelajaran berjalan dengan sistematik
4) Guru mudah memilih kaedah mana yang patut digunakan dalam pengajaran.
Kegunaan rekabentuk pengajaran kepada penuntut:
1) Mudah memahami isi pelajaran.
2) Penuntut yang pasif boleh menjadi aktif kerana pembelajaran yang efektif.
3) Penuntut tidak merasa bosan di dalam kelas.
Sekian saja. Terima kasih.
Posted by: Mohd Norazmie bin Mohd Yusof (06B0816) | August 24, 2009 11:12 AM
Jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Mohd Rimi Ahmad (06B0227)
Assalamualaikum…
Bagi pendapat saya alat teknologi seperti projektor sedang hangat digunakan oleh guru-guru pada masa kini. Perkara ini adalah disebabkan penggunaan projektor dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Projektor bukan sahaja digunakan sebagai alat pembesar gambar dan video. Oleh itu guru-guru mestilah menggunakan atau menayangkan gambar dan video yang mempu menarik perhatian pelajarnya, baharulah pelajar dapat menumpukan pengajaran guru. Gambar dan video mestilah dilihat dari segi warnanya, jalan ceritanya, isu semasa, bunyinya (jika ada) dan sebagainya, faktor-faktor ini boleh mempengaruhi penumpuan pelajar untuk belajar. Sekian terima kasih.
Posted by: Mohamad Hasmin bin Haji Hashim (06B0822) | August 24, 2009 11:14 AM
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku. Bagi pendapat anda, bagaimanakah reka bentuk pengajaran ini dapat mengembangkan, menilai atau menyelenggarakan situasi pembelajaran?
Posted by: Norasmadilayati Dahri | August 24, 2009 12:08 PM
Reply to Mohd.Syakirin Suhaimi (06B0231)
Rekabentuk pengajaran adalah satu stategi bagi guru untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Jadi, rekabentuk pengajaran ini dapat membantu guru untuk menghasilkan satu pengajaran yang bersesuaian dengan cara pembelajaran murid mengikut strategi yang telah dihasilkan. Sesetengah pelajar tidak dapat atau kurang dapat menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru, melalui rekabentuk pengajaran inilah guru dapat menghasilkan pelbagai cara atau strategi agar pelajar dapat menerima pengajaran guru. Dalam erti kata lain, rekabentuk pengajaran ini akan memudahkan sesi pengajaran bagi guru dan memudahkan pembelajaran bagi murid.
Posted by: Siti Norassimah Haji Kassim (06B0843) | August 24, 2009 12:22 PM
respon kepada soalan Hjh Nor Rafidah..
Saya rasa perlu. Seorang guru harus mengetahui dan mahir serba sedikit mengenai penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak kira guru itu mengajar di peringkat rendah mahupun menengah. Ini kerana teknologi merupakan salah satu cara untuk meningkatkan tahap pembelajaran di semua sekolah. Ia adalah untuk kebaikan prlajar mahupun guru itu sendiri.
Posted by: Norasmadilayai Dahri | August 24, 2009 12:26 PM
Respons bagi soalan Hajah Nor Rafidah bte Abd Rahman (Adakah perlu bagi semua guru dalam peringkat rendah dan menengah mengetahui Teknologi Pendidikan? Jelaskan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi saya, sebagai seorang guru sama ada menengah mahupun rendah, keberkesanan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada pelajar-pelajarnya merupakan matlamat utama. Jadi dalam hal ini guru perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terutama teknologi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah perlu bagi merealisasikan matlamat utama tadi. guru perlu bijak menggunakan teknologi bagi mempelbagaikan teknik penyampaian untuk menarik minat pelajar. contohnya, guru boleh menggunakan 'google earth' dalam mata pelajaran karangan yang bertajuk 'tempat tinggal saya'. guru boleh mengajarkannya dengan menarik.
Posted by: Dk Siti Ardiah Bte Pg Mohiddin, 06b0810 | August 24, 2009 12:31 PM
Respon kepada soalan Rosimie binti Abd Manan, bagi saya penggunaan komputer dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu adalah sangat penting bagi guru kerana ini akan memudahkan guru-guru dalam pengajaran selain menggunakan papan putih. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti menggunakan komputer seperti lakonan, deklamasi sajak, dan sebagainya. Aktiviti lakonan boleh dirakamkan menggunakan komputer. Dalam aktiviti seperti ini guru boleh membahagaikan pelajar kepada beberapa kumpulan berdasarkan teks sastera seperti Hikayat Awang Kamaruddin, Novel Pengabdian, Hikayat Hang Tuah dan banyak lagi. Dalam hal ini guru mendorong kreativiti para pelajar.
Guru boleh juga membuat aktiviti seperti penghasilan powerpoint yang kreatif daripada para pelajar. Secara tidak langsung penggunaan komputer di dalam kelas bukan sahaja digunakan oleh guru.
Posted by: Mohammad Rainie bin Haji Durani (06B0232) | August 24, 2009 12:32 PM
jawapan bagi: Nur Hamizah Binti Haji Aji (06B0803)
saya bersetuju dengan kenyataan di atas kerana penggunaan teknologi seperti slide power point, guru tidak perlu membazir wang untuk membeli bahan-bahan yang lain kerana sudah lengkap untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Ianya lengkap kerana dapat memasukkan gambar atau video sebagai landasan dalam memberikan kefahaman kepada pelajar, jadi dengan itu dapat menjimatkan masa dan tenaga guru. Selain itu, penggunaan slide power point dapat digunakan oleh guru untuk pengajaran seterusnya berbanding dengan alat bantu mengajar yang lain seperti manila kad, kertas lut sinar yang tidak tahan lama.
Posted by: Siti Sahirah binti Jamil (06B0844) | August 24, 2009 01:14 PM
Respon pada soalan Nur Azrina Ramlee.
Pada zaman yang moden dan serba maju ini, guru juga perlu selaraskan cara pengajaran dengan kemajuan teknologi pada masa ini seperti penggunaan IT dalam pengajaran guru. Jadi menjawab pada soalan yang diajukan, cara kita sebagai guru mengaplikasikan dalam pembelajaran adalah dengan:-
Mengambil contoh bagi pelajaran MIB, seorang guru MIB boleh mengaplikasikan IT dengan pengggunaan CD-Rom. Contohnya guru MIB merekodkan video yang berkaitan dengan pelajaran MIB seperti video perpuspaan sultan di dalam CD-Rom. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar faham akan isi pelajaran yang akan disampaikan.
Kedua,dengan menggunakan Teknologi seperti Website..Guru juga boleh menggunakan website sebagai cara perhubungan dengan pelajar contohnya seperti ning.com, facebook dan sebagainya. Guru dan pelajar boleh berkomunikasi antara satu dengan lain,walaupun di luar waktu sekolah. Contohnya, jika pelajar tidak faham akan sesuatu perkara.Pelajar boleh bertanya pada guru dengan m'Post' pada ning guru dan boleh berbincang bersama-sama.
Posted by: Norsadiah Matarsad (06B0841) | August 25, 2009 06:37 AM
Respon pada soalan Nur Azrina Ramlee.
Pada zaman yang moden dan serba maju ini, guru juga perlu selaraskan cara pengajaran dengan kemajuan teknologi pada masa ini seperti penggunaan IT dalam pengajaran guru. Jadi menjawab pada soalan yang diajukan, cara kita sebagai guru mengaplikasikan dalam pembelajaran adalah dengan:-
Mengambil contoh bagi pelajaran MIB, seorang guru MIB boleh mengaplikasikan IT dengan pengggunaan CD-Rom. Contohnya guru MIB merekodkan video yang berkaitan dengan pelajaran MIB seperti video perpuspaan sultan di dalam CD-Rom. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar faham akan isi pelajaran yang akan disampaikan.
Kedua,dengan menggunakan Teknologi seperti Website..Guru juga boleh menggunakan website sebagai cara perhubungan dengan pelajar contohnya seperti ning.com, facebook dan sebagainya. Guru dan pelajar boleh berkomunikasi antara satu dengan lain,walaupun di luar waktu sekolah. Contohnya, jika pelajar tidak faham akan sesuatu perkara.Pelajar boleh bertanya pada guru dengan m'Post' pada ning guru dan boleh berbincang bersama-sama.
Posted by: Norsadiah Matarsad (06B0841) | August 25, 2009 06:37 AM
Respon pada Norapizah Zalani.
Seperti yang kita ketahui pada zaman ini, IT/teknologi itu adalah merupakan satu perkara yang penting atau wajib bagi seseorang itu mengetahui. Atau pendek katanya, seorang individu itu wajib mengetahui IT walaupun sedikit. Jika tidak, dia akan dikatakan seorang yang "buta IT".
Oleh itu, menjawab pada soalan yang diutarakan iaitu bagaimana pengetahuan IT ini dapat membantu pelajar2 melahirkan seorang pelajar yang bermutu tinggi adalah pertama, IT itu dapat memberikan satu ilmu yang baru pada diri pelajar. Pelajar akan dapat ilmu tentang IT dan secara tidak langusung menjadikan pelajar itu seorang yang berguna.
kedua, dengan adanya ilmu IT pada diri pelajar. Ia merupakan satu 'advantage' kerana dengan ilmu tersebut pelajar boleh menjadikannya sebagai salah satu punca kewangannya. Kerana dengan adanya kemahiran pelajar dalam IT, pelajar boleh menggunakan kemahiran IT tersebut dengan membuat software dan sebagainya..
Posted by: Norsadiah Matarsad (06B0841) | August 25, 2009 06:39 AM
Respon bagi soalan Ramizah Hj Razali.
Bagai pendapat saya, guru terlebih dahulu memastikan bahawa pelajar itu mempunyai pengetahuan tentang tekonolgi, sekiranya pelajar itu tidak mempunyai kemahiran tersebut, maka guru hendakalh memberi atau mengadakan kursus bagi pelajar tersebut, bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjalan dengan lancar. atau pelajar itu sendiri berusaha dalam meningkatan mutu kemahirannya iaitu dengan menghadiri kelas-kelas teknologi (iaitu seperti kelas-kelas tambahan) dan sebagainya.
Posted by: Nur Azrina Ramlee (06B0840) | August 25, 2009 06:44 AM
Seorang guru memang perlu bijak menyesuaikan diri dalam era globalisasi terutama sekali dalam mempertingkatkan mutu pengajarannya, antara kebaikannya adalah untuk mempelbagaikan mutu pengajaran seorang guru dan pembelajaran para pelajar. Apabila ini dapat dicapai, guru akan boleh mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara kebaikannya adalah untuk mencapai objektif pengajaran dengan lebih cemerlang. Selain itu, dapat mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah, teknik pengajaran seorang guru di samping dapat menarik perhatian para pelajar agar lebih tertarik dengan pelajaran yang disampaikan. Apa yang paling penting, pendekatan dan strategi itu haruslah bersesuaian dengan tajuk pelajaran. Dengan ini, topik pelajaran yang abstrak seperti pelajaran MIB yang tidak dapat dilihat seperti kegiatan amal kebajikan dapat disampaikan dengan lebih konkrit atau jelas dengan bantuan ABM seperti gambar-gambar yang ditonjolkan melalui penggunaan slide powerpoint.
Dari segi pembelajaran para pelajar pula dapat mempelbagaikan cara belajar mereka di samping itu, mereka akan mudah tertarik dengan penggunaan komputer atau ICT. Ini akan mempertingkatkan mutu belajar mereka dan mereka akan lebih memberi perhatian terhadap satu-satu mata pelajaran yang diajarkan.
Sekian. Terima kasih.
Posted by: Norapizah Zalani (06B0805) | August 25, 2009 06:54 AM
Respon pada soalan Norsadiah(06B0841)
Seorang guru memang perlu bijak menyesuaikan diri dalam era globalisasi terutama sekali dalam mempertingkatkan mutu pengajarannya, antara kebaikannya adalah untuk mempelbagaikan mutu pengajaran seorang guru dan pembelajaran para pelajar. Apabila ini dapat dicapai, guru akan boleh mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara kebaikannya adalah untuk mencapai objektif pengajaran dengan lebih cemerlang. Selain itu, dapat mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah, teknik pengajaran seorang guru di samping dapat menarik perhatian para pelajar agar lebih tertarik dengan pelajaran yang disampaikan. Apa yang paling penting, pendekatan dan strategi itu haruslah bersesuaian dengan tajuk pelajaran. Dengan ini, topik pelajaran yang abstrak seperti pelajaran MIB yang tidak dapat dilihat seperti kegiatan amal kebajikan dapat disampaikan dengan lebih konkrit atau jelas dengan bantuan ABM seperti gambar-gambar yang ditonjolkan melalui penggunaan slide powerpoint.
Dari segi pembelajaran para pelajar pula dapat mempelbagaikan cara belajar mereka di samping itu, mereka akan mudah tertarik dengan penggunaan komputer atau ICT. Ini akan mempertingkatkan mutu belajar mereka dan mereka akan lebih memberi perhatian terhadap satu-satu mata pelajaran yang diajarkan.
Sekian. Terima kasih.
Posted by: Norapizah Zalani (06B0805) | August 25, 2009 06:55 AM
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk merapatkan jurang digital antara sekolah di pedalaman dan bandar?
Posted by: Zalina Hj Umar (06B0210) | August 25, 2009 08:52 AM
Sejauhmana teknologi memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran?
Posted by: Pg Razmahayati Pg Hj Mahmud (06B0205) | August 25, 2009 08:54 AM
soalan:
mampukah umat islam menjadi penyumbang kepada teknologi maklumat?
Posted by: MASQUEENI HAJI BESAR (06B0206) | August 25, 2009 08:55 AM
soalan:
sejauh mana peranan IT boleh mengembangkan syiar Islam?
Posted by: HAJAH AINI BINTI HAJI ZAKARIA (06B0218) | August 25, 2009 08:59 AM
Penggunaan IT dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah agama tidak perlu bagi guru-guru VETERAN, apa komen awda?
Posted by: Hasharinuddin Bin Haji Abu Bakar (06B0214) | August 25, 2009 09:02 AM
Soalan : Perlukah bagi seorang guru itu mempelajari IT?
Reply to Pg Hj Hamzah Pg HJ Mohammad : Ya, ianaya adalah amat perlu, ini dalah disebabkan memandangkan dasar pendidikan negara abad ke 21, yang mana menekankan bahawa setiap pendidik (seorang guru itu adalah amat perlu mempelajari teknologi dalam mencapai objektif semua matapelajaran yang bersesuaian,demi mendukung
dan mencapai hasrat kerajaaan sistem pendidikan negara abad ke 21.
Posted by: Abd Aziz bin Hj Metahir (06b0213) | August 25, 2009 09:03 AM
Bagaimanakah cara menarik perhatian pelajar agar mereka berminat mempelajari IT?
Posted by: Sa'airah Hj Yusof ( 06B0204 ) | August 25, 2009 09:03 AM
Kenapa pendidikan teknologi kurang diberi perhatian di sekolah-sekolah ugama?
Posted by: Hjh. Suzanawati Hj. Mat Kria( 06B0211 ) | August 25, 2009 09:06 AM
Apakah pengaruh yang dufikirkan negatif dalam penggunaan IT.
Posted by: Pg Hj Hamzah Pg Hj Mohamad (06B0285) | August 25, 2009 09:09 AM
Soalan: Sejauh manakah penggunaan IT dapat memberi kemanfaatan dalam pengajaran dan pembelajaran?
Reply to: Masrainah Binti Haji Harun.
IT sememangnya mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan manusia, khususnya pelajar-pelajar sekolah. Maka dengan pendedahan dan perlaksanaan penggunaan IT di dalam era pendidikan masa kini telah mengujudkan budaya celik IT di kalangan para pelajar. Dengan kecanggihan ini membolehkan penggunanya menimba berbagai jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi dalam pada masa yang sama ianya juga mengandungi banyak sekali cabaran-cabaran yang menyebabkan penyalahgunaan IT di kalangan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah.
Maka dalam hal ini, langkah-langkah bagi mengatasi permasalahan ini mestilah difikirkan. di antara langkah-langkah tersebut ialah:-
a. Ibubapa mempunyai peranan yang penting dalam membuat pemantauan yang berterusan terhadap anak-anak mereka semasa melayari Internet.
b. Membimbing anak-anak atau pelajar tersebut mengenai cara-cara menggunakan internet untuk tujuan pendidikan.
c. Mengingatkan dan memerhatikan mereka semasa melayari web yang penting dan berguna untuk tujuan penyelidikan pendidikan semata-mata.
d. Membataskan had masa yang boleh menamatkan tempuh penggunaan internet mengikut tempuh yang dikehendaki samada di rumah atau di sekolah.
e. menetapkan peraturan untuk penggunaan internet dan menerangkan rasional, atau sebab musabab mengapa peraturan itu dibuat.
f. Guru yang mengajar IT di sekolah perlulah lebih mengawal dan memantau secara berterusan akan aktiviti yang diberikan kepada pelajar-pelajarnya.
g. Pihak sekolah juga haruslah menetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman web yang tidak perlu.
h. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan yang bermanfaat.
Oleh itu, bagi mencapai keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan pelajar-pelajar, di sarankan pihak ibubapa dan pihak sekolah lebih perhatian terhadap langkah-langkah penggunaan IT di kalangan anak atau para pelajar. Dengan demikian pelajar-pelajar itu diharapkan dapat kemanfaatan keupayaan teknologi internet dalam pendidikan serta menguasai dan mengeksploitasi internet ke arah kebaikan dalam mengharungi dunia global tanpa sempadan yang mencabar. Sekian........
Posted by: Mariani Binti Haji Ahmad ( 06b0208 ) | August 25, 2009 09:12 AM
Soalan : Mengapa guru-guru itu perlu diberi latihan dalam penggunaan IT?
Reply to Hj.Suhaili Bin Hj.Moksin : Memang amat ketara jurang perbezaan pembelajaran terkini dengan pembelajaran tradisional kerana pengajaran terkini banyak memerlukan ruang dan perbelanjaan yang banyak serta memerlukan prasarana yang kondusif, sedangkan pembelajaran tradisional lebih berpusatkan kepada guru dan tidak banyak menggunakan IT.
Posted by: Zaidillah Bin Zainuddin (06b0212) | August 25, 2009 09:12 AM
Reply Soalan Mariani Hj Ahmad:
Proses pengajaran dan pembelajaran sekarang ini telah banyak mengalami perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer (IT) semakin luas dipergunakan. Pelajar-Pelajar pun sudah semakin mahir menggunakan kemudahan IT ini, sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka sudah terdedah kepada bahan pembelajaran yang terdapat di dalam internet.
Jika kemudahan IT ini digunakan pelajar dengan sebaiknya, maka kemudahan ini boleh membawa kepada aspek yang positif iaitu boleh membantu pelajar agar lebih memahami tentang isi pelajaran dan membantu pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri.
Dengan sendirinya hal ini boleh meringankan tugas pengajaran guru kerana pelajar akan mencari maklumat tentang pelajaran yang telah diajarkan oleh guru mereka di dalam internet untuk mencapai tahap pemahaman yang maksima. Pencarian maklumat juga adalah tidak terbatas dan terkini, terpulang kepada pelajar sama ada sesuai atau tidak. Selain itu juga, masa belajar lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet.
Tetapi semua kemudahan IT ini, perlu kepada bimbingan guru dan ibu bapa agar pelajar dapat menggunakannya dengan cara yang berfaedah untuk mengelakkan ke arah penggunaan yang negatif.
Posted by: Hamidah Hj Abdul Rahman (06B0202) | August 25, 2009 09:15 AM
Soalan: Apakah langkah-langkah yang harus dilaksanakan/dilakuakan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan IT dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah?
Reply to: Mohd Azriman Sarbini
Assalamualaikum w.b,
Dari satu sudut pandangan yang positif, bagi seorang guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya mampu membantu dalam memudahkan serta melancarkan lagi perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya, kerana dengan penggunaan IT itu pengajaran guru akan mudah difahami dan diikuti oleh pelajar/murid disamping guru boleh mempelbagaikan lagi teknik pengajarannya sesuai dengan kemampuan pelajar/murid. Selain itu dengan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru.
Contohnya pada masa ini terdapat beberapa buah sekolah yang menggunakan IT sebagai alat perantaraan diantara guru dengan pelajar berhubungkait dengan pembelajaran pelajar seperti pelajar sudah boleh menghatar kerja rumah melalui internet.
Namun dari satu sudut lainnya, bagi guru yang kurang kemahiran dalam bidang IT ianya adalah merupakan satu kesulitan dan boleh menganggu kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Apatah lagi pada masa kini pendidikan SPN 21 menuntut supaya guru mempunyai kemahiran dalam bidang IT agar guru-guru tersebut tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi.
Dari itu adalah diharapkan supaya dapat diadakan bengkel-bengkel atau kursus-kursus tertentu bagi membantu guru-guru yang kurang berkemahiran dalam bidang IT supaya mereka dapat memantapkan mutu pengetahuan dalam bidang IT sekaligus ianya dapat membantu mereka dalam melaksanakan proses pengajaran.
Posted by: Masrainah Haji Harun (06B0201) | August 25, 2009 09:16 AM
Reply Soalan Pg Razmahayati Pg Hj Mahmud:
Antara kesan teknologi kepada pengajaran dan pembelajaran ialah:-
• Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
• Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
• Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menarik perhatian pelajar.
• Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
• Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
• Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
• Memperkaya pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkaya pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
Posted by: Hamidah Hj Abdul Rahman (06B0202) | August 25, 2009 09:17 AM
Reply to:ROSIME BTE ABD MANAN
Objektif penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah adalah banyak, diantaranya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran khususnya diantara guru dan para pelajar dan ia merupakan salah satu teknik pengajaran terkini dan sekaligus ianya dapat menarik minat dan perhatian para pelajar terhadap mata pelajaran yang disampaikan kepada mereka. Selain itu ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga, yang mana sebelum ini kebanyakan guru banyak menghabiskan masa dengan menulis di papan hitam atau putih sebagai salah satu cara menyampaikan isi pelajaran mereka kepada pelajar. Penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah juga dapat memberikan kesedaran kepada guru dan para pelajar tentang pentingnya pengetahuan dan kemahiran tentang IT dan boleh dikatakan pada masa ini adalah menjadi satu kewajipan untuk mempelajarinya lebih-lebih lagi ianya sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan dari masa kesemasa.
Posted by: Sa'airah bte Hj.Yusof( 06B0204 ) | August 25, 2009 09:20 AM
Reply soalan pertama Sa'airah Hj Yusof pada 18.8.2009
IT merupakan kemudahan yang berguna untuk memantapkan lagi proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Semua yang terlibat dengan diri seorang pelajar itu perlulah bersama-sama berganding bahu agar cuba menarik perhatian pelajar untuk mempelajari IT. Ibu bapa perlu menjalankan peranannya di rumah dan para guru pula bertanggungjawab di sekolah. Saya ingin mengutarakan beberapa cara bagaimana para guru itu dapat menarik perhatian pelajar agar mereka berminat mempelajari IT. Di antaranya adalah seperti berikut:-
Sebelum menarik perhatian pelajar agar mereka berminat mempelajari IT, para guru perlulah terlebih dahulu memupuk minat kepada bidang IT itu sendiri. Ini adalah kerana ada di antara pelajar yang menganggap gurunya sebagai rol model. Jika sikap guru itu sendiri kurang meminati bidang IT maka bagaimana pula dia hendak memupuk minat pelajarnya untuk mempelajari IT?.
Di samping itu, para guru perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran dalam bidang ini, penuh kreatif, kemaskini dan sentiasa mempertingkatkannya lagi .Dengan demikian, pelajar akan bertambah yakin bahawa gurunya sedang mengajarkannya sesuatu yang berguna.
Selain itu, kaedah pengajaran guru juga perlu menarik. Contohnya guru menerangkan pengajarannya dengan menyelitkan penjelasan mengenai IT menggunakan slide powerpoint yang mengkagumkan, bersama mempamerkan gambar-gambar dan menayangkan video-video. Pelajar diberikan soalan-soalan terbuka agar mereka merasakan diri mereka ‘turut serta’ semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Perkara lain lagi, para guru bolehlah berkongsi beberapa cerita atau pengalaman sama ada pengalaman sendiri atau orang lain yang berkaitan dengan IT. Ianya dilakukan untuk menarik minat mendengar pelajar. Ia juga boleh mengekalkan konsentrasi dan minat pelajar sepanjang mempelajari IT. Para pelajar juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka juga bersama pelajar-pelajar yang lain.
Dalam semua hal di atas adalah perlu juga di ambil kira bahawa suasana pengajaran dan pembelajaran hendaklah di dalam keadaan ceria. Guru pula hendaklah sentiasa memotivasikan pelajar agar menggunakan IT bagi membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka dan sentiasa menghulurkan bantuan serta tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kemusykilan berhubungkait dengan IT ini.
Sekian wassalam, semoga jawapan yang saya berikan ini menepati jawapan bagi soalan yang diajukan.
Posted by: Sarah Haji Abu Bakar(06B0217) | August 25, 2009 09:20 AM
Soalan: Komputer dan internet merupakan alat bantu kanak-kanak dalam pembelajaran mereka. Sejauh manakah ia boleh memberi kesan tehadap mutu pembacaan mereka?
Reply to: HAJAH AINI BTE HJ ZAKARIA
Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini. kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya, sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang serba canggih dan diluar dugaan. kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.
Perkembangan pesat dan hebat ini juga turut dirasai oleh umat Islam, yang mana berbagai-bagai tanggapan dan pendapat telah dikeluarkan terhadap senario ini. Walaubagaimanapun, perubahan yang drastik ini seolah-olah tidak mampu disekat lagi kerana ianya berlaku dengan pantas dan melalui berbagai-bagai saluran. Kita sebagai umat Islam, menolak arus perkembangan ini hanya akan membuat kita sentiasa ketinggalan di segenap bidang, sementara menerimanya dengan bulat-bulat apa yang disediakan, hanya akan mengundang kepada nilai-nilai mulia yang telah diamalkan di dalam masyarakat kita. Maka umat Islam perlu menilai kembali kedudukan kita sebagai umat pilihan dan menyusun agenda-agenda yang perlu dilaksanakan demi untuk mengangkat kembali martabat umat.
Menyampaikan dakwah di zaman teknologi dan moden ini sangat mudah dan lebih efektif dibandingkan zaman sebelumnya. Berbagai maklumat dan artikel serta berbagai-bagai persoalan tentang Islam sangat banyak dimuatkan di dalam media teknologi khasnya di internet dan sangat mudah untuk dilayari oleh sesiapa sahaja. Melalui perkembangan teknologi maklumat dan internet ini juga, umat Islam perlu sedar bahawa ianya adalah saluran yang sangat berfaedah dan berkesan sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya. contohnya, melalui internet umat Islam dapat menyebarkan syiar Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Ianya juga boleh dijadikan sunber maklumat dan ilmu Islam, menjadi wadah untuk muzakarah sesama umat Islam diserata dunia, bahkan juga boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia.
Oleh itu, setiap individu Muslim perlu menjadikan dirinya seorang yang celik dan peka terhadap penggunaan teknologi maklumat dan internet agar kita dapat mengembangkan lagi ajaran Islam yang suci ini keseluruh umat manusia di muka bumi ini. Sekian.
Posted by: Zainatul Ashikin Binti Abdul Latip (06B0219) | August 25, 2009 09:21 AM
Reply to (jawapan): Zurina HY
A'kum...
Penggunaan teknologi yang canggih bagi saya bukan satu kemestian dalam pengajaran seorang guru. Ianya mengikut kesesuaian matapelajaran atau topik yang diajar dan juga mengambil kira tahap penerimaan pelajar.Selain itu, kebolehan seseorang guru dalam menarik minat pelajar (set induksi) adalah satu faktor yang sangat penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tapi tidak saya nafikan disini bahawa pengunaan IT adalah satu bonus bagi guru yang berkebolehan mengunakannya kerana ianya boleh membantu proses pembelajaran di dalam kelas.
sekian. W'salam.
Posted by: Hjh. Suzanawati Hj. Mat Kria ( 06B0211 ) | August 25, 2009 09:29 AM
Reply to (soalan): Zurina HY
A'kum...
Penggunaan teknologi yang canggih bagi saya bukan satu kemestian dalam pengajaran seorang guru. Ianya mengikut kesesuaian matapelajaran atau topik yang diajar dan juga mengambil kira tahap penerimaan pelajar.Selain itu, kebolehan seseorang guru dalam menarik minat pelajar (set induksi) adalah satu faktor yang sangat penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tapi tidak saya nafikan disini bahawa pengunaan IT adalah satu bonus bagi guru yang berkebolehan mengunakannya kerana ianya boleh membantu proses pembelajaran di dalam kelas.
sekian. W'salam.
Posted by: Hjh. Suzanawati Hj. Mat Kria ( 06B0211 ) | August 25, 2009 09:30 AM
Soalan 2 : Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru memainkan peranan dalam memperkembangkan kognitif pelajar. Oleh yang demikian, penggunaan teknologi dan informasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu langkah yang sesuai bagi memperkembangkan kognitif pelajar. Jelaskan secara ringkas.
Posted by: Rosime binti Abd Manan (06B0224) | August 25, 2009 10:24 AM
Soalan : Sejauh manakah kebenaran IT itu membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam Kurikulum Pengetahuan Agama Islam ?
Posted by: Pg Hj Kamarudzaman (06B0203) | August 25, 2009 11:19 AM
Reply: soalan Dina Shahrina.
Jika kita tinjau makna teknologi ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang lebih berkesan.
Berdasarkan definisi tersebut, disimpulkan bahawa pengajaran yang berbentuk teknologi dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Media berbentuk elektronik.
2. Media bukan berbentuk elektornik.
Kedua-dua jenis media ini sebenarnya diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Negara Brunei Darussalam. Media pengajaran yang berbentuk elektornik ialah ‘LCD projector’, ‘overhead projektor’, televisyen, video, radio, alat bantu mengajar (ABM) yang berbentuk ‘microsoft powerpoint’, ‘macromedia flash’ dan perisian lain yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Manakala, media yang bukan berbentuk elektornik pula ialah papan tulis, buku teks, surat khabar, gambar foto, carta, gambar rajah, benda-benda semulajadi dan apa saja benda yang tidak bermesin.
Sebahagian besar alat teknologi yang disebutkan di atas, seperti ‘LCD projector’ dan ‘overhead projector’ sudah dibekalkan di sekolah-sekolah Negara Brunei Darussalam ini. Ini merupakan kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk:
1. Membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan,
2. Menambah kualiti pembelajaran atau peringkat penguasaan pembelajaran,
3. Mengurangkan dan menjimatkan masa dan tenaga,
4. Menambah keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran,
5. Merangsang minat pelajar,
6. Memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar,
7. Memperkayakan pengalaman pelajar,
8. Menghasilkan bahan-bahan pengajaran dengan lebih efisien.
Walau bagaimanapun, menurut pengalaman saya yang pernah menjalani latihan mengajar selama lebih kurang dua bulan, hanya sebilangan guru yang menghargai dan menggunakan alat-alat teknologi tersebut dalam pengajaran dan pembelajarannya. Lebih ramai guru yang menyenangi gaya pengajaran yang tradisional. Menurut pandangan saya, perkara ini mungkin disebabkan oleh:
1. Guru kurang berkemahiran dalam bidang teknologi.
2. Guru tidak mempunyai masa untuk menyediakan atau menghasilkan bahan ABM yang berbentuk IT, disebabkan beban daripada tugas-tugas lain yang diberikan.
3. Peralatan-peralatan kurang dan tidak disediakan.
4. Guru kurang motivasi dan menganggap pengajaran dengan menggunakan IT adalah suatu beban.
5. Penggunaan menggunakn IT di sekolah selalunya memerlukan peruntukan kewangan yang besar.
6. Kurang bahan pengajaran dan susah untuk mendapatkan ABM yang berbentuk ‘audio visual’ dalam matapelajaran-matapelajaran yang tertentu.
RUJUKAN:
Laman Sesawang:
http://www.slideshare.net/daniadarweesy/penggunaan-teknologi-pendid...
Posted by: Muhammad Iyad Fathi bin Ahad | August 25, 2009 12:31 PM
Teknologi maklumat dapat memudahkan perlaksananan proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru dengan murid, adakah awda bersetuju dengan kenyataan ini, jika ya beri alasan begitu juga sebaliknya ?
Posted by: Mohammad Azriman Bin Sarbini (06B0215) | August 25, 2009 02:17 PM
Replay - Soalan Md. Roni Fadzilah B. Md. Sima (06B0207)
Ada banyak kesan yang diperolehi dengan pengunaan teknologi maklumat sebagai pemudah cara dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan diantaranya ialah dapat membantu para guru untuk memperbagaikan teknik dalam menyampaikan isi-isi kandungan pelajaran kepada murid dan ini dapat lagi mempertingkatkan motivasi diri murid dalam melaksanakan proses pembelajaran mereka.
Teknologi maklumat juga dapat membantu guru mewujudkan sesuatu yang tidak dapat diadakan dalam kelas seperti guru mengajar tentang tawaf disekeliling ka'bah. melalui teknologi guru dapat menayangkan video cara melakukan tawaf di sekilling ka'bah bagi membantu proses kefahaman murid terhadap pelajaran yang disampaikannya, sekian.
Ada banyak kesan yang diperolehi dengan pengunaan teknologi maklumat sebagai pemudah cara dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan diantaranya ialah dapat membantu para guru untuk memperbagaikan teknik dalam menyampaikan isi-isi kandungan pelajaran kepada murid dan ini dapat lagi mempertingkatkan motivasi diri murid dalam melaksanakan proses pembelajaran mereka.
Teknologi maklumat juga dapat membantu guru mewujudkan sesuatu yang tidak dapat diadakan dalam kelas seperti guru mengajar tentang tawaf disekeliling ka'bah. melalui teknologi guru dapat menayangkan video cara melakukan tawaf di sekilling ka'bah bagi membantu proses kefahaman murid terhadap pelajaran yang disampaikannya, sekian.
Posted by: Mohammad Azriman Bin Sarbini | August 25, 2009 02:23 PM
jawapan bagi soalan Othmalina Massalwana binti othman (06B0823) :
Perkara yang perlu dilakukan oleh pihak kementerian pendidikan bagi meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di antaranya ialah:
1. pihak kementerian hendaklah menyediakan peralatan yang mencukupi di sekolah-sekolah misalnya komputer dan lain-lain.
2. Selain itu, pihak kementerian juga hendaklah memberikan peluang kepada guru-guru untuk mempelajari penggunaan IT dengan menghantar guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus komputer, bengkel-bengkel dan lain-lain. Dengan adanya kursus dan bengkel ini dapat melahirkan guru-gur yang mahir dalam penggunaan IT.
Nurul Adila Binti Haji Othman (06B0240)
Posted by: Nurul Adila Binti Haji Othman (06B0240) | August 25, 2009 03:12 PM
SOALAN
Kewujudan internet membolehkan kita mencapai maklumat dunia dengan jari- jemari kita.
Oleh itu, mengapakah pelajar tidak dididik untuk menggunakan telefon bimbit dengan sebaiknya sedangkan ia memiliki banyak fungsi yang sangat berfaedah terutama sekali sebagai alat bantu belajar bagi pelajar dalam pendidikan mereka itu dan dilarang pula untuk membawa ke sekolah?
Posted by: Md. Fadzillah Kamis (06B0238) | August 25, 2009 08:50 PM
Soalan : Apakah strategi yang terbaik dalam menggunakan teknologi dalam pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran?
Reply to: Hjh. Suzanawati Hj. Mat Kria.
Dalam proses pendidikan pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi amat penting untuk meningkatkan kemahiran serta mengikut kesesuaian zaman masa kini. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah mengenai dengan kurangnya penggunaan teknologi dalam perlaksanaan pengajaran di sekolah-sekolah ugama adalah disebabkan oleh : 1. Kurang kemahiran
2. Kurang peralatan
3. Kurang pendedahan
Dalam sesab-sebab yang saya nyatakan tidak semua sekolah-sekolah ugama kurang menggunakan teknologi dalam pengajarannya tetapi memang masih ada beberapa sekolah yang belum dapat mengatasi masalah yang dihadapi dan kurang berminat dalam menggunakan teknologi kerana ada yang masih berpendapat tanpa teknologi pengajaran masih dapat di aplikasikan dengan sempurna. Walau bagaimanapun jika masih ada segelintir pihak yang masih tidak mengendahkan tentang kepentingan teknologi ianya adalah disebabkan oleh pengajar itu sendiri yang belum mahir dalam penggunaannya. Akan tetapi semua sekolah-sekolah ugama dikemaskinikan dan berusaha untuk menggunakan teknologi dalam proses pengajaran.
Posted by: Junaidah Haji Abidin. (06B0284) | August 25, 2009 09:09 PM
Saya akan menjawab soalan Posted by: Abu Zar Abdullah (06B0806) | August 20, 2009 08:07 AM
Penggunaan Tekonolgi dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam Sistem Pendidikan Negara (SPN21. Adakah kenyataan ini benar?
Bagi pendapat saya, kenyataan ini benar atau tidak dinilai berdasarkan objektif yang hendak dicapai pada Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 (SPN21) iaitu antaranya ialah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar dan mengwujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam kelas.
Maka bagi mencapai objektif SPN21, penggunaan teknologi merupakan antara peranan yang penting bagi membantu mencapai matlamat tersebut. Ini kerana inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas memerlukan peranan - peranan lain terutama sekali alat bantu mengajar yang terdiri dari teknologi yang canggih.
Antara contoh senario dalam pengajaran dan pembelajaran dengan teknologi canggih, setiap pelajar di dalam kelas akan menggunakan komputer yang disediakan oleh pihak sekolah. Guru boleh memberikan pengajaran dengan kaedah projek dan membenarkan pelajar melakukannya dengan bantuan laman sesewang (laman web)dalam masa yang ditentukan disamping guru sebagai pengawas dan pemudah cara pembelajaran pelajarnya.
Maka pelajar akan mencuba, berfikir kreatif, melakukan analisis, sintesis, penilaian dan mengaplikasinya berdasarkan pengalaman yang diperolehi (berkemahiran).
Maka bayangkan senario yang sama tapi tanpa wujudnya bantuan teknologi. Apakah yang akan terjadi?
Jadi, teknologi secara lansung atau tidak lansung merupakan peranan yang penting dalam mencapai objektif Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 (SPN21).
Posted by: Md. Fadzillah Kamis (06B0238) | August 25, 2009 09:23 PM
Apakah kesan aplikasi teknologi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran? (soalan untuk minggu 1 )
August 19
Posted by: Md.roni Fadzilah b. Md Sima Al Islam( 06B0207 ) | August 26, 2009 10:31 AM
Teknologi Maklumat
Adakah faktor masa yang terdapat di sekolah-sekolah boleh mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam matapelajaran ICT?
Posted by: Md.Roni Fadzilah b. Md Sima Al Islam( 06B0207 ) | August 26, 2009 10:41 AM
Kenapakah guru-guru disarankan agar melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan IT?
Posted by: Md Amiruddin Hj Md Zaidi (06B0220) | August 26, 2009 03:37 PM
Soalan ke-2
Pada zaman yang serba canggih ini, semua bahan teknologi juga turut maju mengikut peredaran masa seperti wujudnya OHP, Komputer Riba, Projektor, Camera Digital, Video Recorder, Smartboard dan sebagainya. Jadi dengan peralatan yang serba canggih ini bagaimanakah kita sebagai guru yang berdidikasi mampu mengaplikasikan peralatan tersebut dalam pengajaran kita bagi mewujudkan satu suasana pelajaran yang menarik dan efektif?
Posted by: Norsadiah Matarsad (06B0841) | August 27, 2009 08:06 AM
Penggunaan Teknologi penting dalam pengajaran dan pembelajaran. walau bagaimanapun terdapat kelemahan dalam penggunaan teknologi? jelaskan...
Posted by: Hajah Nor Rafidah Abd Rahman | August 27, 2009 08:40 AM
Jawapan untuk soalan Norhalifah bte Hj mat serudin.
Teknologi bukanlah semata-mata bertujuan untuk membantu guru dalam mencapai objektif serta menjadikan pembelajaran itu menarik. Ini sebenarnya terpulang kepada bagaimana guru itu menggunakan kemudahan pelbagai teknologi yang ada. Tanpa teknologi pun guru masih mampu menjalankan pengajaran dengan berkesan dan dapat mencapai objektif dalam pengajaran mereka. Kemahiran guru dalam menggunakan teknologi hanya merupakan satu bonus untuk mereka mempelbagaikan lagi kaedah dan pengetahuan mereka dalam melaksanakan sesuatu pengajaran
Posted by: Dk.noramalina bte Pg.Rakawi | August 27, 2009 12:15 PM
jawapan untuk soalan Ramizah Hj Razali:
bagi pendapat saya, sebagai seorang guru dia perlu mengambil tahu latar belakang pelajarnya terlebih dahulu. selepas itu jika terdapat pelajar yang belum menguasai bidang teknologi ini, maka seseorang guru itu perlulah mengadakan klas khas untuk mengajar pelajar-pelajar ini, disamping inisiatif pelajar itu sendiri.
Posted by: Norsanani Hassan (06b0037) | August 27, 2009 12:18 PM
Selaras dengan perkembangangan teknologi yang membangun dengan begitu pesat dewasa ini telah banyak mempengaruhi manusi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tuntutan hidup termasuklah dalam bidang pendidikan dan salah satunya ialah proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan kemudahan internet tanpa guru dan murid perlu hadir di tempat pengajian, persoalannya bolehkah cara proses perlaksaan pengajaran dan pembelajaran jenis ini mengantikan cara yang dilaksanakan oleh institusi-institusi pendidikan khususnya yang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dengan cara guru dan murid hadir di institusi pendidikan yang disediakan dan apakah jaminan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran melalui internet dapat membawa kejayaan yang maksimum sebagaimana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara guru dan murid perlu hadir di institusi pendidikan yang tertentu ?
Posted by: Mohammad Azriman Bin Sarbini (06b0215) | August 27, 2009 12:46 PM
Soalan :
Teknologi pendidikan merupakan pengajaran yang digunakan dalam pengajaran masa kini. Oleh yang demikian, adakah ini menandakan bakal guru yang baru tidak lagi dapat menggunakan pengajaran secara tradisional?
Jawapan kpd soalan Md Roni Fadzilah :
Antara kesannya akan memudahkan pelajar utk belajar di mana-mana kerana bahan pelajaran boleh didapati melalui internet (laman sesawang). Selain itu ianya mendedahkan pelajar kepada kemudahan IT agar mereka tidak ketinggalan zaman.
Posted by: Mohd Abdul Wafiy Hj Yakop (06B0817) | August 27, 2009 02:49 PM
Soalan :Perlukah bagi seorang guru itu mempelajari IT?
Reply soalan Pg HJ Hamzah bin Pg HJ Mohammad
Ya, ianaya adalah amat perlu, ini dalah disebabkan memandangkan dasar pendidikan negara abad ke 21, yang mana menekankan bahawa setiap pendidik (seorang guru itu adalah amat perlu mempelajari teknologi dalam mencapai objektif semua matapelajaran yang bersesuaian,demi mendukung
dan mencapai hasrat kerajaaan sistem pendidikan negara abad ke 21.
Posted by: Abdul Azizi Bin Hj Metahir(06B0213) | August 27, 2009 03:27 PM
Soalan : Mengapa guru-guru itu perlu diberi latihan dalam penggunaan IT?
Posted by: Zaidillah Bin Zainuddin (06B0212) | August 28, 2009 05:46 AM
Jawapan kepada soalan Abu Zar Abdullah..
Sememangnya benar penggunaan teknologi dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam Sistem Pendidikan Negara (SPN 21). Menurut Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad mengatakan bahawa dengan menggunakan teknologi ICT, pengajaran akan memberi kesan yang positif. Menurut beliau lagi, mata pelajaran yang diajar di bawah SPN 21 memerlukan penggunaan ICT yang lebih. Beliau juga turut menyarankan bahawa guru yang berkaitan hendaklah berkemampuan untuk memastikan pelajar mereka mempunyai pengetahuan ICT.
Jadi, berdasarkan ucapan beliau itu jelaslah di sini bahawa penggunaan teknologi dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam Sistem Pendidikan Negara (SPN21) kerana ini adalah salah satu cara usaha kerajaan dalam memantapkan lagi sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam.
Posted by: Nur Hamizah Binti Haji Aji (06B0803) | August 28, 2009 11:54 AM
Soalan : Perlukah bagi seorang guru itu mempelajari IT?
Posted by: Abdul Aziz Bin Hj Metahir (06B0312) | August 29, 2009 09:19 AM
Soalan: Perlukah seseorang guru agama itu mempunyai kemahiran di dalam penggunaan Teknologi dalam pengajaran dan Pembelajaran?
Posted by: Pg Hj Hamzah bin Pg Hj Mohamad(06b0285) | August 29, 2009 09:22 AM
Replay to Pg Hj Hamzah Bin Pg Hj MOhammad : Ya, ianaya adalah amat perlu, ini dalah disebabkan memandangkan dasar pendidikan negara abad ke 21, yang mana menekankan bahawa setiap pendidik (seorang guru itu adalah amat perlu mempelajari teknologi dalam mencapai objektif semua matapelajaran yang bersesuaian,demi mendukung
dan mencapai hasrat kerajaaan sistem pendidikan negara abad ke 21.
Posted by: Abdul Aziz Bin Hj Metahir (06B0312) | August 29, 2009 09:27 AM
Soalan :Perlukah bagi seorang guru itu mempelajari IT?
Reply to : Pg Hj Hamzah Bin Pg HJ Mohammad.:
Ya, ianaya adalah amat perlu, ini dalah disebabkan memandangkan dasar pendidikan negara abad ke 21, yang mana menekankan bahawa setiap pendidik (seorang guru itu adalah amat perlu mempelajari teknologi dalam mencapai objektif semua matapelajaran yang bersesuaian,demi mendukung
dan mencapai hasrat kerajaaan sistem pendidikan negara abad ke 21.
Posted by: Abd Aziz Bin HJ Metahir (06B0213) | August 29, 2009 09:34 AM
Reply to: Abd Aziz bin Hj Metahir.Teknologi adalah mercu tanda kejayaan sesebuah negara dan bangsa. Dalam menghadapi dunia global teknologi adalah sangat perlu bagi serorang guru, lebih-lebih lagi dalam dunia tanpa sempadan yang serba serbi memerlukan kecepatan supaya kita tidak ketinggalan zaman. Seorang guru yang mahir dalam it khususnya akan mempamerkan kewibawaan dan kecanggihan.
Posted by: Pg Hj Hamzah bin Pg Hj Mohamad(06b0285) | August 29, 2009 09:50 AM
Reply to: Abd Aziz bin Hj Metahir.Teknologi adalah mercu tanda kejayaan sesebuah negara dan bangsa. Dalam menghadapi dunia global teknologi adalah sangat perlu bagi serorang guru, lebih-lebih lagi dalam dunia tanpa sempadan yang serba serbi memerlukan kecepatan supaya kita tidak ketinggalan zaman. Seorang guru yang mahir dalam it khususnya akan mempamerkan kewibawaan dan kecanggihan.
Posted by: Pg Hj Hamzah bin Pg Hj Mohamad(06b0285) | August 29, 2009 09:51 AM
Soalan kedua
TAJUK: GURU DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
Soalan:
Adakah anda bersetuju bahawa seseorang guru itu seratus peratus harus menggunakan teknologi dalam pengajarannya dan meninggalkan cara lama (iaitu tidak menggunakan teknologi dalam pengajarannya). Mengapa anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini?
Posted by: Amal hayati binti Ramlee | August 29, 2009 10:15 AM
soalan saya :Adakah perkembangan IT masa kini memberikan jurang di antara pembelajaran terkini dengan pembelajaran tradisional?
reply to Hasharinuddin Bin Haji Abu Bakar (06B0214):Penggunaan IT dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terbatas di kalangan guru-guru yang baru berkecimpung dalam arena pendidikan dalam konteks sekolah lebih-lebih lagi para guru lepasan universiti baik dari dalam negeri mahupun dari luar negeri, yang mana mereka ini sudah tentu dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran seperti IT ini. Bagaimanapun bagi guru-guru veteran terutama di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Islam, Kem Hal Ehwal Ugama, janganlah menganggap penggunaan IT di dalam pengarajan dan pembelajaran mereka, tidak penting dan tidak perlu. Tanggapan seperti ini adalah salah dan tidak boleh diterima sama sekali lebih-lebih lagi negara kita telah menjalankan dasar pendidikan negara yang baru iaitu Dasar Pendidikan Abad Ke-21 (SPN 21). Sebagai guru veteran, mereka tidak boleh ketinggalan dengan kemajuan dan perkembangan masa kini, kemahiran-kemahiran perlu ada di dalam diri mereka lebih-lebih lagi kemahiran IT ini. Mereka tidak boleh merasa cukup dengan pencapaian dan kebolehan yang ada, dengan pengalaman puluhan tahun belum tentu menjamin keberkesanan dalam pengaran mereka lebih-lebih lagi pada masa ini, mereka terpaksa berhadapan dengan arus kemodenan dan kecanggihan IT dan terpaksa berhadapan dengan pelajar-pelajar yang lebih 'up to date' dari mereka. Kita tidak mahu guru-guru ugama veteran kita digelar sebagai 'Katak di bawah tempurong'. Saranan saya rebutlah peluang dan carilah ilmu sebanyak-banyaknya selagi hayat dikandung badan. Akhirnya hayatilah kata-kata dari Dr Shukri Abdullah ini : 'Kita belum tahu potensi kita yang sebenar melainkan setelah kita berusaha bersungguh-sungguh'.
Posted by: Haji Suhaili Bin Haji Moksin (06B0216) | August 29, 2009 10:20 AM
Assalamualaikum Mahasiswa-mahasiswi yang di hormati sekalian. Tanpa membuang masa, SPN-21 adalah sistem pendidikan negara abad ke-21 yang bersesuaian dengan wawasan 2035 yang lebih berpusatkan kepada pelajar iaitu pelajar aktif dan guru juga turut aktif. Jadi soalan saya, adakah I.T benar-benar perlu dalam SPN-21 atau asalkan sahaja pengajaran bersesuaian dengan SPN-21 tanpa I.T?Seterusnya, mengapa kebanyakan guru lepasan baru UBD mengganggur pada masa sekarang dan tidak diambil sebagai guru?
Sekian Terima Kasih...salam...chow dari mohammad Khairul Nizam bin Suhaili (06B0812)
Posted by: Mohammad Khairul Nizam bin Suhaili (06B0812) | August 29, 2009 10:25 AM
Dari sana hendak ke sini, cuba jawab soalan ini:
"Penggunaan teknologi secara interaktif (on-line) dapat membantu pelajar memperolehi maklumat bukan sahaja melalui buku teks tetapi melalui akses laman web." Bagi pendapat biskita, wajarkah strategi ini diterapkan dalam pendidikan untuk memenuhi kehendak SPN-21?
*Selamat menjawab dan Salam Perdebatan (",)
Posted by: Mohd Rimi Ahmad | August 29, 2009 11:11 AM
SOALAN 2.
TAJUK: PEMBELAJARAN TEKNOLOGI, PERLUKAH?
Soalannya:Perlukah guru atau pelajar itu sendiri belajar tentang teknologi bermula dari awal lagi di sekolah?, sila nyatakan pendapat anda tentang penyataan diatas.
Nama: AFFIEZAH @ ALMA` SYAFI`AH BINTI MUSA
Numbor Pendaftaran: 06B0828
Posted by: AFFIEZAH @ ALMA` SYAFI`AH BINTI MUSA | August 29, 2009 02:13 PM
SOALAN 2.
TAJUK: PEMBELAJARAN TEKNOLOGI, PERLUKAH?
Soalannya:Perlukah guru atau pelajar itu sendiri belajar tentang teknologi bermula dari awal lagi di sekolah?, sila nyatakan pendapat anda tentang penyataan diatas.
Nama: AFFIEZAH @ ALMA` SYAFI`AH BINTI MUSA
Numbor Pendaftaran: 06B0828
Posted by: AFFIEZAH @ ALMA` SYAFI`AH BINTI MUSA | August 29, 2009 02:16 PM
Soalan ke 2
Apakah persamaan di antara Teknologi pendidikan dan Teknologi pengajaran?
Posted by: Dina Shahrina (06B0802) | August 29, 2009 07:28 PM
Soalan 2:
ICTC adalah salah satu daripada subjek pembelajaran yang diajarkan di sekolah-sekolah menengah untuk mengajar para pelajar tentang penggunaan teknologi yang serba modern dan mudah ini, tujuan ICTC ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan celik IT. Namun, mengikut pengalaman yang telah saya lalui sewaktu menjalankan latihan mengajar...sesetengah pelajar telah menyalah gunakan kemudahan yang disediakan oleh sekolah. Para pelajar menggunakan masa ICTC yang terluang untuk melayari internet dan juga laman web yang kurang bersesuaian yang langsung tiada hubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran. Jadi, bagaimanakah kita sebagai guru berusaha untuk membendung masalah dan penyalah gunaan ini?
Posted by: Siti Norassimah Haji Kassim (06B0843) | August 29, 2009 07:44 PM
Jawapan bagi soalan (Pada zaman yang serba canggih ini, semua bahan teknologi juga turut maju mengikut peredaran masa seperti wujudnya OHP, Komputer Riba, Projektor, Camera Digital, Video Recorder, Smartboard dan sebagainya. Jadi dengan peralatan yang serba canggih ini bagaimanakah kita sebagai guru yang berdidikasi mampu mengaplikasikan peralatan tersebut dalam pengajaran kita bagi mewujudkan satu suasana pelajaran yang menarik dan efektif?)
Sebelum seorang guru menjalankan pengajarannya dengan menggunakan alat-alat yang canggih ini ada beberapa perkara yang guru harus ketahui iaitu guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan canggih yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.Selain itu, guru harus tahu menyesuaikan pemilihan alat-alat canggih berdasarkan tahap pemikiran, pengetahuan atau pengalaman pelajar. Guru juga harus arif dan berkemahiran untuk mengendalikan alat - alat tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa, agar lebih menarik dan afektif. Di samping itu juga, alat -alat canggih ini harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.
Dengan panduan-panduan yang dinyatakan tadi, guru akan mampu menjadikan suasana pembelajaran dan pengajaran menjadi menarik dan berkesan.
Posted by: Dina Shahrina (06B0802) | August 29, 2009 07:48 PM
reply to Md Amiruddin Hj Md Zaidi (06B0220).
Pendidikan masakini berkembang seiring dengan kepesatan sains & teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat ICT melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru & masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini.Khususnya dalam bidang pendidikan,penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses P&P sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikaan.
Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dapat dinafikan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar.
Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet,online,website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu para guru mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang .Justeru,kemahiran serta pengetahuan guru dalam mengaplikasi teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahuan dikalangan mereka.Sekian wassalam..
Posted by: Md.Roni Fadzilah b. Md Sima Al Islam( 06B0207 ) | August 29, 2009 10:27 PM
SOALAN 2: PENGGUNAAN TEKNOLOGI( lcd projektor)
Berdasarkan pengalaman saya semasa melakukan latihan mengajar, terdapatnya masalah semasa penggunaan Lcd projektor yang memakan masa yang lama untuk berfungsi,Bagi pendapat biskita bagaimana cara untuk mengelakkan daripada perkara ini terus menerus berlaku?
Posted by: Siti Sahirah binti Jamil (06B0844) | August 30, 2009 10:34 AM
Soalan ke-2:
Dalam era teknologi ini bagaimana cara tenaga pengajar mengubah gaya pembelajaran ‘chalk & talk’ kepada ‘click & surf’?.
Posted by: Muhammad Iyad Fathi bin Ahad | August 30, 2009 10:48 AM
Soalan ke-2
Tajuk: Prosedur Analisis Tugasan
Bagaimanakah prosedur analisis tugasan dapat membantu pengajaran seorang guru di sekolah?
Posted by: Nur Hamizah Binti Haji Aji (06B0803) | August 30, 2009 10:55 AM
Soalan : Perlukah pembelajaran mengenai IT dijadikan sebagai matapelajaran teras di sekolah menengah?
Posted by: Zaidillah Bin Zainuddin (06B0212) | August 30, 2009 11:25 AM
Saya akan menjawab soalan Md. Fadzillah Kamis (06B0238) | August 25, 2009 08:50 PM
SOALAN
Kewujudan internet membolehkan kita mencapai maklumat dunia dengan jari- jemari kita.
Oleh itu, mengapakah pelajar tidak dididik untuk menggunakan telefon bimbit dengan sebaiknya sedangkan ia memiliki banyak fungsi yang sangat berfaedah terutama sekali sebagai alat bantu belajar bagi pelajar dalam pendidikan mereka itu dan dilarang pula untuk membawa ke sekolah?
JAWAPAN
Dalam era globalisasi ini, telefon bimbit merupakan hasil produk teknologi yang kaya dengan pelbagai informasi. Oleh itu, ia menjadi semacam rebutan pelajar kerana telefon bimbit bukan sahaja sebagai alat komunikasi penting tetapi juga sebagai alat untuk menerokai pelbagai ilmu.
Persoalan yang dikemukakan oleh Md Fadzillah iaitu ‘mengapakah pelajar tidak dididik untuk menggunakan telefon bimbit dengan sebaiknya?’ Bagi pandangan saya, sekiranya perkara ini diambil berat iaitu dengan memberikan pendedahan secukupnya kepada pelajar mengenai penggunaan telefon bimbit dengan sebaiknya, adakah pelajar akan menurutinya? Bagaimanakah kita akan mengetahui bahawa pelajar akan memegang amanah yang diberikan kepada mereka untuk menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan pelbagai informasi sebagai alat bantu belajar mereka? Rata-rata dewasa ini, ramai pelajar menyalahgunakan telefon bimbit sebagai alat untuk berbual dengan ‘boyfriend’ atau ‘girlfriend’, ‘chatting’ dan memuat turun lagu, gambar serta menerokai laman sesawang yang tidak sepatutnya. Adakah perkara ini dikira sebagai alat bantu belajar bagi pelajar walaupun mereka tahu bahawa perbuatan sedemikian ini membantutkan pembelajaran mereka? Oleh itu, pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah sebagai langkah menghindarkan mereka dari leka dengan perbuatan itu. Sebagai kesimpulannya, pendedahan fungsi telefon bimbit seperti memasuki laman sesawang yang berguna kepada pelajar adalah perlu tetapi dihadkan penggunaannya sebagai alat bantu belajar serta dipantau oleh ibu bapa/guru.
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | August 30, 2009 11:27 AM
Reply soalan 06B0220
Guru-guru disarankan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan IT kerana IT boleh digunapakai semasa pengajaran nanti. selain itu jika seorang guru berkemahiran dalam IT, dia boleh menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajarannya nanti. guru juga mesti pandai dalam IT kerana dalam zaman era teknologi ini segala urusan dapat diselesaikan dengan penggunaan IT. Guru yang berkebolehan IT juga dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pelajaran melalui internet sahaja tanpa mengadakan kelas tambahan atau perjumpaan khusus.
Posted by: Hajah Nor Rafidah bte Abd Rahman | August 30, 2009 11:28 AM
Reply to Hj.Suhaili Bin Hj Moksin : Memang amat ketara jurang perbezaan pembelajaran terkini dengan pembelajaran tradisional kerana pengajaran terkini banyak memerlukan ruang dan perbelanjaan yang banyak serta memerlukan prasarana yang kondusif, sedangkan pembelajaran tradisional lebih berpusatkan kepada guru dan tidak banyak menggunakan IT.
Posted by: Zaidillah Bin Zainuddin (06B0212) | August 30, 2009 11:40 AM
Reply: Soalan 2 oleh Hjh Nor Rafidah
Soalannya, ‘Penggunaan Teknologi penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dalam penggunaan teknologi?
Jawapan:
Memang tidak dapat dinafikan, walaupun banyak kebaikan yang diperolehi daripada penggunaan teknologi, tetapi ada juga kelemahannya. Antaranya ialah:
1. Kos peralatan mahal. Misalnya, ada sekolah yang belum terdapat alat LCD projektor, komputer dan lain-lain. Bagi menyediakan alat-alat teknologi tersebut untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran dan kegunaan pelajar hendaklah memerlukan sumber kewangan atau ‘budget’ yang mencukupi.
2. Memakan masa. Biasanya berlaku kepada guru yang belum mahir dengan penggunaan alat-alat teknologi ini, misalnya dalam penyediaan LCD projektor. Hal ini juga boleh terjadi kepada guru yang sudah mahir, jika ada masalah-masalah lain yang muncul, contohnya LCD projektor lambat berfungsi dan sebagainya.
3. Memerlukan banyak peralatan. Maksudnya penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah memerlukan banyak peralatan, misalnya seorang guru yang mengajar dengan menggunakan slaid ‘powerpoint’. Guru tersebut hendaklah menyediakan:
a. komputer riba dan LCD projektor (sama ada disediakan oleh pihak sekolah atau kepunyaan sendiri).
b. Tempat yang sesuai untuk memancarkan slaid ‘powerpoint. Hal akan menjadi sukar jika di dalam bilik darjah itu tiada tempat yang sesuai untuk memancarkan slaid ‘powerpoint'.
c. ‘Extension wire’ juga diperlukan.
4. Tiada bekalan elektrik. Misalnya di dalam bilik darjah yang belum disediakan bekalan elektrik.
5. Tiada persiapkan rapi daripada guru yang mengajar akan menyebabkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran akan terbantut.
6. Guru yang masih takut menggunakan teknologi. Dalam hal ini guru masih berfikiran pasif atas sebab-sebab yang tertentu, misalnya menyangka pemasangan alat teknologi memakan masa, takut alat teknologi itu rosak dan sebagainya.
7. Alat teknologi mengalami kerosakan. Misalnya, data-data dan perisian-perisian yang terdapat di dalam komputer dimusnahkan oleh virus dan sebagainya.
8. Alat teknologi tidak berfungsi. Misalnya, LCD projektor tidak berfungsi sewaktu pengajaran dan pembelajaran, kerana tidak sesuai dengan komputer riba yang digunakan. Contoh lain, ada di antara dokumen-dokumen yang tidak dapat dibuka, kerana perisiannya tidak terdapat di dalam komputer yang digunakan.
9. Pelajar menggunakan komputer untuk melayari laman sesawang atau internet, ‘chatting’, ‘gaming’ dan sebagainya.
Inilah antara kelemahan-kelemahan dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Posted by: Muhammad Iyad Fathi bin Ahad (06B0225) | August 30, 2009 12:31 PM
Pengajaran guru berkesan dengan menggunakan teknologi komputer atau bergantung kepada kreativiti guru. Bincangkan.
Posted by: Hamidah Hj Abdul Rahman (06B0202) | August 30, 2009 02:26 PM
Soalan :Apakah langkah-langkah yang harus dilaksanakan/dilakuakan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan IT dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah?
Posted by: Masrainah Haji Harun (06B0201) | August 30, 2009 08:32 PM
reply to: Mohd. Azriman Sarbini
Assalamualaikum w.b,
Dari satu sudut pandangan yang positif, bagi seorang guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya mampu membantu dalam memudahkan serta melancarkan lagi perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya, kerana dengan penggunaan IT, pengajaran guru akan mudah difahami dan diikuti oleh pelajar/murid disamping guru boleh mempelbagaikan lagi teknik pengajarannya sesuai dengan kemampuan pelajar/murid. Selain itu pengajaran dengan menggunakan IT mampu menambahkan keseronokan belajar dalam sesuatu pengajaran guru.
Namun dari satu sudut lainnya, bagi guru yang kurang berkemahiran dalam bidang IT ianya adalah merupakan satu kesulitan dan boleh menganggu kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi pada masa ini dalam pendidikan SPN-21 guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT amat diperlukan untuk memenuhi keperluan dalam proses pendidikan.
Dari itu adalah diharapkan supaya dapat diadakan bengkel-bengkel atau kursus-kursus tertentu bagi membantu guru-guru yang kurang berkemahiran dalam bidang IT agar mereka dapat memantapkan mutu pengetahuan dalam bidang IT sekaligus dapat membantu mereka dalam melaksanakan proses pengajaran.
Walaubagaimanapun saya tidak menafikan tentang keberkesanan cara pengajaran lama dimana tanpa penggunaan IT sesuatu pengajaran dan pembelajaran masih dapat dilaksanakan dengan berkesan. Namun begitu dengan adanya kemahiran dan pengetahuan dalam bidang IT akan mampu membantu guru mengemaskinikan lagi cara pengajarannya sesuai dengan arus perkembangan zaman.
Posted by: Masrainah Haji Harun (06B0201) | August 30, 2009 09:10 PM
Soalan 2: Apakah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan IT dalam matapelajaran PUI mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar berbanding cara pengajaran lama (tanpa IT)?
Posted by: Masrainah Haji Harun (06B0201) | August 30, 2009 09:30 PM
Al-soal - Adakah benar penggunaan IT tidak sesuai atau releven dalam pengajaran al-Quran pada masa ini? Need your comment, ASAP...
Posted by: Hasharinuddin Bin Haji Abu Bakar (06B0214) | August 30, 2009 09:50 PM
Al-soal - Adakah benar penggunaan IT tidak sesuai atau releven dalam pengajaran al-Quran pada masa ini? Need your comment, ASAP...
Posted by: Hasharinuddin Bin Haji Abu Bakar (06B0214) | August 30, 2009 09:50 PM
Respon kepada soalan kedua Affiezah @ Alma' Syafi'ah binti Musa.
Sememangnya perlu bagi seorang guru atau pelajar itu belajar tentang teknologi bermula dari awal lagi, ini adalah kerana melihat dari segi kepentingan mempelajarinya, iaitu antara kepentingannya ialah seperti berikut:
1)Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang teknologi, dengan adanya ilmu mengenai teknologi akan dapat mencipta barangan yang berkaitan dengan teknologi untuk digunakan dalam pengajaran atau pembelajaran mereka.
2)Dapat memajukan diri sendiri dan membuktikan kepada rakyat luar negara bahawa rakyat mereka adalah intelek (tidak perlu bergantung kepada rakyat luar negara untuk maju atau pandai).
3)Dapat berkongsi berita dengan negara luar, contohnya, dapat mengetahui perkembangan negara lain dengan melayari internet dan sebagainya.
Rujukan:
http://www.keepandshare.com/doc/view.php?id=143201&dn=y.
Posted by: Amal Hayati binti Ramlee | August 31, 2009 08:01 AM
Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam
pengajaran mereka. Selain itu, terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat ini seperti pengurusan dan pengendalian komputer. Perkara ini merupakan salah satu punca penggunaan teknologi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka masih di tahap yang rendah.
Persoalannya: bagaimanakah menangani masalah ini?
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | August 31, 2009 08:28 AM
Soalan 2 :
Berbaloikah mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi memandangkan bahan-bahan teknologi di sekolah-sekolah masih berkurangan?
Posted by: Norhafizah Binti Julaihee ( 06b0830 ) | August 31, 2009 08:31 AM
Soalan 2
Penggunaan teknologi dalam pengajaran terutamanya dari segi alat bantu mengajar perlu diperkenalkan atau didedahkan dari peringkat sekolah rendah lagi agar pelajar-pelajar tersebut mengetahui dan belajar mengenai teknologi.Bersetujukah kamu.
Posted by: Suzlina Jukin | August 31, 2009 10:45 AM
SOALAN: "Sejauh manakah penggunaan IT dapat memberi kemanfaatan dalam pengajaran dan pembelajaran?"
Posted by: Mariani Binti Haji Ahmad ( 06b0208 ) | August 31, 2009 10:53 AM
SOALAN: Sejauh manakah penggunaan IT dapat memberi kemanfaatan dalam pengajaran dan pembelajaran?
Posted by: Mariani Binti Haji Ahmad ( 06b0208 ) | August 31, 2009 10:55 AM
IT sememangnya mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan manusia, khususnya pelajar-pelajar sekolah. Maka dengan pendedahan dan perlaksanaan penggunaan IT di dalam era pendidikan masa kini telah mengujudkan budaya celik IT di kalangan para pelajar. Dengan kecanggihan ini membolehkan penggunanya menimba berbagai jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi dalam pada masa yang sama ianya juga mengandungi banyak sekali cabaran-cabaran yang menyebabkan penyalahgunaan IT di kalangan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah.
Maka dalam hal ini, langkah-langkah bagi mengatasi permasalahan ini mestilah difikirkan. di antara langkah-langkah tersebut ialah:-
a. Ibubapa mempunyai peranan yang penting dalam membuat pemantauan yang berterusan terhadap anak-anak mereka semasa melayari Internet.
b. Membimbing anak-anak atau pelajar tersebut mengenai cara-cara menggunakan internet untuk tujuan pendidikan.
c. Mengingatkan dan memerhatikan mereka semasa melayari web yang penting dan berguna untuk tujuan penyelidikan pendidikan semata-mata.
d. Membataskan had masa yang boleh menamatkan tempuh penggunaan internet mengikut tempuh yang dikehendaki samada di rumah atau di sekolah.
e. menetapkan peraturan untuk penggunaan internet dan menerangkan rasional, atau sebab musabab mengapa peraturan itu dibuat.
f. Guru yang mengajar IT di sekolah perlulah lebih mengawal dan memantau secara berterusan akan aktiviti yang diberikan kepada pelajar-pelajarnya.
g. Pihak sekolah juga haruslah menetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman web yang tidak perlu.
h. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan yang bermanfaat.
Oleh itu, bagi mencapai keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan pelajar-pelajar, di sarankan pihak ibubapa dan pihak sekolah lebih perhatian terhadap langkah-langkah penggunaan IT di kalangan anak atau para pelajar. Dengan demikian pelajar-pelajar itu diharapkan dapat kemanfaatan keupayaan teknologi internet dalam pendidikan serta menguasai dan mengeksploitasi internet ke arah kebaikan dalam mengharungi dunia global tanpa sempadan yang mencabar. Sekian........
Posted by: Mariani Binti Haji Ahmad ( 06b0208 ) | August 31, 2009 11:01 AM
REPLY TO:MASRAINAH HJ.HARUN(06b0201) FROM: MARIANI (06b0208):-
IT sememangnya mempunyai kesan yang besar dalam kehidupan manusia, khususnya pelajar-pelajar sekolah. Maka dengan pendedahan dan perlaksanaan penggunaan IT di dalam era pendidikan masa kini telah mengujudkan budaya celik IT di kalangan para pelajar. Dengan kecanggihan ini membolehkan penggunanya menimba berbagai jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi dalam pada masa yang sama ianya juga mengandungi banyak sekali cabaran-cabaran yang menyebabkan penyalahgunaan IT di kalangan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah.
Maka dalam hal ini, langkah-langkah bagi mengatasi permasalahan ini mestilah difikirkan. di antara langkah-langkah tersebut ialah:-
a. Ibubapa mempunyai peranan yang penting dalam membuat pemantauan yang berterusan terhadap anak-anak mereka semasa melayari Internet.
b. Membimbing anak-anak atau pelajar tersebut mengenai cara-cara menggunakan internet untuk tujuan pendidikan.
c. Mengingatkan dan memerhatikan mereka semasa melayari web yang penting dan berguna untuk tujuan penyelidikan pendidikan semata-mata.
d. Membataskan had masa yang boleh menamatkan tempuh penggunaan internet mengikut tempuh yang dikehendaki samada di rumah atau di sekolah.
e. menetapkan peraturan untuk penggunaan internet dan menerangkan rasional, atau sebab musabab mengapa peraturan itu dibuat.
f. Guru yang mengajar IT di sekolah perlulah lebih mengawal dan memantau secara berterusan akan aktiviti yang diberikan kepada pelajar-pelajarnya.
g. Pihak sekolah juga haruslah menetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman web yang tidak perlu.
h. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan yang bermanfaat.
Oleh itu, bagi mencapai keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan pelajar-pelajar, di sarankan pihak ibubapa dan pihak sekolah lebih perhatian terhadap langkah-langkah penggunaan IT di kalangan anak atau para pelajar. Dengan demikian pelajar-pelajar itu diharapkan dapat kemanfaatan keupayaan teknologi internet dalam pendidikan serta menguasai dan mengeksploitasi internet ke arah kebaikan dalam mengharungi dunia global tanpa sempadan yang mencabar. Sekian........
Posted by: Mariani Binti Haji Ahmad ( 06b0208 ) | August 31, 2009 11:04 AM
Jawapan bagi soalan Norsadiah Matarsad.
Sebenarnya persoalan yang harus dipertikaikan ialah samaada guru itu tahu ataupun tidak untuk mengaplikasikan peralatan yang berteknologi dalam pengajarannya kerana guru yang tahu dan mahir dalam penggunaan alat-alat tersebut akan memudahkannya dalam proses penyampaian pengajaran dan sekaligus dapat menarik minat para pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran.
Posted by: Suzlina Jukin (06B0813) | August 31, 2009 11:11 AM
Soalan 2 daripada saya:-
Di dalam SPN 21, pelajar-pelajar dikehendaki untuk berperanan aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, mempunyai pengetahuan tentang IT dan kemudahan untuk mempelajarinya adalah merupakan satu kelebihan bagi mereka. Dengan yang demikian bagaimanakah membantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk bersama-sama berpeluang dan tidak ketinggalan untuk mempelajari dan mendapat maklumat tambahan daripada IT?
Posted by: Sarah Haji Abu Bakar(06B0217) | September 1, 2009 06:37 AM
Apakah kepentingan pembuatan struktur kandungan di dalam projek teknologi yang akan kita hasilkan ini?
Posted by: Dk Siti Ardiah bte Pg Mohiddin, 06B0810. | September 1, 2009 09:13 AM
Apakah kepentingan penguasaan teknologi dalam pendidikan bagi seseorang guru?
Posted by: Dk Siti Ardiah bte Pg Mohiddin, 06B0810. | September 1, 2009 09:17 AM
Soalan ke dua.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan sekarang sudah menjadi keperluan sejagat.Tanpa teknologi, manusia dianggap sebagai ketinggalan zaman. Dalam pendidikan, ia meliputi pelbagai tahap umur pengajaran, wajarkah penggunaan teknologi diapplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah?
Posted by: Abu Zar Abdullah (06B0806) | September 1, 2009 12:46 PM
Menjawab soalan Mohd Fadzillah Kamis (06B0238)
Kewujudan internet membolehkan kita mencapai maklumat dunia dengan jari- jemari kita.
Oleh itu, mengapakah pelajar tidak dididik untuk menggunakan telefon bimbit dengan sebaiknya sedangkan ia memiliki banyak fungsi yang sangat berfaedah terutama sekali sebagai alat bantu belajar bagi pelajar dalam pendidikan mereka itu dan dilarang pula untuk membawa ke sekolah?
Teknologi merupakan satu kemudahan yang baik tambahan pula kepada golongan belia remaja. namun jika penggunaan teknologi ini tidak terkawal oleh pihak-pihak yang tertentu terutama ibu bapa, pelajar-peljar ini mungkin terjebak dalam penyalahgunaan tekologi.
dalam hal ini, pelajar bukan sahaja oleh melayari laman sesawang dengan komputer riba malah dengan telefon bimbit. sekiranya mereka membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian kepada pelajaran. boleh saja mereka melayari laman sesawang ketika guru mengajar.
jalan penyelesaiannya, setiap sekolah harus menyediakan satu makmal komputer untuk belajar sekurang-kurangnya seminggu sekali. ini memberikan peluang kepada mereka meneroka dunia tanpa sempadan dan tidak celik IT.di seolah guru berperanan mengawal tingakh laku pelajar manakala di rumah tugas ini dipikul oleh ibu bapa agar anak-anak merea tidak terlibat dengan laman-laman sesawang yang tidak bermoral. Tambahan lagi sekarang jenayah boleh berlaku di alam cyber misalnya sindeket dadah.
sekian Terima kasih.
Selamat Berpuasa buat sekalian.
Posted by: Abu Zar Abdullah (06B0806) | September 1, 2009 12:59 PM
Penggunaan teknologi di zaman sekarang merupakan suatu kemestian berikutan menambahkan kepelbagaian cara pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan. Jelas pendapat awda mengenai kebenaran kenyataan ini berdasarkan pengalaman atau pengamatan yang telah di pantau selama ini.
Posted by: ruddy | September 1, 2009 01:08 PM
penggunaan teknologi dalam pendidikan pada zaman sekarang merupakan suatu fenomena kemestian untuk tidak digelar seorang guru ditakuk 'kuno'. Pada pendapat awda, wajarkah kenyataan ini diucapkan berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri.
Posted by: ruddy | September 1, 2009 01:13 PM
SOALAN KE 2 (MINGGU 4 & 5):
IT lebih sinonim dengan guru-guru muda atau guru alaf baru, pelajar-pelajar juga lebih gemar dengan pengajaran yang berlandaskan IT atau Teknologi terkini.
Soalan saya, bagaimanakah pula dengan guru-guru yang belum ada pengalaman dalam bidang IT atau belum mahir sedangkan para pelajar sekarang lebih berminat kepada guru yang mengajar menggunakan teknologi yang terkini. Bincangkan.
Posted by: Noor Karliyana Haji Matassan (06B0824) | September 1, 2009 01:14 PM
Jawapan kepada soalan Hajah Nor Rafidah Abd Rahman: Penggunaan Teknologi penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dalam penggunaan teknologi? jelaskan...
Penggunaan teknologi kini dalam pengajaran sudah menjadi trend, walaupun begitu terdapat juga kelemahannya. Umpamanya jika guru tersebut menggunakan projektor sebagai alat bantu ajarnya sedangkan di dalam biik darjah itu tidak menyediakan "plug' atau "plug' tersebut tidak boleh digunakan lagi. Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan seperti yang dirancangkan. Oleh yang demikian, IT atau Teknologi canggih tidak mampu memenuhi kesempurnaan pengajaran dan pembelajaran. Dan IT juga tidak boleh dikatakan mampu mencapai objektif pengajaran sepenuhnya.
Sekian. Wassalam.
01.09.09 (Selasa)
"Selamat Berpuasa"
Posted by: Noor Karliyana Haji Matassan (06B0824) | September 1, 2009 01:27 PM
ruddy - 06b0829
menjawab soalan 06b0812 20/08/09 (minggu 3)
Merujuk soalan beliau, sememangnya tidak dapat dinafikan penggunaan it atau teknologi dalam pengajaran mungkin banyak membawakan kebaikan daripada keburukan. Pada pendapat saya berdasarkan pengalaman latihan mengajar pada cuti semester lepas, kelemahan menggunakan it atau teknologi ini amat terhad. apa yang saya katakan terhad di sini adalah tidak semua sekolah baik diperingkat rendah atau menengah mahupun peringkat tinggi kemudahan dari segi bahan elektronik seperti kumputer riba, projektor dan lain-lain belum lagi mencapai ke tahap 'sara diri'. Apa yang ada hanya kemudahan seperti bilik kumputer digunakan secara terhad berikutan terdapat 'beberapa' buah bilik sahaja. Seterusnya, faktor kelemahan ini datangnya dari guru itu sendiri seperti
a) guru tersebut tidak meminati bidang IT
b) guru tersebut dilahirkan berdasarkan 'exam orientated' bukannya jaguh dalam bidang pengaplikasian.
c) Ada pun kepandaian dari aspek belajar dan aplikasi tetapi perkara ini perlu dirujuk semula kepada pentadbiran sesebuah institusi pendidikan tersebut.
berdasarkan dari pendapat saya ini, saya tidak mengatakan kenyataan beliau salah atau betul tetapi terpulang kepada individu itu sendiri menilainya dan mengungkayahkannya.
Posted by: ruddy | September 1, 2009 01:32 PM
Jawapan kepada soalan ke-2 Hajah Nor Rafidah:
Assalamualaikum, memang tidak dinafikan bahawa penggunaan teknologi adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT ini.
Namun, dalam penggunaan teknologi ini terdapat kelemahan-kelemahannya. Apatah lagi jika seorang guru itu tidak mahir dan tiada pengetahuan tentang penggunaan teknologi ini dan ini akan menyukarkan mereka untuk menggunakannya dalam pengajaran mereka.
Selain itu, sepanjang pengalaman saya ketika latihan mengajar, saya mendapati kebanyakan guru di sana mengatakan bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka akan membuang masa sahaja kerana untuk memasangnya akan mengambil masa dan akan mengganggu masa pengajaran mereka. Tambahan lagi, kadang-kadang projektor yang digunakan ada masalah seperti projektor tidak berfungsi dengan baik.
Oleh yang demikian, guru-guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan dalam ICT ini supaya dapat memanfaatkannya dalam pengajaran mereka. Antara langkah-langkah untuk membantu guru-guru untuk memanfaatkan penggunaan ICT ini di sekolah ialah:
1) Menganjurkan bengkel ICT.
2) Membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3) Penggunaan ICT secara optimum.
4) Mengetahui kepentingan ICT dan peredaran zaman.
5) Memberi info tentang kelebihan dan kekuatan penggunaan ICT.
6) Perlu inisiatif sendiri untuk pelajari ICT.
sumber: http://nurzahiah-pendidikanislam.blogspot.com/
Posted by: Nur Hamizah Binti Haji Aji (06B0803) | September 1, 2009 08:53 PM
Soalan Ke-2:
Apakah benar teknologi matlumat menyebabkan tabiat dan minat membaca di kalangan pelajar akan berkurangan?
Posted by: Hjh. Suzanawati Hj. Mat Kria (06B0211) | September 1, 2009 10:22 PM
Saya menjawab soalan Posted by: Asfarina Zil Arijah Mohamad (06B0819) | August 20, 2009 03:10 PM
Pendidikan masa kini sangat mementingkan penggunaan teknologi. Namun begitu haruskah seorang guru itu mengetahui semua tentang teknologi agar tidak ketinggalan dengan perkembangan pelajar yang sentiasa terdedah dengan ICT? Dan sekiranya guru kurang mahir dalam satu2 hal berkaitan dengan teknologi,adakah ia akan menjejaskan prestasi kerja seorang guru?
Pendidikan sebenarnya telah mementingkan penggunaan teknologi, namun bahan teknologi yang ada cuma kurang. Maka apabila terdapat pendedahan terkini,tidaklah boleh para guru 'tutup mata' mengenai perkembangan yang wujud dan sentiasa mengikut perkembangan ini kerana ia merupakan ilmu yang berfaedah kepada para guru.
Walau bagaimanapun, seseorang guru itu tidaklah perlu mahir terhadap kesemua perkara mengenai bahan teknologi dan hanya perlu mengetahui sebahagiannya atau perkara asas sahaja bagi membolehkan mereka mengatur strategi dalam pengajaran mereka dengan penggunan bahan atau alat teknologi tersebut.
Oleh itu, guru perlu ingat objektif utama penggunaan bahan atau alat teknologi ini hanya untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Maka ia akan tidak menjejaskan prestasi kerja seorang guru jika bijaksana dalam mengatur dan memilih penggunaan teknologi tertentu yang bersesuaian dengan pengajarannya.
Posted by: Md. Fadzillah Bin Kamis (06B0238) | September 1, 2009 11:45 PM
Soalan ke 2- Kewujudan internet yang boleh diakses pada beberapa tempat samaada menggunakan komputer atau telefon bimbit memudahkan maklumat boleh didapati pada bila-bila masa sahaja.
Mengapakah pengajaran seorang guru itu tidak dirakam dan dimuat turun ke dalam blog atau laman web yang hanya boleh diakses oleh para pelajarnya?
Posted by: Md. Fadzillah Bin Kamis (06B0238) | September 1, 2009 11:56 PM
SOALAN 2: pengguaan ICT merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan bagi merancang pengajaran yang baik setiap guru, perlukah bagi seorang guru itu menjadi pakar komputer untuk mengajar/menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajarannya?
Posted by: Mariani Binti Haji Ahmad ( 06b0208 ) | September 2, 2009 03:20 AM
SOALAN 2 UNTUK MINGGU 4 DAN 5:
Hanya guru yang selalu menggunakan kemudahan ICT yang tahu betapa mudahnya untuk menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Jadi, bagaimana cara untuk memupuk kesediaan guru, jika guru tidak tahu menggunakan ICT?
Posted by: RUSNI BINTI HAJI SAMAN (06B0221) | September 2, 2009 04:49 AM
SOALAN KEDUA:
Bincangkan dengan ringkas bagaimanakah cara ibubapa membantu anak-anak dalam pendidikan ICT.
Posted by: Zalina Hj Umar (06B0210) | September 2, 2009 07:32 AM
Soalan: Perlukah pelajaran IT itu diajarkan kepada muruid-murid sekolah rendah, Apakah komen awda?
Posted by: Abdul Aziz Bin HJ Mertahir (06B0213) | September 2, 2009 07:44 AM
JAWAPAN UNTUK
Soalan yang dikemukakan oleh Amal Hayati Binti Ramlee ( 06B0828)
2. Tajuk: Guru dan Teknologi
Sebelum menjawab samaada setuju atau tidak menggunakan seratus peratus teknologi dalam pengajaran kita perlu tahu dahulu apa jenis teknologi yang digunakan.Jika di sini saya akan lebih memfokuskan teknologi yang lebih kepada alat bantu mengajar yang selalu digunakan oleh guru. Saya tidak kata saya bersetuju seratus peratus tetapi ada baiknya menggunakan teknologi yang ada dan manfaatkannya.
Terlebih dahulu perlu tahu definisi alat bantu mengajar. ABM di kenali juga sebagai alat bantu mengajar. ABM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’
Jenis-Jenis ABM Alat bantu mengajar bukan elektronik Alat bantu mengajar elektronik Alat-alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar Alat bantu mengajar bukan elektronik Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi). Alat bantu mengajar elektronik Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan computer
Kepentingan alat bantu mengajar yang berbentuk teknologi diantaranya ialah Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Membina pemikiran yang berterusan,terutama melalui penggunaan filem-filem bergerak. Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata. Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif . penggunan teknologi dalam pendidikan boleh mempercepatkan kadar pengajaran dan guru akan pempunyai masa yang lebih untuk menjalakan kerja-kerja perancangan dan penyelidikan .Beban kerja guru juga akan berkurangan dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan. Pengguna Tv pendididkan, computer, e-book, umpamanya boleh mengantikan peanan guru untuk suatu jangka masa tertentu. Guru hanya di kehendaki . bertindak sebagai fasilitator
Kesimpulan ini membuktikan bahawa penggunaan alat Bantu mengajar (ABM) mungkin sini kita fokuskan penggunaan computer atau apa saja yang berbentuk teknologi adalah penting kerana dengan penggunaannya bukan sahaja pembelajaran pelajar menjadi menarik,tetapi tidak semestinya mengunakan setiap masa, guru perlu bijak menggunakan pada masa yang ditentukan malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di diperkembangkan lagi; ia juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Apabila pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi berkesan , bererti objektif kurikulum telah tercapai dan juga hasrat Kementerian Pendidikan untuk memenuhi matlamat SPN-21. Cadangan Pihak kurikulum perlu menganjurkan kursus-kursus pendek untuk mengendalikan bengkel penggunaan alat bantu mengajar serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada jenis bahan yang jarang digunakan di sekolah seperti rod cuisenaire dari masa ke semasa. Pusat sumber di sekolah harus dilengkapi dengan bahan-bahan bantu mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran konsep matematik tertentu. Cadangan Guru harus memupuk sikap ingin cuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza. Guru mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.
Rujukan:
Siti Hajar Haji Aziz, Kamaruddin Haji Husin. 1997. Pusat Sumber Sekolah Untuk Sekolah Rendah dengan Sekolah Menegah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
AFFIEZAH @ ALMA` SYAFI`AH BINTI MUSA 06B0828
Posted by: AFFIEZAH @ ALMA` SYAFI`AH BINTI MUSA | September 2, 2009 10:45 AM
soalan ke 2 bagi minggu 4&5:
Bagaimanakah teknologi pendidikan membantu kurikulum sekolah serta menambah nilai pengajaran dan pembelajaran?
Posted by: othmalina massalwana binti othman | September 2, 2009 12:26 PM
Soalan kedua bagi minggu ke 4 dan 5;
Bandingkan: penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dahulu dan masa kini.
Posted by: Nurul Adila Binti Haji Othman (06B0240) | September 2, 2009 12:26 PM
menjawab soalan 06B0208(31 ogos 2009)
Dengan adanya kehadiran IT sedikit sebanyak dapat memudahkan proses P&P. Jika dilihat dari sudut pengajaran guru, dengan adanya kemudahan IT ianya dapat menjadikan tugas guru menjadi mudah, cepat dan berkesan. Manakala jika dilihat dari sudut pembelajaran pula, IT dapat membantu memajukan pembelajaran pelajar-pelajar, sebagai contoh penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan guru dengan pelajar sahaja akan tetapi ianya boleh dilakukan dengan menggunakan komputer seperti melalui internet, laman web, on-line dan sebagainya. Pelajar-pelajar dapat memperolehi pelbagai maklumat secara meluas serta boleh menghantar dan menerima dengan mudah dan cepat.Disamping itu ianya juga boleh memudahkan perhubungan diantara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
Posted by: Md Amiruddin Hj Md Zaidi (06B0220) | September 2, 2009 02:54 PM
SOALAN 2 UNTUK MINGGU 4 & 5
Teknologi maklumat adalah penting bagi seseorang pelajar untuk meningkatkan pengetahuannya, persoalannya, perlukah teknologi maklumat itu diterapkan pada anak-anak sejak dari kecil lagi?, apakah nanti setelah memasuki alam persekolahan mereka tidak merasa bosan untuk mempelajarinya kerana telah didedahkan sejak awal lagi sebelum mereka memasuki alam persekolahan? Bagaimanakah guru mengatasi perkara tersebut?
Posted by: ROSIDAH BINTI HAJI LADI (O6B0209) | September 2, 2009 04:19 PM
Soalan 1: Komputer dan internet merupakan alat bantu kanak-kanak dalam pembelajaran mereka. Sejauh manakah ia boleh memberi kesan tehadap mutu pembacaan mereka?
Posted by: Zainatul Ashikin Binti Abdul Latip (06B0219) | September 2, 2009 04:28 PM
Reply to: HAJAH AINI BTE HJ ZAKARIA
Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini. kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya, sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang serba canggih dan diluar dugaan. kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.
Perkembangan pesat dan hebat ini juga turut dirasai oleh umat Islam, yang mana berbagai-bagai tanggapan dan pendapat telah dikeluarkan terhadap senario ini. Walaubagaimanapun, perubahan yang drastik ini seolah-olah tidak mampu disekat lagi kerana ianya berlaku dengan pantas dan melalui berbagai-bagai saluran. Kita sebagai umat Islam, menolak arus perkembangan ini hanya akan membuat kita sentiasa ketinggalan di segenap bidang, sementara menerimanya dengan bulat-bulat apa yang disediakan, hanya akan mengundang kepada nilai-nilai mulia yang telah diamalkan di dalam masyarakat kita. Maka umat Islam perlu menilai kembali kedudukan kita sebagai umat pilihan dan menyusun agenda-agenda yang perlu dilaksanakan demi untuk mengangkat kembali martabat umat.
Menyampaikan dakwah di zaman teknologi dan moden ini sangat mudah dan lebih efektif dibandingkan zaman sebelumnya. Berbagai maklumat dan artikel serta berbagai-bagai persoalan tentang Islam sangat banyak dimuatkan di dalam media teknologi khasnya di internet dan sangat mudah untuk dilayari oleh sesiapa sahaja. Melalui perkembangan teknologi maklumat dan internet ini juga, umat Islam perlu sedar bahawa ianya adalah saluran yang sangat berfaedah dan berkesan sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya. contohnya, melalui internet umat Islam dapat menyebarkan syiar Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Ianya juga boleh dijadikan sunber maklumat dan ilmu Islam, menjadi wadah untuk muzakarah sesama umat Islam diserata dunia, bahkan juga boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia.
Oleh itu, setiap individu Muslim perlu menjadikan dirinya seorang yang celik dan peka terhadap penggunaan teknologi maklumat dan internet agar kita dapat mengembangkan lagi ajaran Islam yang suci ini keseluruh umat manusia di muka bumi ini. Sekian.
Posted by: Zainatul Ashikin Binti Abdul Latip (06B0219) | September 2, 2009 04:32 PM
SOALAN 2:
Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Selain itu, terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat ini seperti pengurusan dan pengendalian komputer. Perkara ini merupakan salah satu punca penggunaan teknologi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka masih di tahap yang rendah.
Persoalannya: bagaimanakah menangani masalah ini?
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | September 2, 2009 07:19 PM
SOALAN 2:
Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Selain itu, terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat ini seperti pengurusan dan pengendalian komputer. Perkara ini merupakan salah satu punca penggunaan teknologi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka masih di tahap yang rendah.
Persoalannya: bagaimanakah menangani masalah ini?
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | September 2, 2009 07:19 PM
Saya ingin menjawab Soalan ke-2 yang dikemukakan oleh Iyad Fathi (06B0225):
Dalam era teknologi ini bagaimana cara tenaga pengajar mengubah gaya pembelajaran ‘chalk & talk’ kepada ‘click & surf’?
JAWAPAN:
Sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Iyad Fathi, saya ingin berkongsi sedikit kebaikan penggunaan 'chalk and talk'. Di zaman arus globalisasi ini, kita dilimpahi dengan pelbagai kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sehingga mengabaikan penggunaan 'chalk and talk'. Sebenarnya kaedah ini perlu diperkasakan penggunaannya atas beberapa faktor seperti tiadanya bekalan elektrik, gaya pengajaan (persembahan multimedia) sudah tidak boleh menarik minat murid belajar serta guru tidak sempat membuat persediaan atau bahan yang disediakan hilang di dalam simpanan. Oleh itu, para guru perlu sentiasa memperkasakan kebolehan dalam 'Chalk and Talk' dan jangan memperlekehkan guru yang menggunakan kaedah ini.
Berbalik kepada soalan Iyad Fathi, bagi pendapat saya, beberapa bengkel perlu diungkayahkan bagi meningkatkan kefahaman para guru mengenai cara penggunaan dan pengendalian peralatan teknologi ini dengan jayanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan bagi mengubah persepsi buruk mengenai teknologi di kalangan para guru yang telah lama berkhidmat. Alasan seperti 'tidak tahu memasang' dan 'tidak tahu menggunakan komputer riba' akan dapat diatasi sekiranya guru tersebut menanamkan sikap ingin berubah dalam dirinya. Secara kesimpulannya, beberapa bengkel dan kursus mengenai IT ini perlu diadakan di setiap sekolah bagi memupuk minat guru untuk mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran 'chalk and talk' kepada 'click and surf'.
Sekian...
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | September 2, 2009 07:29 PM
Reply jawapan bagi soalan 2 (posted by : Rusni binti Haji Saman (06B0221).
Sistem pengajaran dan pembelajaran terkini diruanglingkupkan oleh sistem teknologi. Oleh yang demikian setiap guru yang mengajar pada peringkat rendah dan menengah perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT perlu didedahkan kepada pelajar bagi mewujudkan pembelajaran aktif. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Fred Percival dan Henry Ellington yang diterjemahkan oleh Noran Fauziah Yaacub (1994) bahawa semua bentuk teknologi maklumat baru semakin memberi kesan kepada pendidikan. Oleh yang demikian, adalah perlu penggunaan teknologi atau ICT diserapkan pada pelajar bagi merealisasikan pembelajaran aktif atau E-Learning.
Ada beberapa cara untuk memupuk kesediaan guru jika guru tersebut tidak tahu menggunakan ICT. Bengkel atau kursus ICT perlu diadakan bagi guru-guru agar dapat mengetahui asas-asas pengetahuan dan kemahiran ICT serta cara penggunaannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, seorang guru perlu membiasakan dirinya menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti mendapatkan rujukan yang tepat dan bersesuaian dengan isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar. Seorang guru itu tidak seharusanya bergantung kepada buku teks semata-mata.
Seorang guru juga perlu membiasakan diri menggunakan power point dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana memudahkan pelajar memahami secara mendalam tentang isi pelajaran yang disampaikan.
Seminar mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu diadakan bagi guru-guru bagi menyedari akan kepentingan menggunakan kemudahan ICT tersebut di sekolah-sekolah.
Secara keseluruhannya, daripada beberapa cara untuk memupuk kesediaan guru dalam pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dapat mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran aktif yang berpusatkan kepada pelajar. Pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan ICT secara tidak langsung guru dapat mendedahkan kemudahan tersebut kepada pelajar.
Rujukan : P, Fred & E, Henry (terjemahan : Noran Fauziah Yaacub).1994. Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Posted by: Rosime binti Abd Manan (06B0224) | September 3, 2009 07:26 AM
Reply-Soalan 2 : Md Fadzillah
Memang benar ada sebahagian daripada pengajaran guru tidak dirakam atau dimuat turun di dalam internet malah hanya pelajar sahaja yang dapat mengakses laman-laman web guru.
Salah satu dari sebabnya ialah untuk mengelakkan menyalahgunakan pengajaran guru oleh orang luar seperti yang banyak berlaku pada masa sekarang.Kadang-kadang pengajaran guru digunakan sebagai bahan untuk mengadakan perbincangan yang 'kurang sihat' apabila pengajaran guru itu disalahertikan kerana orang luar tidak mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang pengajaran kecuali pelajar yang mengikuti sepanjang pengajaran guru tersebut.
Selain itu, ianya juga sebagai satu langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dari berlakunya plagiat oleh orang luar dengan mengambil pengajaran guru sebagai isi kandungan sesuatu penulisan atau projek tanpa kebenaran dari yang berhak.
Posted by: Hjh Nur Hamizah Hj Alias (06B0818) | September 3, 2009 07:51 AM
jawapan bagi soalan 2: Abu Zar Abdullah (06B0806)
Assalamualaikum. Berdasarkan soalan tersebut, bagi pendapat saya adalah wajar jika penggunaan teknologi itu diaplikasikan kepada murid-murid bagi peringkat rendah kerana dengan adanya pendedahan teknologi akan dapat menarik minat dan membuka minda mereka terhadap pengajaran guru.
Di samping itu, pengaplikasian teknologi di peringkat rendah ini merupakan permulaan asas sebelum mereka melangkah ke peringkat menengah, jadi dengan itu mereka akan bersedia untuk mempelajari teknologi yang lebih 'advanced'.
Oleh yang demikian adalah perlu penggunaan teknologi diaplikasikan bagi murid-murid di sekolah rendah memandangkan pendidikan sekarang lebih banyak menumpukan dalam penggunaan teknologi untuk melahirkan individu yang celik IT.
Posted by: Siti Sahirah binti Jamil (06B0844) | September 3, 2009 08:00 AM
soalan 2 : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIKALANGAN GURU.
Di dalam sekolah mahupun peringkat rendah dan peringat menengah, sesetengah guru masih lagi mengamalkan pengajaran secara tradisi.sedangkan penggunaan teknologi dapat menjimatkan tenaga dan masa guru.Jadi bagaimanakah cara untuk memupuk minat guru terhadap penggunaan tekonologi seperti LCD projektor untuk pengajaran?
Posted by: Md Adi Zulfadhli bin Abd Rahman(06B0236) | September 3, 2009 08:10 AM
respon kepada soalan 2 : Abu Zar(06B0806)
Teknologi merupakan satu alat kemudahan yang terutamanya dalam dunia pendidikan. jadi penggunaan tekonologi adalah wajar bagi murid-murid sekolah rendah kerana dengan adanya teknologi akan dapat menarik minat murid dan juga dapat menggalakkan murid untuk ikut serta dalam apa-apa aktiviti yang disediakan oleh sekolah berhubungan dengan teknologi seperti pertandingan inforama.
Posted by: Md Adi Zulfadhli bin Abd Rahman | September 3, 2009 08:23 AM
Menggunakan teknologi internet seperti blog dalam pembelajaran dan pengajaran memang suatu pembaharuan yang baik namun bagaimana kita dapat mengaplikasikan cara ini kepada murid-murid di sekolah rendah di Brunei?
Posted by: Mohd Norazmie bin Mohd Yusof (06B0816) | September 3, 2009 08:29 AM
soalan 2: Teknologi sebagai ABM. Sejauhmanakah keberkesanannya dalam sesuatu pengajaran guru?
Posted by: Mohd Syakirin Bin Suhaimi | September 3, 2009 08:30 AM
Soalan No 2:
Dalam era teknologi ini, masih ada segelintir para guru yang hanya masih mengamalkan sistem pengajaran tradisional. Oleh itu apakah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendedahkan para guru dalam penggunan teknologi dalam pengajarannya.
Posted by: Nur Azrina Ramlee (06B0840) | September 3, 2009 08:42 AM
(T.1)Pendapat saya kepada soalan Dyg Nurhalifah,bagi saya,memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi dalam pengajaran dapat membantu guru dalam mencapai objektif serta menjadikan pemelajaran itu menarik.Faktornya ialah cara ataupun teknik yang digunakan oleh guru itu sendiri iaitu bagaimana ia dapat menggunakan teknologi tersebut dan ini haruslah bersesuaian dengan apa yang ingin diajarkan.Tambahan lagi,kekreatifan guru itu sendiri iaitu guru haruslah kreatif dan inovatif dalam mengungkayahkan teknologi yang digunakan dalam pengajaran mereka.Insyaallah dengan menggunakan teknologi dalam pengajaran yang bersesuaian akan sedikit sebanyak membantu untuk mencapai objektif dan menjadikan pemelajaran itu menarik.Yang penting disini adalah kesesuaian, kemahiran dan cubajaya yang berterusan dengan menerapkan pelbagai cara agar ia berjaya.sekian terima kasih.
Posted by: Fahrurrazi Hj Matali(06b0814) | September 3, 2009 08:47 AM
Soalan kedua
Bagaimanakah cara mewujudkan masyarakat era teknologi bermoral?
Posted by: HAJAH AINI BTE HJ ZAKARIA | September 3, 2009 08:57 AM
soalan 2
mengapa internet di senangi penduduk dunia pada abad ke 21?
Posted by: MASQUEENI HAJI BESAR(06BO206) | September 3, 2009 09:02 AM
soalan Kedua
Bagaimana cara mengwujudkan masyarakat era teknologi bermoral?
Posted by: Hajah Aini Binti Haji Zakaria (06B0218) | September 3, 2009 09:07 AM
Soalan 2: Bagaimana cara mengwujudkan masyarakat era teknologi bermoral?
Posted by: HJH AINI BTE HJ ZAKARIA (06B0218) | September 3, 2009 09:14 AM
Soalan 2: Projektor.
Kebanyakkan guru pada masa kini lebih cenderung menggunakan 'projektor' sebagai alat bantu mengajar. Soalan saya, adakah anda bersetuju jika 'projektor' disediakan dalam setiap kelas bagi seluruh sekolah? Sebelum menjawab, fikirkanlah dengan lebih teliti. Selamat menjawab.
Posted by: Mohamad Hasmin bin Haji Hashim | September 3, 2009 09:24 AM
Jawapan untuk soalan kedua Hjh Suzanawati (06B0211)
Kehadiran teknologi maklumat sebenarnya dilihat sebagai penyemarak kepada aspek pembacaan, internet contohnya dianggap sebagai perpustakaan yang mengandungi pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan sebagainya. Namun keperluan membaca bergantung kepada individu itu sendiri, jika membaca sudah menjadi tabiat, seseorang itu akan terus membaca walau dalam apa jua keadaan walaupun sebaris ayat ataupun beberapa minit saja. Jadinya teknologi maklumat seperti internet dapat dilihat sebagai satu pendekatan terkini dalam usaha menggalakkan pembacaan dikalangan rakyat.
Sebenarnya manusia atau masyarakat yang gemar membaca tidak akan mengambil kira segala masalah yang wujud dalam kegiatan pembacaan mereka, jadinya kehadiran teknologi maklumat tidak akan mengurangkan minat membaca.
Posted by: Hajah Aini Binti Haji Zakaria (06B0218) | September 3, 2009 09:46 AM
Respon 2: kepada soalan Azmi Hj Zaini.
Bagi pendapat saya, cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah seperti berikut :
1- Kesediaan individu guru itu sendiri,Dalam hal ini sedikit sebanyak dapat membantu guru itu sendiri,dalam erti kata lain,jika tiada kesediaan dalam membuat pengurusan dan pengendalian komputer,maka akan bertambah sukar dan mudah berputus asa.
2-Pendedahan yang efektif terhadap pengurusan dan pengendalian komputer itu sendiri,iaitu seseorang guru yang berminat haruslah pandai mengatur dan mengorak langkah yang bijak dan sesuai dalam hal yang disebutkan di atas.Dengan adanya cara yang efektif,sedikit sebanyak dapat membantu tahap penggunaan teknologi yang digunakan oleh guru itu kepada satu tahap yang dapat dicapai dan diperolehi.Bahkan dengan mempelajarinya secara teratur,bersistematik dan konsisten kepada yang lebih pakar dan mahir dalam bidang teknologi ini secara tidak langsung akan membantu mengurangi kesukaran yang dihadapi oleh guru itu,dalam erti kata lain,pemelajaran secara sedikit demi sedikit iaitu daripada asas kepada rinci ataupun senang kepada susah/sukar.
3-Mengadakan workshop(bengkel) ataupun kursus yang khas untuk pengetahuan ataupun kemahiran dalam menggunakan teknologi.Dalam hal ini,tujuannya bukanlah semata-mata untuk mendedahkan kepada penggunaan teknologi,malah apa yang penting juga adalah adakan penyelidikan dan pemeriksaan yang rinci dalam menjalankan bengkel tersebut walaupun pada hakikatnya cara sebegini mungkin agak sukar dijalankan,namun lama kelamaan akan membantu guru itu sendiri walaupun terpaksa mengambil tempoh waktu yang lama,sekurang-kurangnya dapat membantu.
sekian,wasalam
Posted by: Fahrurrazi Hj Matali(06b0814) | September 3, 2009 10:07 AM
Assalamualaikum...
Jawapan soalan 2 Md. Fadzillah Bin Kamis (06B0238).
Bagi pendapat saya, memang cadangan anda hebat dan saya bersetuju dengan pendapat anda. Walaupun begitu, saya berasa cadangan anda memerlukan pihak kerajaan memperuntukkan 'budget' yang banyak. Cuba anda banyangkan setiap sekolah mempunyai berpuluh kelas. Setiap kelas bagi sebuah sekolah mempunyai satu perakam video. Perakam video pula berharga ratusan ringgit. Jadi 'budget' yang diperuntukkan bagi sebuah sekolah untuk pembelian perakam video sedah tentu mencapai ribuan ringgit. Berapa ringgit pula 'budget' yang diperuntukkan bagi semua sekolah di negara kita ini? Sudah tentu mencapai jutaan ringgit.
Perkara ini belum lagi dilihat dari segi keburukkannya jika menyediakan perakam video bagi setiap kelas di sekolah-sekolah. Jika telefon bimbit digunakan sebagai perakam video untuk pengajaran guru pula mungkin video yang dirakam itu tidak berapa jelas dan sebagainya. Walau bagaimanapun mungkin cadangan anda diterima oleh kementerian pendidikan. Sekian terima kasih.
Posted by: Mohamad Hasmin bin Haji Hashim | September 3, 2009 10:27 AM
Jawapan Minggu 2-3:
(Maaf di atas kelewatan saya untuk menjawab soalan ini kerana tersalah informasi. Walau bagaimanapun, jawapan ini telah pun di hantar pada minggu lepas tetapi di laman ning.com).
Respon kepada Masqueeni Haji Besar (06B0206):
Jawapan;
Bagi pandangan saya, umat Islam memang mampu untuk menjadi penyumbang pada teknologi maklumat jika sekiranya kita sentiasa menanamkan sifat kesungguhan dalam diri dan tidak kenal erti lelah dalam menggali gudang ilmu di dunia ini. Hal ini juga telah terbukti apabila kita mengimbas kembali sejarah dunia di zaman lampau.
Sewaktu pemerintahan para khalifah, Inegara slam pernah menjadi gudang ilmuan sehinggakan ahli sejarah melabelkan negara ini sebagai Pax Islamica. Ini adalah kerana dunia Islam mampu membangunkan perekonomian global di zaman kekhalifahan yang tidak lepas dari teknologi perkapalan dan navigasi. Dengan teknologi navigasi dan perkapalan yang canggih seperti kompas dan peta, zaman kekhalifahan Khulafah Al-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyah, dan Usmani Turki mampu menjadi kekuatan ekonomi selama berabad-abad.
Justeru itu, berbekalkan teknologi perkapalan dan navigasi pula, para penjelajah Muslim dari Andalusia dan Afrika Utara telah berjaya mengharungi Lautan Atlantik antara abad ke-9 M hingga 14 M. Mereka telah mencapai benua Amerika, sebelum Christopher Columbus menemukannya pada abad ke-15 Masihi. Para sarjana Muslim mulai mengembangkan teknologi navigasi yang berguna untuk mengharungi lautan, mencapai tujuan serta melewati dan memahami rute yang dituju pada abad ke-8 M.
Oleh yang demikian, dapatlah kita lihat di sini bahawa umat Islam yang mempunyai kesungguhan yang tinggi pasti akan dapat membuahkan hasil yang amat membanggakan dunia. Masalahnya, di zaman era globalisasi ini masih banyak umat Islam yang berfikiran negatif dan menganggap bahawa ilmu teknologi adalah hasil daripada orang yahudi yang boleh menyesatkan umat Islam itu sendiri.
Ini juga telah dibuktikan oleh kajian seorang yahudi bahawa sumbangan Islam terhadap sains dan teknologi hanya 2-3% dibanding umat Islam yang jumlahnya sangat besar. Sedangkan golongan yahudi yang jumlah umatnya sedikit tetapi mampu menyumbang pada dunia sains dan teknologi sebesar 15%. Seterusnya, satu perkara yang naif lagi bahawa di hujung kesimpulan mereka, umat Islam adalah umat yang bodoh dan terbelakang. Kenyataan mereka ini akan membuatkan kita lebih naik angin lagi.
Namun yang demikian, memang kita akui bahawa umat islam akan lebih jauh ketinggalan jika sekiranya kita masih tidak menanamkan usaha yang gigih dalam diri sendiri dan malas untuk menimba ilmu yang ada serta tidak mempratikkannya. Akan tetapi, jika di sebaliknya, umat Islam akan terus menyumbang ilmu teknologi seperti mana yang telah disumbangkan oleh umat Islam di zaman kegemilangan Islam yang lampau.
Posted by: Rosnani@ 'Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh | September 3, 2009 11:18 AM
Bagaimana seorang guru ingin menguji tahap kemahiran para pelajarnya dalam penggunaan teknologi maklumat Sedangkan di sekolah rendah dan menengah amat terhad kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah,begitu juga ada sebilangan pelajar yang tidak dapat melayari internet di rumah.Adakah keterbatasan ini dapat membantu guru untuk mengaplikasikan penggunaan IT ini dalam setiap pengajaran dengan baik atau bagaimana?
Posted by: Dk.Noramalina bte Pg Rakawi (06B0228) | September 3, 2009 11:34 AM
Soalan ke-2:
Dalam minggu ini, kami telah pun mula membuat laman sesawang dan mula memuat turun informasi yang patut dimasukkan ke dalam laman tersebut.
Soalan saya, bagaimana untuk mengubahsuai laman sesawang ini menjadikan ianya lebih menarik lagi untuk para pembaca?
Adakah laman-laman yang boleh dikongsikan? atau perisian (software) tertentu?
Jawapan bagi soalan Abdul Aziz:
Bagi pendapat saya, ianya perlu diajarkan kepada pelajar sekolah rendah. walau bagaimanapun, pengajaran IT kepada pelajar perlu lah bersesuaian dengan tahap kognitif mereka. Contohnya tahap pertama menggalakkan mereka menggunakan 'perisisan microsof word' dalam latihan mereka dan seterusnya. Memandangkan mereka masih dalam peringkat rendah, pengajaran tersebut akan mudah dibiasakan kepada mereka dengan kemudahan ini.
'Melentur buluh biar dari rebungnya'.
Posted by: Mohd Abdul Wafiy Hj Yakop (06B0817) | September 3, 2009 11:50 AM
Soalan:2
Menurut (Crowl : 1971): Encyclopedia Of Education.
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ia menimbulkan pembelajaran."
Soalannya:Adakah teknologi dalam pendidikan itu bergantung kepada persekitaran pemelajaran?Misalnya,pelajar-pelajar yang tidak meminati pengajaran guru dalam bentuk penggunaan teknologi,maka dalam hal ini,bagaimanakah caranya guru menghadapi masalah ini?
Posted by: Fahrurrazi Hj Matali (06b0814) | September 3, 2009 12:23 PM
Soalan ke-2
Pada pandangan abiskita sejauhmanakah keberkesanan kecelikkan pelajar-pelajar terhadap penggunakan IT dan mampukah kecelikkan ini mendatangkan kebaikan kepada pelajar atau sebaliknya akan lebih kepada penyalahgunaan IT. Jika perkara ini berlaku bagaimanakah cara guru-guru untuk menyelamatkan keadaan ini?
Posted by: Izyan Dzms | September 3, 2009 01:33 PM
Soalan ke-2
Pada pandangan abiskita sejauhmanakah keberkesanan kecelikkan pelajar-pelajar terhadap penggunakan IT dan mampukah kecelikkan ini mendatangkan kebaikan kepada pelajar atau sebaliknya akan lebih kepada penyalahgunaan IT. Jika perkara ini berlaku bagaimanakah cara guru-guru untuk menyelamatkan keadaan ini?
Posted by: Izyan Dzms | September 3, 2009 01:33 PM
Seawal manakah kanak-kanak perlu menggunakan komputer atau celik komputer?
Posted by: SA'AIRAH BTE HJ. YUSOF | September 3, 2009 01:37 PM
Soalan ke 2 Minggu ke 4 dan 5:
Penggunaan Teknologi yg canggih kadangkala tidak semestinya berfungsi seperti yang dijangkakan. Persoalan saya ialah bagaimana jika sekiranya guru yang menggunakan teknologi (powerpoints) dalam pengajaran dan pembelajaran,tetapi menghadapi masalah seperti tiada bekalan elektrik dan sebagainya, jadinya apakah alternatif lain yang digunakan oleh guru samada menggunakan perancangan plan B, atau berbalik kepada kaedah tradisional.
Sekian terima kasih.
Posted by: Noralijah Binti Damong Haji Omarali (06B0011) | September 3, 2009 09:45 PM
jawapan bagi soalan ke 2 Posted by: Md Adi Zulfadhli bin Abd Rahman(06B0236) | September 3, 2009 08:10 AM :
bagi pendapat saya, seorang guru seharusnya menukar corak pendidikan daripada cara yang lama kepada cara yang lebih sistematik dan berkesan.Penggunaan segala teknologi maklumat ketika menyampaikan pengajaran perlu ketika proses pengajaran dan pembelajaran.Ini bagi menarik minat pelajar zaman sekarang yang lebih terdedah kepada teknologi.oleh yang demikian diantara cara-cara memupuk minat guru terhadap penggunaan tekonologi pengajaran ialah dengan:-
a.memastikan guru-guru lama dan baru perlu dilatih cara menggunakan komputer. Guru juga perlu ditunjukkan cara mereka boleh mengintegrasikan komputer ke dalam pelajaran.
b. Guru perlu dimahirkan tentang cara menyampaikan pelajaran dengan bantuan komputer secara berkesan.
c.Guru-guru perlu diberi pendedahan dan dilatih supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif agar murid tidak berasa bosan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
sebagi kesimpulannya seorang guru haruslah menguasai teknologi untuk mempelbagaikan dan memantapkan lagi teknik pengajarannya.
Posted by: othmalina massalwana binti othman | September 3, 2009 09:50 PM
Soalan ke 2 Minggu ke 4 dan 5:
Penggunaan Teknologi yg canggih kadangkala tidak semestinya berfungsi seperti yang dijangkakan. Persoalan saya ialah bagaimana jika sekiranya guru yang menggunakan teknologi (powerpoints) dalam pengajaran dan pembelajaran,tetapi menghadapi masalah seperti tiada bekalan elektrik dan sebagainya, jadinya apakah alternatif lain yang digunakan oleh guru samada menggunakan perancangan plan B, atau berbalik kepada kaedah tradisional.
Sekian terima kasih.
Posted by: Noralijah Binti Damong Haji Omarali (06B0011) | September 3, 2009 09:54 PM
Reply soalan Hasharinuddin Bin Hj. Abu Bakar (06b0214) 30 ogos 2009 9.50 pm
Bagi saya, pendapat yang menyatakan bahawa IT langsung tidak sesuai digunakan dalam proses pengajaran Al Quran pada masa ini adalah penyataan yang kurang tepat, bahkan pengunaan IT sememangnya bersesuaian digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran atas alasan bahawa IT tersebut adalah salah satu cara pendekatan pengajaran guru bagi memudahkan dan mempelbagaikan lagi kaedah pengajarannya kepada murid.
Walaubagaimana pun guru perlu sedar proses pengajaran Al Quran adalah berlainan dengan pengajaran subjek-subjek lain, ini kerana di antara objektif pengajaran Al Quran itu ialah agar murid dapat membaca Al Quran dengan sebutan makhraj hurufnya yang betul, ini memerlukan guru untuk menunjukkan cara sebutan keluar huruf yang betul secara konkrit.
Oleh itu jika guru mengunakan perisian-perisian pengajaran Al Quran yang merupakan salah satu bentuk IT, maka guru harus bijak memilih perisian seperti memilih perisian yang dilengkapi dengan tunjuk cara makhraj huruf kerana banyak didapati perisian-perisian pengajaran Al Quran yang dihasilkan hanya dimuatkan dengan bentuk dan bunyi bacaan.
Berdasarkan dari kenyataan tadi nyatalah bahawa pengunaan IT dalam proses pengajaran Al Quran adalah sesuai asalkan saja guru bijak dalam memilih bentuk IT yang hendak digunakan tersebut agar ianya bersesuaian dan dapat membantu pengajarannya sekian.
Posted by: Mohammad Azriman Bin Sarbini (06b0215) | September 4, 2009 12:46 AM
Menjawab Soalan 2 daripada: Hamidah Haji Abdul Rahman (06b0202) pada 30.9.2009: “Pengajaran guru berkesan dengan menggunakan teknologi komputer atau bergantung kepada kreativiti guru. Bincangkan.”
Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Untuk itu, guru perlu bijak menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan dapat diterima dan difahami oleh para pelajar semaksima yang boleh.
Apabila bercakap tentang pengajaran guru yang berkesan, ianya memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan, strategi dan kaedah pengajaran serta kemahiran guru dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Di samping itu, interaksi dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu diwujudkan oleh setiap guru agar para pelajar akan bersifat aktif dan bukannya pasif. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik juga menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran.
Berbalik kepada soalan perbincangan yang diutarakan, saya lebih memilih kepada kenyataan pengajaran guru yang penuh kreativiti lebih berkesan daripada pengajaran guru dengan menggunakan teknologi komputer semata-mata. Walaubagaimanapun pada zaman sekarang ini gabungan antara keduanya adalah lebih memberi manfaat kepada seorang guru itu.
Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang. Kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahuan dikalangan mereka. Dengan itu, generasi celik minda akan terbentuk dan kandungan isi pelajaran akan dapat dikuasai dengan baik.
Kreativiti pula dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Justeru itu, adanya kreativiti bagi seorang guru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan merangsang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Kreativiti guru melibatkan teknik atau langkah pengajaran yang bijak dan aktiviti-aktiviti pengajaran yang ceria seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang melibatkan perkara-perkara praktikal. Contoh lain lagi seperti guru yang menyampaikan isi pelajaran mengaitkannya dengan isu-isu semasa sebagai maklumat tambahan kepada para pelajar.
Sebagai kesimpulan adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan teknologi pengkomputeran. Penggunaan teknologi komputer dilihat sebagai satu kemudahan atau alat bantu dalam pengajaran tetapi keberkesanannya juga bergantung kepada adanya kreativiti guru dalam pengajaran itu.
Rujukan:
Buku:
Jauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Website:
http://www.scribd.com/doc/5032641/pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantung-kepada-kreativiti-guru. Tarikh melayari 3hb. September, 2009.
Posted by: Sarah Haji Abu Bakar(06B0217) | September 4, 2009 04:54 AM
Jawapan bagi SOALAN Muhammad Azmi Bin Haji Zaini (06B0148)
Menurut (Norizan Abdul Razak 1997) Kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa dan lain-lain menunjukkan bahawa guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.
Pihak kementerian pendidikan perlu mengadakan kursus-kursus yang menekankan kemahiran menggunakan komputer. Keadaan semasa memerlukan semua guru melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer agar menjadi pendorong kepada murid-murid dalam program literasi komputer. Kursus-kursus yang dijalankan hendaklah memperuntukkan kemudahan belajar komputer .
Selain daripada itu, guru juga perlu mananamkan dalam diri mereka untuk mengambil insiatif bagi mempelajari tentang kemahiran Komputer. Guru-guru haruslah mempunyai kesedaran bahawa penggunaan Komputer di dalam pengajaran adalah penting memandangkan dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedia merupakan faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.
Begitu juga dengan Institusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya termasuklah langkah menerapkan dan mengintegrasikan komponen penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berperantaraan komputer.
Hal ini bertujuan agar para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi berperantaraan komputer, cara komunikasi bentuk ini perlu disediakan dan digunakan dalam program perguruan itu sendiri. Di samping itu, tahap literasi teknologi maklumat perlu ditingkatkan. Kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang merangkum pengetahuan tentang teknologi maklumat dan kemahiran menggunakannya secara praktis patut ditawarkan sebagai kursus wajib. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat perlu mengambil tiga komponen. Komponen itu ialah:
1. Kemahiran asas teknologi maklumat yang meliputi kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur internet, dan menggunakan alat teknologi dalam pengajaran, seperti komputer, paparan kristal cecair (LCD), dan peralatan multimedia dalam pengajaran.
2. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang meliputi kemahiran mencari bahan dan
menilai keberkesannannya, mengenal pasti dan menilai perisian, menganalisis kesesuaian
maklumat dan hasil kerja pelajar, dan mengetahui aspek pedagogi dan model pengajaran dalam penggunaan teknologi maklumat.
3. Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan perisian dan bahan pengajaran, membangunkan laman web, dan mengisinya dengan maklumat pengajaran.
Guru-guru haruslah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer. Petanda ini adalah baik untuk sistem pendidikan. Akan tetapi untuk memudahkan guru-guru mencapai tahap
kemahiran yang setinggi mungkin beberapa kekangan perlu diatasi. Selagi kekangan-kekangan ini wujud, usaha untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer dan seterusnya mencapai literasi komputer mungkin akan terjejas.
Sekian Terima Kasih.
Rujukan:
Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM
Posted by: Nurul Adila Binti Haji Othman (06B0240) | September 4, 2009 08:37 AM
Jawapan bagi SOALAN Muhammad Azmi Bin Haji Zaini (06B0148)
Menurut (Norizan Abdul Razak 1997) Kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa dan lain-lain menunjukkan bahawa guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.
Pihak kementerian pendidikan perlu mengadakan kursus-kursus yang menekankan kemahiran menggunakan komputer. Keadaan semasa memerlukan semua guru melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer agar menjadi pendorong kepada murid-murid dalam program literasi komputer. Kursus-kursus yang dijalankan hendaklah memperuntukkan kemudahan belajar komputer .
Selain daripada itu, guru juga perlu mananamkan dalam diri mereka untuk mengambil insiatif bagi mempelajari tentang kemahiran Komputer. Guru-guru haruslah mempunyai kesedaran bahawa penggunaan Komputer di dalam pengajaran adalah penting memandangkan dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedia merupakan faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.
Begitu juga dengan Institusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya termasuklah langkah menerapkan dan mengintegrasikan komponen penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berperantaraan komputer.
Hal ini bertujuan agar para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi berperantaraan komputer, cara komunikasi bentuk ini perlu disediakan dan digunakan dalam program perguruan itu sendiri. Di samping itu, tahap literasi teknologi maklumat perlu ditingkatkan. Kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang merangkum pengetahuan tentang teknologi maklumat dan kemahiran menggunakannya secara praktis patut ditawarkan sebagai kursus wajib. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat perlu mengambil tiga komponen. Komponen itu ialah:
1. Kemahiran asas teknologi maklumat yang meliputi kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur internet, dan menggunakan alat teknologi dalam pengajaran, seperti komputer, paparan kristal cecair (LCD), dan peralatan multimedia dalam pengajaran.
2. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang meliputi kemahiran mencari bahan dan
menilai keberkesannannya, mengenal pasti dan menilai perisian, menganalisis kesesuaian
maklumat dan hasil kerja pelajar, dan mengetahui aspek pedagogi dan model pengajaran dalam penggunaan teknologi maklumat.
3. Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan perisian dan bahan pengajaran, membangunkan laman web, dan mengisinya dengan maklumat pengajaran.
Guru-guru haruslah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer. Petanda ini adalah baik untuk sistem pendidikan. Akan tetapi untuk memudahkan guru-guru mencapai tahap
kemahiran yang setinggi mungkin beberapa kekangan perlu diatasi. Selagi kekangan-kekangan ini wujud, usaha untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer dan seterusnya mencapai literasi komputer mungkin akan terjejas.
Sekian Terima Kasih.
Rujukan:
Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM
Posted by: Nurul Adila Binti Haji Othman (06B0240) | September 4, 2009 08:38 AM
JAWAPAN MINGGU 1-2 KPD ABU ZAR ABDULLAH (06B0806)
Sisitem Pendidikan baru SPN 21 adalah selaras dengan misi 2035 negara kita yang menekankan kepada pencapaian rakyat yang berpendidikan dan berkamahiran tinggi, mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi serta ekonomi yang dinamik dan budaya tahan.
Maka dari itu, untuk mencapai matlamat ini, pihak kementerian khasnya sekolah-sekolah hendaklah komited dalam mengembang dan membudayakan ICT secara produktif.
Kepentingan Teknologi dalam era globalisasi ini merupakan satu kemestian agar dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam pendidikan.
Dengan adanya kebolehan dalam teknologi ini juga, guru dan pelajar akan memperolehi kemahiran sebagai satu 'bonus nilai tambah' kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran. Ia juga dapat membantu pelajar yang mempunyai keperluan khas samada dari segi komunikasi, bahasa mahupun literasi.
SOALAN MINGGU 3-4
Bagaimana Teknologi mampu menjana pencapaian kecemerlangan pelajar dalam bidang pendidika?
Posted by: Pg Razmahayati Pg Hj Mahmud (06B0205) | September 4, 2009 10:29 AM
Soalan bagi minggu keempat dan kelima;
Di zaman langit terbuka ini, manusia sedang giat untuk mendalami ilmu teknologi sehinggakan ada sesetengah mereka yang leka dan meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam hidupnya termasuklah kewajipannya sebagai seorang muslim. Apakah pendapat kamu tentang perkara ini? Bincangkan.
Posted by: ROSNANI @ 'ALYA SOFIYYA BINTI MOHD SALLEH | September 4, 2009 09:49 PM
Saya ingin menjawab soalan yang dikemukakan oleh Hajah Aini:
Kita dapat menyaksikan hari demi hari pelbagai ciptaan dan penemuan yang mana telah membuktikan bahawa masyarakat sedang berada dalam era teknologi baru.
Kemunculan pelbagai ciptaan dan penemuan baru telah memperlihatkan kita bahawa masyarakat era baru akan terus cemerlang dengan jayanya beserta dengan kemajuan teknologi dan kebendaan.
namun dalam berhadapan dengan kemajuan kecanggihan yang hebat ini terselit sedikit kebimbangan khususnya dalam menentukan hala tuju masyarakat dalam zaman teknologi mendatang.
Kita amat khuatir sekiranya kemajuan yang dinikmati ini bakal menghancurkan moral dan masa depan masyarakat yang mana menekankan aspek moral dan akhlak.
Sudah semesinya dalam mengharungi cabaran semasa walau apa jua kemajuan yang ingin dicapai perlu juga diingatkan bahawa masyarakat harus diberi pendidikan khusus dalam membentuk masyarakat pengguna teknologi yang bermoral.
Walaubagaimana pun, kita tidak dapat mengetepikan bahawa kemajuan dan teknologi amat penting dalam kehidupan kita. Tetapi janganlah sekali-kali kita alpa dengan adanya kecanggihan teknologi. Kita hendaklah juga mempertahankan nilai kemasyarakatan, adap sopan, berbudi bahasa dan sebagainya.
Mempertahankan nilai-nilai dalam era teknologi mendatang amat penting untuk menentukan jatuh bangunnya bangsa akan datang.
Sekian. Wasalam...
Posted by: Hjh. Suzanawati Binti Hj. Mat Kria | September 4, 2009 10:03 PM
Jawapan minggu keempat dan lima;
Respon bagi soalan Md Adi Zulfadhli bin Abd Rahman(06B0236);
Penggunaan bahan teknologi dalam pengajaran menjadi semakin penting berikutan kemajuan pesat
pembangunan teknologi di seluruh negara yang membangun dan sedang membangun termasuklah Negara Brunei Darussalam.
Berdasarkan pengalaman saya dalam membuat pemerhatian ('observation') dan pengajaran di beberapa buah sekolah di negara ini (termasuklah sekolah rendah dan menengah), memang ada sesetengah guru yang masih menggunakan cara tradisional seperti yang Mohd Adi katakan.
Justeru itu,antara cara untuk memupuk minat guru terhadap penggunaan teknologi ialah dengan mempelajari asas-asasnya terlebih dahulu. Misalnya ada sesetengah guru yang masih tidak tahu bagaimana caranya untuk menggunakan LCD Projektor. Oleh itu, guru tersebut hendaklah belajar cara-caranya daripada yang pakar. Kemudian mengaplikasikannya di dalam pengajaran mereka.
Manakala menurut Pandian (2004) mengatakan bahawa guru yang kurang berpengetahuan dalam
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi perlu berusaha untuk mencapai kemajuan
tersebut. Namun demikian, persediaan tersebut perlu merangkumi
persediaan mental dan fizikal. Faktor persediaan mental, pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran di kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah
organisasi (Steers & Black, 1994).
Seterusnya, kajian Steers dan Black mendapati bahawa persediaan
mental di kalangan anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda
perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik
perubahan yang akan dilaksanakan. Jika tindakan segera tidak diambil bagi mengatasi
kelemahan tersebut, maka sukar untuk mereka menyelesaikan masalah seharian iaitu
proses pengajaran.
Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah
satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap
penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang
penting untuk penerimaan penggunaan komputer.
Selain itu, pihak sekolah juga hendaklah peka dalam menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap supaya pekerjaan guru itu berjalan dengan lancar dan tidak terbantut yang akhirnya menjadikan guru itu malas untuk menggunakan bahan-bahan teknologi dalam pengajaran. Misalnya penyediaan LCD Projektor yang sering dihadapi hampir di semua sekolah. Dengan erti kata yang lain, kelengkapan bahan-bahan pengajaran (termasuklah bahan teknologi)yang mencukupi di sekolah akan memupuk minat guru untuk meneruskan penggunaan bahan teknologi dalam pengajaran mereka.
Posted by: ROSNANI @ 'ALYA SOFIYYA BINTI MOHD SALLEH (06B0842) | September 4, 2009 10:34 PM
Soalan:
Di dalam setiap bilik darjah, setiap pelajar mempunyai tahap kemahiran yang berbeza-beza. Bagaimanakah membentuk reka bentuk pengajaran yang dapat diaplikasikan kepada semua pelajar di dalam kelas yang sama?
Posted by: Norasmadilayati Dahri (06B0233) | September 5, 2009 07:28 AM
Respon kepada soalan Penggunaan Teknologi Di Kalangan Guru(Md. Adi Zulfadhli)
Saya setuju dengan kenyataan anda mengenai sesetenggah guru masih lagi mengamalkan pengajaran secara tradisi dan mereka kurang menggunakan teknologi sebagai bahan pengajaran mereka supaya dapat membantunya. Namun, dari apa yang dapat dilihat pada kebanyakkan di sekolah rendah mahupun menenggah di negara kita, penyediaan alat teknologi seperti OHP Projektor masih kurang dan oleh sebab inilah juga sesetenggah guru terpaksa menggunakan pengajaran secara tradisional. selain itu juga ada juga guru yang kerang mahir menggunakannya dan dalam hal ini pihak-pihak tertentu mahupun guru-guru perlu mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini.
Posted by: Norasmadilayati bte Dahri | September 5, 2009 07:45 AM
Reply bagi soalan ke 2 (06B0236)
Bagi pendapat saya, sebelum kita mahu memupuk minat guru terhadap penggunaan teknologi,guru tersebut hendaklah didedahkan dulu dengan cara-cara atau kebaikan dalam menggunakan teknologi ini.Misalnya kursus atau bengkel penggunan teknologi bagi guru-guru yang kurang berkemahiran atau pengetahuan dalam teknologi selain itu memberi dorong bahawa dengan menggunakan penggunan teknologi ini ia dapat menarik minat pelajar, menjimatkan masa dan sebagainya. Ini kerana tidak musthail bahawa ada diantara guru-guru tersebut yang tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan penggunaan teknologi tersebut dan sebagainya.
Selain itu mungkin juga disebabkan oleh kekurangannya kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sehinggakan para guru lebih kepada penggunaan pengajaran tradisi. Contohnya disekolah, kebanyakan peralatan teknologi yang disediakan adalah terhad sehingga para guru merasa kesukaran dalam menggunakan peralatan teknologi seperti LCD projector dan sebagainya di dalam pengajarannya.Oleh itu jika boleh pihak sekolah dapatlah menyediakan kemudahan yang mencukupi bagi pengajran guru-guru dengan secara tidak langsung mengalakan dan menekankan kepada para guru supaya menggunakan kemudahan yang telah disediakan.
Posted by: Nur Azrina Ramlee (06B0840) | September 5, 2009 08:26 AM
SOALAN 2 UNTUK MINGGU 4 & 5
Perlukah pelajaran IT itu diajarkan kepada muruid-murid sekolah rendah, Apakah komen awda?
Posted by: Abdul Aziz Bin HJ Mertahir (06B0213) | September 5, 2009 09:20 AM
Kenapa para guru tidak mengambil inisiatif untuk membuat blog mengenai subjek yang mereka ajarkan? Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja.
Posted by: Norhalifah Hj Mat Serudin (m06B0833) | September 5, 2009 09:45 AM
soalan:
Kaedah pengajaran apakah yang perlu dipakai dalam pengunaan teknolongi seperti blog?
Posted by: Norasmah Hj Damit (06B0239) | September 5, 2009 09:48 AM
Tidak dinafikan teknologi memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah teknologi tersebut dapat dikaitkan dengan langkah-langkah pengajaran.Adakah teknologi itu hanya menggunakan powerpoint semata-mata?
Posted by: Nurul Hidayatul Munirah Hj Abdullah (m06B0801) | September 5, 2009 10:04 AM
reply to Abd.Aziz Bin Hj.Metahir (soalan 2): Sememangnya perlu diajar dari peringkat rendah lagi kanak-kanak itu dengan pembelajaran IT sesuai dengan peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya, kerana murid-murid sekarang ini seperti yang diketahui lebih advance daripada murid-murid dahulu yang tidak ada pendedahan dengan teknologi maklumat. Tambahan lagi untuk mencapai ke arah wawasan Negara iaitu SPN21 untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berdaya saing dan produktif.
Posted by: Zaidillah Bin Zainuddin (06B0212) | September 5, 2009 10:16 AM
Respon - Penggunaan teknologi seperti komputer dapat diaplikasikan oleh guru dalam mengajar subjek kesusasteraan Melayu. Jelaskan.
Sebagai seorang guru harus bijak menggunakan berbagai alat bantu mengajar termasuklah guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu. Untuk mempelbagaikan alat bantu mangajar pula ialah dengan menggunakan abm tradisional atau menggunakan IT atau kedua-duanya sekali.
Panggunaan teknologi seperti komputer dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran Kesusasateraan Melayu untuk menarik minat pelajar. Antara contohnya, guru-guru boleh menayangkan slaid powerpoint menggunakan komputer. Selain itu, guru juga boleh memberikan contoh jenis cerita seperti penglipurlara, jenaka, panji dan sebagainya yang sudahpun difilemkan dengan menggunakan komputer. Kesimpulannya, dengan menggunakan komputer.
Posted by: Noor Afinah Abu (06B0804) | September 5, 2009 10:43 AM
Penggunaan teknologi seperti komputer dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu. Bagaimanakah pula caranya guru menggunakan teknologi ini untuk menarik minat dalam pengajaran mata pelajaran Maths?
Posted by: Noor Afinah Abu (06B0804) | September 5, 2009 10:46 AM
Assalamualaikum...
Menangkap ikan di sungai Raya,
Ini dia soalan saya.
Soalan 2:
Guru pada masa kini lebih cenderung menggunakan projektor sebagai alat bantu mengajar. Soalan saya, adakah anda bersetuju jika projektor disediakan bagi setiap kelas di semua sekolah di negara Brunei Darussalam? Sebelum menjawab, saya sarankan anda memikirkannya dengan lebih mendalam. Sekian terima kasih.
Posted by: Mohamad Hasmin bin Haji Hashim | September 5, 2009 10:48 AM
Jawapan bagi soalan 2: PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN TERUTAMANYA ALAT BANTU MENGAJAR.
Saya sangat bersetuju jika penggunaan teknologi diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran bermula dari peringkat rendah lagi. Perkara ini disebabkan penggunaan ICT dapat menyumbang ke arah proses P&P yang lebih berkesan.Di samping para pelajar akan terlatih untuk menguasai penggunaan ICT di tahap yang seterusnya.
Bagi pelajar yang tidak dapat menguasai penggunaan ICT dengan lebih baik, guru perlulah berinisiatif untuk mencari punca dan menyelesaikan masalah pelajar tersebut agar dapat melancarkan lagi proses dalam pembelajaran.
Posted by: Dk Ervinia Bte Pg Hamdan @ Dk Evie | September 5, 2009 11:09 AM
Respon bagi soalan 2 Md Rimi Ahmad..
Sebelum menjawab soalan Awg Rimi, kita perlu mengetahui terlebih dulu akan apa yang hendak dicapai oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dengan memperkenalkan SPN-21 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang serba boleh, aktif (tidak pasif) dan innovatif.
Oleh yang demikian, Penggunaan internet dalam pendidikan adalah merupakan satu teknik moden dan bagus untuk diperkenalkan pada pelajar kerana ini dapat memberikan beberapa kebaikkan pada diri pelajar itu sendiri. Dengan melayari internet iaitu pelajar mencari maklumat yang lebih lagi daripada apa yang telah tertulis di dalam buku teks. Pertama, dapat mengajar pelajar untuk hidup lebih berdikari iaitu tidak hanya terlalu tertumpu pada maklumat yang terdapat di buku teks dan juga yang telah diberikan oleh guru. Kedua, Mendapat sumber yang lebih. Ketiga, pemikiran pelajar lebih meluas iaitu tidak hanya tersekat dalam ruang lingkup buku teks semata-mata.
Tetapi sebalik beberapa kebaikan tersebut, terdapat juga beberapa keburukan yang akan megundang beberapa perkara buruk iaitu pertama, memang telah kita ketahui bahawa semuanya maklumat boleh didapati dengan begitu mudah saja iaitu dengan hanya "type, click dan search". Oleh itu, apa yang penting adakah semua maklumat yang diperolehi oleh pelajar itu SAHIH dan BETUL?! Ini akan menyebabkan timbul lagi masalah baru iaitu percanggahan dari segi pendapat, hukum dan sebagainya. Contohnya, mengarahkan pelajar untuk mencari maklumat tentang hukum merokok. Jika tersalah cari atau pelajar tersalah petik risalah hukum iaitu dengan mengambil risalah yang dihukumkan oleh mazhab yang berlawanan dengan mazhab yang bertentangan dengan mazhab pelajar akan menimbulkan kekeliruan pada diri pelajar.
Kedua, pelajar akan salah guna internet. Seorang pelajar yang mempunyai naluri ingin tahu yang kuat akan menyalahgunakan internet iaitu dengan melayari laman web yang tidak bermoral. Ketiga, cara pengajaran yang memerlukan internet ini kekadang akan menjadi satu masalah pada pelajar yang tidak mampu.
Walaubagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya iaitu pertama, untuk tidak menjadi bebanan kepada pelajar yang hidup susah, pihak sekolah atau guru perlu memberi kelonggaran pada pelajar yang tidak mampu menggunakan komputer sekolah untuk mencari maklumat. Kedua, bagi mengatasi masalah salah guna internet guru atau ibubapa perlu sentiasa memantau atau perihatin akan apa yang dilakukan oleh pelajar atau anak ketika melayari internet.
Tetapi adakah wajar strategi ini diterapkan dalam pendidikan?! Ia tertakluk pada peringkat atau tahap pendidikan. Cara ini amat bersesuai dilakukan pada pelajar tahap universiti kerana sudah menjadi lumrah belajar diperingkat universiti untuk hidup lebih berdikari dan berusaha sendiri jika inginkan kejayaan. Manakala diperingkat menengah pula juga sesuai kerana untuk melatih dan memperkenalkan erti usaha dan berdikari, tidak hanya tertumpu pada buku teks dan suapan daripada guru saja "spoon feeding". Manakala diperingkat rendah pula, kurang bersesuaian kerana mereka belum begitu kenal akan IT, tetapi boleh dicuba dengan syarat guru perlu membimbing mereka.
Posted by: Norsadiah Matarsad | September 5, 2009 12:08 PM
SOALAN 2: Kelemahan Teknologi Maklumat Komunikasi dan Puncanya.
Apakah-apakah kelemahan tentang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ? Dan sila bincangkan apakah punca yang menyebabkan berlakunya situasi seperti itu....
Posted by: Nurazimah Duah | September 5, 2009 01:36 PM
Jawapan bagi soalan ERA Teknologi Nur Azrina:
Sebelum saya membincangkan apakah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendedahkan para guru dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran... terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan apakah dia teknologi itu sendiri dan tujuan penggunaannya.
Teknologi atau pertukangan ada memiliki lebih dari satu definisi. Salah satunya adalah pengembangan dan aplikasi dari alat, mesin, material dan proses yang menolong manusia menyelesaikan masalahnya. Sebagai aktiviti manusia, teknologi mula sebelum sains dan teknik.
Kata teknologi sering menggambarkan penemuan dan alat yang menggunakan prinsip dan proses penemuan saintifik yang baru ditemukan. Meskipun demikian, penemuan yang sangat lama seperti roda juga disebut sebuah teknologi.
Definisi lainnya (digunakan dalam ekonomi) adalah teknologi dilihat dari status pengetahuan kita yang sekarang dalam bagaimana menggabungkan sumber daya untuk memproduksi produk yang diinginkan (dan pengetahuan kita tentang apa yang dapat diproduksi). Oleh itu, kita dapat melihat perubahan teknologi pada saat pengetahuan teknik kita meningkat.
Manakala, tujuannya pula adalah:
* meningkatkan motivasi pelajar
* berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
* meningkatkan kemahiran ict
* membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang diperlukan
* mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
* meningkatkan daya kreaviti dan imaginasi pelajar, dan sebagainya...
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendedahkan para guru dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran yang lebih berkesan adalah seseorang guru haruslah:
* Mempunyai pengetahuan yang bersepadu, mendalam dan mencukupi mengenai sesuatu bidang pengkhususannya dan ilmu-ilmu sampingan yang lain. Seorang guru itu perlulah menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
* Guru hendaklah berwawasan, perintis mengenai sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
*Guru perlulah sentiasa berusaha mencapai tahap kecemerlangan. Selain memiliki kelayakan asas, guru mestilah sentiasa bersedia menghadiri kursus dalam perkhidmatan, kursus dalaman dan kursus-kursus lain yang berkaitan dengan perguruan bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran terhadap teknologi terkini dalam bidang pendidikan.
Sekian, terima kasih :)
Posted by: Anonymous | September 5, 2009 01:43 PM
Soalan 2 :
Selain daripada pencapaian akademik yang diperlukan untuk mengikuti kursus dalam bidang perguruan, kemahiran IT perlu diambil kira sebagai salah satu langkah untuk mengatasi kurangnya kemahiran IT di kalangan guru yang telah melanda pada masa kini.Bagaimana pendapat awda mengenai cadangan ini?
Posted by: Hjh Nur Hamizah Hj Alias (06B0818) | September 5, 2009 01:49 PM
Jawapan kepada soalan Norsadiah Matarsad-
Adalah merupakan satu kelebihan bagi seorang guru tidak kiralah sama ada di peringkat rendah atau menengah yang mengetahui teknologi pendidikan agar ia dapat mengaplikasikan kemudahan teknologi dan menggayakan lagi pengajarannya dalam bilik darjah.Ini sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan individu yang serba boleh dan mampu berdaya saing di peringkat global.
Posted by: Dk.Noramalina bte Pg Rakawi 06B0228 | September 5, 2009 01:51 PM
Reply to soalan Sa'airah yg ke 2
sebenarnya tidak ada peraturan yang khusus tentang umur yang tepat bagi kanak-kanak itu untuk berjinak- jinak dengan komputer. jika sesebuah rumah itu mempunyai komputer, kanak- kanak itu boleh menggunakan komputer walaupun hanya baru berusia 2 tahun, sepertimana keinginan mereka untuk menggunakan telefon.
seberapa muda sekalipun kanak- kanak itu jika ia menunjukkan minat untuk mencuba bermain dengan komputer maka lebih elok membiarkannya bermain dengan adanya pantauan daripada ibubapa.(menurut Barbara Bowman)
Ada juga setengah orang berpendapat mengajar kanak- kanak menggunakan komputer pada peringkat umur yang terlalu awal hanya menghabiskan wang.Menurut Junne L Wright bahawa kanak- kanak diperingkat umur tersebut bukan saja tidak tahu mengawal tetikus(mouse) malah mereka lebih selesa dan sesuai dengan pensil warna krayon.
Jadi terpulanglah kepada ibubapa untuk membiasakan dan mendedahkan anak- anak mereka dengan komputer tetapi adalah penting anak- anak itu sentiasa dipantau dan diperhatikan kerana ditakuti boleh merosakkan komputer yang mungkin berharga ribuan ringgit.
Posted by: MASQUEENI HAJI BESAR (06B0206) | September 5, 2009 02:33 PM
Reply to Zaidilah Bin Zainuddin : Sememangnya adalah amat perlu Di zaman moden yang serba canggih ini, proses pengajaran dan pembelajaran mutakhir ini banyak menggunakan kemudahan IT Penggunaan teknologi yang canggih. Bagi pendapat diri saya sendiri bukanlah menjadi satu kemestian dalam pengajaran seorang guru mengunakan teknologi tersebut Ianya adalah mengikut kesesuaian matapelajaran atau topik yang diajar, dan seorang guru itu hendaklah memikirkan bagaimana tahap penerimaan murid terhadap pelajaran yang diajarkan kepada mereka.
Posted by: Abdul Aziz Bin HJ Mertahir (06B0213) | September 5, 2009 02:36 PM
Soalan 2 (Minggu 4 dan 5):
Apakah peranan-peranan Sekolah dalam mengatasi masalah penggunaan ICT?
Misalnya salah satu daripadanya peranan pemimpin amat penting untuk membentuk budaya ICT di Sekolah. Pemimpin bukan sahaja dapat memberi sokongan dari aspek kewangan tetapi juga menjadi role model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan....
Rujukan:
Noraini Atan, 2002, Tahap Kesediaan Guru Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master Of Ed.Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yahya Othman, 2007, Bahan Bantu Mengajar, Dewan Bahasa, hlm.7 (2), 32-35.
Posted by: Dk Ervinia Bte Pg Hamdan | September 5, 2009 07:48 PM
Reply jawapan bagi soalan 2 (Posted by: MD. ADI ZULFADHLI BIN ABD. RAHMAN (06B0236)
Beragam cara untuk menarik minat para guru agar lebih mengenal terhadap penggunaan teknologi pengajaran, walaupun untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi, sudah tentu mengambil masa yang lama. Oleh itu, cara untuk memupuk minat guru terhadap penggunaan teknologi ialah melalui agen penggerak:-
(1)GURU BESAR / PENGETUA
- Guru Besar atau Pengetua yang perhatian dan lutanan terhadap tugas dan tanggungjawabnya, akan memestikan anak-anak buahnya (guru-guru) untuk peka terhadap perubahan teknologi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya.
- Sentiasa memberi galakkan dan motivasi.
- Sekolah mesti paksa agar guru minat terhadap penggunaan teknologi dan hendaklah penggunaan teknologi bagi setaip guru-guru dimasukkan dalam penilaian prestasi.
- Disamping itu Guru Besar/Pengetua hendaklah menyediakan software yang sesuai lagi menarik, alatan kenalah sedia, baik dan sempurna.
- Hantar kursus (dalaman) dan menghadiri bengkel mengenai cara menggunakan teknologi pengajaran dan pembelajaran.
(2)DIRI GURU ITU SENDIRI
- Sebagai seorang guru hendaklah sedar, dengan menanamkan semangat untuk maju kehadapan seiring dengan perubahan masa.
- Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara.
- Luangkan masa untuk belajar komputer atau ICT.
- Ketepikan perasaan malu semasa belajar kerana usia bukan penghalang untuk maju.
- Rajin bertanya jenis software apa yang perlu dibeli ataupun digunakan.
- Ikutilah kursus sama ada arahan jabatan / secara persendirian.
- Jangan mudah putus asa.
- Hendaklah rajin membuat ulangkaji.
- Melayari Internet untuk mencari bahan.
- Berani menggunakan komputer / bahan ICT sekolah.
Insya Allah, dengan cara ini akan dapat memupuk minat guru terhadap penggunaan teknologi. Yang susah akan menjadi senang, yang gelap akan menjadi terang dan yang buta akan menjadi celik dengan adanya kecanggihan teknologi. Oleh itu, setiap pengguna tak akan mencintai ICT sebelum ia mengenal ICT terlebih dahulu dan mengetahui manfaat apa saja yang boleh digali oleh salah satu kemajuan teknologi ini. Wassalam
Posted by: RUSNI BINTI HAJI SAMAN (06B0221) | September 5, 2009 11:04 PM
Soalan yang mudah sahaja.. sila baca & jawab:
Perlukah penggunaan IT ini didedahkan kepada kanak-kanak yang masih berada di peringkat rendah melalui kursus-kursus tambahan?
Posted by: Norapizah binti Zalani | September 6, 2009 12:51 PM
pembetulan! apakah-apakah sepatutnya 'apakah' sahaja..hehe..
Antara kelemahanIT yang global ialah dunia IT merupakan dunia tanpa sempadan. Maksudnya penggunaan internet tiada batasnya, penggunaannya meluas sehingga ia digunakan oleh pelbagai peringkat umur dan di mana saja tempatnya. Adapun, penggunaan yang tidak terhad ini akan menyebabkan pelbagai gejala yang tidak sihat cuba masuk dari berbagai aspek, misalnya dalam internet dimuatkan pelbagai gambar-gambar dan amat mudah bagi kita untuk memuat turun segala informasi yang ada. Adapun punca ini berlaku kerana tiadanya pengawalan yang ketat terhadap penggunaan IT. Maka suatu sistem diperlukan bagi mengatasi masalah ini.
Sekian, terima kasih.
Posted by: Norapizah binti Zalani 06B0805 - respon kepada soalan Nurazimah binti Duah | September 6, 2009 12:53 PM
Jawapan bagi soalan 2 Norhafizah Julaihee (06b0830)
Pada pendapat saya, sememangnya berbaloi untuk kita menggunakan teknologi dalam pengajaran kerana penggunaan teknologi ini adalah salah satu daripada inisiatif guru untuk menarik perhatian pelajar dan menarik minat pelajar dalam mata pelajaran yang di ajarkan.
Walaupun sekolah kurang mendapat bahan-bhan teknologi namun guru juga harus mengambil inisiatif sendiri dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Guru tidak seharusnya menyalahkan sekolah 100% disebabkan kurangnya bahan teknologi sehingga pengajaran menggunakan bahan teknologi itu di ambil ringan.
Hal ini boleh saja diselesaikan sekiranya guru itu mencari inisiatif lain untuk membuat bahan pengajaran yang berunsurkan tenologi.
Pengajaran yang menggunakan bahan teknologi ini adalah salah satu bahan yang menarik dan terkini selain ia dapat menarik minat pelajar penggunaan teknologi dalam pengajaran akan membuka minda pelajar terhadap ilmu IT secra tidak langsung.
Seperti yang kita ketahui bahawa pengajaran guru kadang-kadang membosabkan pelajar sehingga pelajar sendiri membenci mata pelajaran tersebut disebabkan oleh guru jadi, dengan penggunaan teknologi ini guru dapat menarik perhatian pelajar dan berpeluang untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajar yang diajarkan.
Jadi, Inginlah saya nyatakan disini bahawa pada pendapat saya adalah wajar dan berbaloi teknologi itu digunakan dalam pengajaran walaupun sekolah kurang mendapat bahan teknologi...namun guru harus mengambil peranan untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang bekesan melalui kepelbagaian penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sekian, ^-^
Posted by: Siti Norassimah Haji Kassim (06B0843) | September 6, 2009 01:04 PM
Hujah yang kedua,
sebagai pihak pencadang ingin saya tekankan bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran guru bukan saja sesuatu yang menyeronokkan malah ia memudahkan para guru kerana selain membawa banyak buku ke dalam kelas, seorang guru hanya boleh berbekalkan komputer riba n projektor. Hasilnya 'wah' sangat memberangsangkan! maksudnya ia akan menarik minat para pelajar... ini adalah sangat penting kerana para pelajar yang akan mengikuti proses pembelajaran. guru hanya menyampaikan pelajaran n memahamkan mereka. jadi bukankah penggunaan teknologi ini adalah salah satu dari caranya?
pepatah mengatakan,
If the students cannot learn the way we (teachers) teach,
We (teachers) teach the way they (students) learn!
Sekian terima kasih.
Posted by: Norapizah binti Zalani 06B0805 - respon kepada soalan Awang Rimi Ahmad | September 6, 2009 01:06 PM
Respon bagi soalan Md Adi Zulfadhli mengenai penggunaan teknologi di kalangan guru.
Teknologi memang menjimatkan masa. Guru dapat melaksanakan pengajaran tepat pada waktunya tanpa mengambil masa menulis nota atau soalan latihan kerja kelas atau rumah di papan tulis. Walau bagaimanapun, penggunaan papan tulis adalah penting untuk rujukan pelajar ( kenyataan ini adalah berdasarkan pengalaman latihan mengajar ).
Soalan anda mengenai cara memupuk minat guru-guru menggunakan teknologi ialah:
Pertama, menggalakkan guru-guru membaca buku atau melayari internet mengenai cara penggunaan teknologi dalam pengajaran. Saya yakin semua guru suka membaca dan ingin memodifikasi bentuk pengajaran agar pengajaran lebih berkesan dan terkini.
Kedua, pengetua atau HOD boleh mengadakan kursus tekolongi yang mesti dihadiri seminggu sekali oleh semua guru di sekolah tersebut. Dengan pengajaran penggunaan teknologi daripada pakar teknologi, ia akan dapat memangkin minat guru-guru.
sekian, salam
Posted by: Norhafizah Binti Julaihee ( 06B0830 ) | September 6, 2009 01:26 PM
Jawapan bagi soalan 2 saya, "Berbaloikah mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi memandangkan bahan-bahan teknologi di sekolah-sekolah masih berkurangan?
Pendapat saya, penggunaan teknologi memang berbaloi bagi mempelbagaikan pengajaran walaupun bahan-bahan teknologi ( komputer dan wireless ) masih berkurangan di sekolah. Kekurangan bahan bukanlah alasan bagi seorang guru tidak menggunakan teknologi dalam pengajarannya. Jika sekiranya jumlah komputer yang masih kurang di dalam lab komputer,guru boleh membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil untuk menggunakan sebuah komputer. Pengurusan aktiviti pemelajaran dan rancangan pengajaran haruslah teratur bagi memestikan tugasan menggunakan teknologi berjaya dilaksanakan.
Teknologi bukanlah semata-mata merujuk kepada komputer, wireless, LCD dan sebagainya tetapi teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi ( Wikipedia, Bahasa Melayu ).
Berdasarkan pengertian yang terdapat dalam wikipedia tersebut, jelaslah bahawa teknologi bukan sahaja merujuk pada bahan tetapi juga suatu rekaan yang boleh membantu manusia seperti memudahkan pengajaran guru. Contoh, Penggunaan internet dalam pengajaran. Guru boleh mengarahkan pelajar mencari bahan dalam internet. Dengan aktiviti mencari bahan dalam internet, pelajar akan dapat belajar lebih awal mengenai topik itu atau ia akan menambah pengetahuan pelajar.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan internet sebagai alat pengajaran dan pemelajaran. Dalam wikipedia, ada menyatakan keupayaan internet yang dapat mengatasi komunikasi yang lain seperti buku, percetakan dan sebagainya yang bersifat terhad. Internet lebih bersifat bebas dan interaktif.
Selain itu, bahan media yang tradisional ( buku teks, nota bercetak dan papan tulis ) juga dibatasi oleh had geografi dan memerlukan kos serta tenaga guru dan pelajar.Berbeza dengan internet yang boleh menjadi satu platform yang menyediakan maklumat dengan rekaan yang kreatif serta dapat menyebarkan maklumat dan membolehkan interaksi bersama pelajar bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah ( di mana-mana sahaja ).
Kesimpulannya, mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi memang berbaloi. Oleh itu, guru haruslah peka dan menambah ilmu mengenai teknologi agar pembangunan umat ( pelajar ) berjalan selaras dengan pembangunan negara.
Sekian, Tak hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih",
Posted by: Norhafizah Binti Julaihee ( 06B0830 ) | September 6, 2009 02:07 PM
soalan ke 2 (minggu 4 & 5)
Penggunaan kemudahan teknologi pada masa ini sangatlah digalakkan. Pada pendapat awda adakah perlu pembelajaran mengenai IT ini seperti penggunaan perisian MS Word, MS Power Point dan MS Excel diajarkan pada pelajar-pelajar sekolah terutamanya pelajar peringkat sekolah rendah?
Posted by: (06B0037) Norsanani binti Hassan | September 6, 2009 07:44 PM
Jawapan bagi soalan (06B0213) Abd Aziz bin Hj Mertahir:
Perlukah pelajaran IT itu diajarkan kepada murid-murid sekolah rendah. Apakah komen awda?
Bagi pendapat saya pelajaran IT itu perlu diajarkan semasa sekolah rendah. Ini disebabkan ketika mereka telah berada di sekolah menengah, mereka tidak akan merasa janggal bila mereka disuruh untuk menggunakan IT sebab mereka sudah mempunyai asas ketika di sekolah rendah walaupun tidak secara menyeluruh.
lagi pun dengan adanya SPN21 pada masa ini penggunaan IT telah pun diterapkan pada peringkat sekolah rendah. walau pun pelajaran IT di sekolah rendah diajar secara asas seperti melukis dengan menggunakan perisian 'paint' dan menaip beberapa karangan pendek dengan menggunakan perisian 'MS Words' namun pelajaran ini dapat membantunya untuk mempelajari bidang IT yang lain dengan lebih mendalam ketika berada di sekolah menengah.
sekian..
Posted by: (06B0037) Norsanani binti Hassan | September 6, 2009 08:46 PM
Jawapan bagi soalan (06B0213) Abd Aziz bin Hj Mertahir:
Perlukah pelajaran IT itu diajarkan kepada murid-murid sekolah rendah. Apakah komen awda?
Bagi pendapat saya pelajaran IT itu perlu diajarkan semasa sekolah rendah. Ini disebabkan ketika mereka telah berada di sekolah menengah, mereka tidak akan merasa janggal bila mereka disuruh untuk menggunakan IT sebab mereka sudah mempunyai asas ketika di sekolah rendah walaupun tidak secara menyeluruh.
lagi pun dengan adanya SPN21 pada masa ini penggunaan IT telah pun diterapkan pada peringkat sekolah rendah. walau pun pelajaran IT di sekolah rendah diajar secara asas seperti melukis dengan menggunakan perisian 'paint' dan menaip beberapa karangan pendek dengan menggunakan perisian 'MS Words' namun pelajaran ini dapat membantunya untuk mempelajari bidang IT yang lain dengan lebih mendalam ketika berada di sekolah menengah.
sekian..
Posted by: (06B0037) Norsanani binti Hassan | September 6, 2009 09:01 PM
Jawapan kepada 06B0208
Setiap guru perlu mengetahui mengenai penggunaan IT di mana dalam era pada masa kini, ianya amat penting, bukan sahaja di dalam pengajaran dan pemblejaran, tetapi di sekolah pun digalakkan guru-guru untuk mengetahui akan penggunaan IT. Menjadi pakar komputer terpulang kepada setiap individu itu sendiri samada ianya ingin untuk mendalami dalam penggunaannya atau sebaliknya, tetapi asalkan guru-guru tahu walaupun tahu serba sedikit mengenai IT adalah lebih elok dari tidak tahu langsung.
Jika guru-guru tidak tahu langsung mengenai IT, adalah susah apatah lagi untuk mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, walaupun guru lebih suka menggunakan kaedah lama, perlulah ada pembaharuan dalam pengajaran. tidak dinafikan kaedah lama sebelum ini juga membantu dalam p&p suatu ketika dahulu,oleh kerana negara kita dalam era teknologi ini inginkan pembaharuan demi pembaharuan untuk meningkatkan dan menjadikan negara kita lebih moden dari sebelumnya.
Sebagai kesimpulan, guru perlu mengetahui bagaimana penggunaan IT walaupun serba sedikit kerana guru akan ketinggalan kemodenan (IT), apatah lagi pada masa ini, murid2/pelajar2 mempunyai pengetahuan lebih dalam teknologi
Posted by: Noralijah binti Damong Haji Omarali. | September 6, 2009 11:25 PM
Saya menjawab soalan (O6B0828).
Merujuk kepada kenyataan 'seseorang boleh belajar dan mendapat ilmu pengetahuan mengenai teknologi melalui sumber pendidikan sahaja tanpa guru' adalah tidak mustahil, kerana setiap manusia mempunyai naluri ingin mencuba dan juga mengetahui akan sesuatu yang belum mereka ketahui. oleh itu,ianya boleh belajar sendiri walaupun mengetahui serba sedikit dalam penggunaan teknologi. Sebagai contoh, pelajar-pelajar samada di peringkat rendah dan menengah diberikan kerja projek yang mana ianya perlu untuk menggunakan teknologi (penggunaan komputer dalam memberi border, membuat perkataan dsb). Adakalanya mereka tidak diajarkan bagaimana cara penggunaan teknologi tetapi dengan adanya usaha para pelajar untuk membuatnya, maka secara tidak langsung mereka mempelajari sesuatu yang mereka ketahui tanpa diajarkan oleh guru malahan hanya ditugaskan untuk membuat tugasan tersebut.
Di sini juga bezanya jika mempelajari atau mendapat pengetahuan mengenai teknologi dengan adanya guru, ianya lebih bersistematik dan mengikut perancangan guru tersebut.
Posted by: Noralijah binti Damong Haji Omarali. | September 6, 2009 11:37 PM
Menjawap soalan (06B0808).
Tidak salah dan lebih digalakkan jika guru menggunakan teknologi pendidikan dalam setiap mata pelajaran yang diajarkan malahan pada zaman teknologi canggih ini, guru-guru sentiasa menggunakan beberapa kaedah pengajaran yang berlainan dalam pengajaran dengan menggunakan penggunan teknologi. tetapi guru-guru juga perlu ingat kerana murid-murid juga mudah hilang fokus atau bosan jika sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan sama dengan lainnya (tidak kelainan dalam P&P).
oleh itu guru perlu bijak dalam memastikan penggunaan teknologi yang diajarkan. 1 masalah lagi dalam penggunaan teknologi ialah, jika sentiasa digunakan seperti guru menggunakan LCD Projektor, Powerpoints, OHP dsb, maka guru perlulah membuat persediaan dan perancangan terlebih awal kerana ditakuti mendapat masalah2 yang tidak dingini, lebih-lebih lagi jika ianya membazirkan masa dalam menyediakannya.
Posted by: Noralijah binti Damong Haji Omarali. | September 6, 2009 11:45 PM
Soalan 3:
Apakah peranan dan fungsi Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Terangkan dengan terperinchi?
Posted by: Hajah Nor Rafidah bte Abd Rahman | September 7, 2009 08:55 AM
Salam perbincangan..
Di sini saya ingin menjawab persoalan yang diajukan oleh saudara Iyad Fathi..
Alhamdulillah, dalam era modenisasi kini, bidang pendidikan seharusnya melangkah lebih maju ke hadapan dengan pengaplikasian bahan-bahan teknologi agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih efektif.
Dalam hal ini, tenaga pengajarlah yang menjadi nadi utama dan penggerak yang akan membawa kepada pendidikan yang berkesan. Mereka seharusnya bijak dalam mengendalikan pengajarannya supaya dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran hingga selesai.
Maka dari itu, tibiullah istilah pengajaran dan pembelajaran cara 'chalk and board' dan 'click and surf'. Apa yang dapat saya fahami melalui kedua-dua istilah tadi ialah mengenai corak pembelajaran tradisional (pemusatan guru) dan corak pembelajaran moden (pemusatan pelajar).
Istilah 'chalk and board' lazimnya berpusatkan kepada guru sahaja di mana guru yang berperanan menyediakan semua bahan pelajaran tanpa adanya usaha dari pelajar. Dalam hal ini, pelajar hanya akan mengharapkan guru sahaja tanpa berusaha mencari bahan pelajaran lain selain yang diberikan oleh guru.
Ini berbeza dengan corak pembelajaran 'click and surf' di mana di samping guru memberikan bahan pelajaran, guru juga mengarahkan pelajar sendiri mencari bahan melalui internet untuk mendapatkan info-info lain yang berkaitan dengan topik pelajaran yang mereka pelajari. Corak pembelajaran seperti ini sangat bermanfaat kerana di samping mereka mendapat pengetahuan baru, para pelajar juga akan dapat mengembangkan daya pemikiran mereka sehingga mampu berhujah terhadap sesuatu perkara yang mereka perolehi dengan guru.
Dari itu, dalam usaha mengubah cara pengajaran tenaga pengajar kepada istilah 'click and surf' ini, para guru perlulah sentiasa melibatkan pelajarnya untuk ikut serta menjdaiu p[enyelidik terhadap sesuatu topik pelajaran agar idea-idea dapat dikembangkan dan ini akan menjadikan suasana pembelajaran yang aktif.
Misalnya, dalam pelajaran sejarah, guru mengarahkan para pelajarnya untuk mencari maklumat melalui inmternet tentang sejarah Brunei lama sebagai persediaan sebelum masuk topik pelajaran tersebut dalam kelas yang seterusnya.
Dari itu, untuk memastikan kesinambungan coirak pembelajaran yang berpusatkan pelajar ini, para guru seharusnya sentiasa mengetengahkan berbagai persoalan yang memerlukan kajian pelajar itu sendiri bagi mewujudkan pembelajaran yang aktif dan akhirnya berkesan.
Dalam hal ini, guru tidak seharusnya menetapkan bahan pelajaran yang diberikan kepada pelajarnya sebagai isi pelajarana, tetapi pelajar sendiri yang juga berusaha mencari bahan-bahan pelajaran yang lain melalui internet dan sebagainya.
Wallahua'lam Bissawab dan salam perbincangan.. (",)
Posted by: Mihd Rimi Ahmad | September 7, 2009 01:22 PM
REPLY TO ABD. AZIZ HJ METAHIR.
[Soalan: Perlukah pelajaran IT itu diajarkan kepada murid-murid sekolah rendah, Apakah komen awda?]
Kini, penggunaan IT semakin meluas dan tidak ada penghujungnya serta ianya tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa tetapi murid-murid sekolah rendah juga tidak terkecuali. Kanak-kanak di sekolah rendah tidak harus dipinggirkan dalam pengunaan IT kerana dengannya kanak-kanak boleh menerokai perkara-perkara baru namun demikian tidak dapat dinafikan IT juga dapat membawa kesan negatif kepada mereka umpamanya ketagihan permainan siber dsb.
Penggunaan teknologi serta pasarana-pasarana ICT kini bukan lagi hal yang baru. Di negara maju misalnya UK dan USA , ICT telah menjadi satu revolusi utama yang mengubah gaya pembelajaran di sekolah-sekolah.
Guru dan ibubapalah yang memainkan peranan besar dalam mengawal pengunaan IT kanak-kanak agar mereka menjadi insan yang celik IT. Mungkin saja kanak-kanak yang disekat dalam menerokai IT akan jauh ketinggalan dengan mereka yang terdedah dengan IT.
Sekian.
Posted by: Zalina Hj Umar (06B0210) | September 7, 2009 03:07 PM
soalan bagi minggu kedua :
Kemahiran dan pengetahuan bagi seorang guru itu sangat penting bagi penyediaan Skill Heiraraki dan Task Analisis dalam pengajaran. Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?
Posted by: Haji Suhaili Bin Haji Moksin (06B0216) | September 7, 2009 04:06 PM
Soalan ke-2 :
Bagaimana peranan guru dalam penggunaan komputer dan internet oleh pelajar-pelajar di sekolah rendah khasnya?
Posted by: Zainatul Ashikin Binti Abdul Latip | September 7, 2009 06:29 PM
Jawpan kepada soalan ke 2 Amal Hayati bte Ramlee
Seorang guru itu tidak semestinya 100% menggunakan teknologi dalam pengajarannya kerana kaedah tradisional termasuk chalk & talk, penggunaan buku teks & alat bantu yang bersifat sudah konvensional & statik spt kad flash, radio dll masih lagi releven diguna pakai asalkan guru tersebut dapat mengadakn suasana pengajaran & pembelajaran yang menyeronokkan dan memotivasikan pelajar.
Posted by: Pg Razmahayati PH Mahmud (06B0205) | September 7, 2009 08:19 PM
Reply jawapan bagi soalan kedua : Zalina Hj Umar (06B0210)
Internet membawa begitu banyak kemudahan kepada penggunanya termasuk anak-anak, namun, ia juga adalah adalah satu cabaran kepada ibubapa.Kebanyakan ibubapa mengakui bahawa internet banyak memberi faedah kepada anak-anak mereka dan menganggap internet adalah salah satu alat bantu pembelajaran anak-anak mereka.
kanak-kanak pula lebih suka menggunakan komputer di rumah berbanding di tempat lain, maka lebih mudah ibu bapa memberi panduan serta membantu mereka cara-cara betul menggunakan internet. Masakini, ibu bapa semakin peka akan pendidikan ICT untuk anak-anak mereka dan ini sebab utama mereka membeli komputer untuk keperluan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak mereka laman-laman web yang berunsurkan pendidikan agar dapat membantu anak-anak membuat kerja sekolah. Mereka juga harus mengawasi aktiviti anak-anak ketika menggunakan internet dan boleh juga menyediakan beberapa peraturan untuk mereka patuhi. Ibu bapa Semestinya memberikan perhatian dan semangat anak-anak dalam mendidik mereka mempelajari ICT.
Sekian. Terima Kasih.
Posted by: Zainatul Ashikin Binti Abdul Latip (06B0219) | September 7, 2009 08:57 PM
Soalan Kedua : Bagaimana peranan guru dalam penggunaan komputer dan internet oleh pelajar-pelajar sekolah rendah khasnya?
Posted by: Zainatul Ashikin Binti Abdul Latip (06B0219) | September 7, 2009 09:01 PM
Soalan 2, Reply To: Dina Shahrina (06B0802).
Persamaan teknologi pendidikan dan Teknologi Pengajaran ini ialah kedua-duanya mementingkan penggunaan ilmu pengetahuan yang sistemetik dan teratur. kedua-duanya menekankan cara memperolehi ilmu pengetahuan dengan membahagi-bahagikan komponen besar kepada peringkat-peringkat kecil supaya mudah dianalisa dan kemudian dipraktikan, kedua-duanya mementingkan pembelajaran murid.
selain itu juga, kedua-duanya merangkumi/mencakupi alat pandang dengar/media massa dan merangkumi sumber-sumber manusia dan bukan manusia.Sekian............
-Rujukan: Teknologi Pengajaran, Sharifah Alwiah Alsagoff(1984), Kuala Lumpur.
Posted by: Mariani Haji Ahmad | September 8, 2009 09:31 AM
Soalan ke 3 (mgu 6-7)
sejauh manakah anda bersetuju bahawa Teknologi Maklumat itu mempunyai implikasi yang sangat luas?
Posted by: MASQUEENI HAJI BESAR (06B0206) | September 8, 2009 01:19 PM
soalan ke 3(mgu 6-7)
Bagaimanakah cara menyalurkan maklumat pendidikan di internet?
Posted by: HAJAH AINI BINTI HAJI ZAKARIA (06B0218) | September 8, 2009 01:22 PM
Soalan ke-3 bagi minggu 6&7:-
Adakah sesuai penghantaran tugasan kerja rumah para pelajar sekolah Menengah atau sekolah Ugama secara individu atau projek secara berkumpulan dilakukan melalui laman web yang dikhaskan oleh pihak sekolah? Sila beri pendapat awda. Terima kasih.
Posted by: Sarah Haji Abu Bakar(06B0217) | September 8, 2009 07:02 PM
Reply jawapan bagi soalan 2 (posted by :Hjh. Suzanawati Hj. Mat Kria (06B0211)
Soalan: Apakah benar teknologi maklumat menyebabkan tabiat dan minat membaca di kalangan pelajar akan berkurangan?
JAWAPAN: Membaca merupakan satu proses pembelajaran yang sangat perlu terutama sekali kepada golongan pelajar. Dengan membaca kita dapat menimba berbagai ilmu pengetahuan serta maklumat dan akan mengetahui berbagai kegiatan, kejadian semasa yang sedang berlaku di sekeliling kita mahupun pada sejarah lampau. Sikap banyak membaca akan menambah dan membina pengetahuan seseorang itu. Malah jauh daripada itu, banyak membaca juga boleh merangsang minda secara positif di mana ianya dapat mencerdaskan lagi daya berfikir di dalam otak para pembaca. Banyak perkara positif dan kebaikan yang dapat diperolehi dari budaya sikap suka membaca.
Merujuk kepada soalan di atas iaitu apakah benar teknologi maklumat menyebabkan tabiat dan minat membaca di kalangan pelajar berkurangan, bagi menjawap persoalan di atas bagi pendapat saya, terdapat dua kemungkinan iaitu:
1. Teknologi maklumat menyebabkan tabiat dan minat membaca di kalangan pelajar akan berkurangan kerana ada yang berpendapat kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen menyebabkan kurangnya minat membaca dan menjadikannya sebagai cara hidup. Apatah lagi sekarang ini banyak permainan ‘game’ secara on-line yang boleh melalaikan pelajar sehingga mereka sanggup duduk berjam-jam lamanya. Jadi dengan kesibukan mereka itu menyebabkan mereka leka dan tiada masa untuk membaca bukan saja buku-buku cerita malahan buku-buku sekolah juga sering terabaikan.
2. Teknologi maklumat tidak menyebabkan tabiat dan minat membaca di kalangan pelajar berkurangan jika sekiranya ibubapa dan juga guru memantau dan memastikan anak-anak dan anak-anak didiknya agar dapat memanfaatkan kemudahan yang ada serta tidak menyalahgunakannya di mana melalui teknologi moden seperti internet, pelajar dengan mudah boleh melayari laman-laman web untuk mendapatkan berbagai informasi yang berguna dan terkini dari dalam dan luar negara dan seterusnya dapat memupuk tabiat gemar membaca dalam diri seseorang pelajar. Dan ini sudah tentu akan meningkatkan lagi prestasi pembelajaran pelajar. Selain daripada itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga pernah bertitah sempena menyambut Awal Tahun Hijrah 1420, baginda menjelaskan bahawa rakyat dan negara yang kaya dengan maklumat akan lebih mudah bagi mereka menyempurnakan tanggungjawab-tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Jadi sudah tentulah kita mendukung hasrat baginda tersebut dengan memastikan anak-anak agar tidak menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada.
Posted by: ROSIDAH BINTI HAJI LADI (O6B0209) | September 9, 2009 04:57 AM
Soalan kedua
Tajuk: Perlukah ada sijil kepujian dalam bidang komputer.
Jika seorang guru BM/ Kesusasteraan ingin menerapkan 2 kemahiran iaitu kemahiran bahasa dan kemahiran komputer, persoalanya perlukah guru tersebut mendapatkan terlebih dahulu mendapatkan sijil kepujian dalam bidang komputer sebelum mengajarkannya kepada murid- murid?
Posted by: Asfarna Zil Arijah Mohamad | September 9, 2009 08:40 AM
Soalan 3
Tajuk:Keperluan untuk murid- murid miskin.
Jikan penggunaan komputer pada zaman ini sangat dititikberatkan, apakah ada inisiatif dari pihak kerajaan atau pihak- pihak yang berkenaan bagi menangani pelajar yang tidak berkemampuan dari segi ekonomi untuk mengadakan sebuah komputer di rumah? Jika ada jelaskan. Jika tidak ada, mangapa?
Posted by: Asfarina Zil Arijah Mohamad (06B0819) | September 9, 2009 08:44 AM
Soalan 3 (minggu 6 & 7)
SPN 21 menggalakkan para pelajarnya celik IT. Pada pendapat awda bagaimanakah seseorang guru itu dapat mengawal pelajarnya agar tidak menyalahgunakan penggunaan IT ketika di dalam pengajarannya. Sebab ada sesetengah pelajar boleh memasuki beberapa laman web yang tidak dikhususkan di dalam pengajaran seperti laman web chat, permainan secara online dan sebagainya.
Posted by: (06B0037) Norsanani binti Hassan | September 9, 2009 10:52 AM
Respon kepada Soalan Ke-2:
(Respon 2)Apakah benar teknologi matlumat menyebabkan tabiat dan minat membaca di kalangan pelajar akan berkurangan? - Hjh. Suzanawati Hj. Mat Kria.
Pada pendapat saya, tabiat dan minat membaca merupakan perkara yang umum. kenyataan yang dikatakan bahawa teknologi maklumat mengurangkan minat membaca adalah tidak benar. manusia umumnya membaca di mana-mana sahaja waimapun membaca papan tanda jalan raya. Malah teknologi maklumat ini sebenarnya berperanan untuk meningkatkan tabiat membaca kerana teks yang diubahsuai dengan penggunaan teknologi akan merangsang lagi minat membaca pelajar. Contohnya: teks yang diambil dari buku teks diubahsuai dengan memasukkan gambar-gambar akan menambahkan lagi tahap kefahaman pelajar apabila membacanya berbanding dalam buku teks. Kesimpulannya, teknologi tidak memberikan apa-apa kesan negatif sekiranya tidak disalahgunakan atau ketiadaan kecekapan dalam menggunakannya. Sekian, Terima kasih. Selamat Berpuasa dan Selamat Membuat Persediaan Hari Raya ;o)
Posted by: Dk Siti Ardiah Bte Pg Mohiddin, 06b0810. | September 9, 2009 12:24 PM
Respon kepada soalan 2
Dk Siti Ardiah (06B0810)iaitu Apakah kepentingan penguasaan teknologi dalam pendidikan bagi seseorang guru?
Bagi saya penguasaan menggunakan teknologi dalam pendidikan ada satu bonus kepada seorang guru. Perkara ini kerana guru perlu juga menggunakan teknologi yang tersedia agar pengajaran dan pemelajaran itu tidak membosankan para pelajar. Tidak dinafikan jika berada di sekolah ada guru yang tidak menggalakkan guru pelatih menggunakan alat teknologi seperti projektor LCD. Jika pemikiran sebegini berpanjangan, nescaya alat teknologi yang disediakan oleh kerajaan itu adalah sia-sia dan merugikan. Oleh itu penggunaan alat teknologi itu perlulah bersesuaian dengan pengajaran guru disamping penggunaan papan putih. Sekian..
Posted by: Mohammad Rainie bin Haji Durani (06B0232) | September 9, 2009 12:28 PM
Sejauh manakah keberkesanan pengurusan masa jika menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pemelajaran?
Posted by: Mohammad Rainie bin Haji Durani (06B0232) | September 9, 2009 01:11 PM
Jawapan 2 menjawab soalan :Mohamad Hasmin bin Haji Hashim
Bersesuaian dengan SPN21, setiap sekolah di negara kita telah memperuntukkan untuk menyediakan suatu baget bagi membeli ABM canggih seperti projektor.
Persoalannya, perlukah untuk setiap kelas?
Bagi saya adalah tidak perlu untuk menyediakan bagi setiap kelas.Hal ini kerana abm yang canggih itu bukan hanya tertumpu pada projektor sahaja malah ada pelbagai lagi abm canggih yang lain yang dapat digunakan bagi menarik minat penuntut belajar. Namun apa yang ingin ditekankan ialah pengajaran haruslah menggunakan abm yang bersesuaian sebagai bahan sokongan dan tidak semestinya hanya tertumpu pada yang canggih sahaja.
Posted by: Anonymous | September 9, 2009 04:09 PM
Jawapan 2 menjawab soalan :Mohamad Hasmin bin Haji Hashim
Bersesuaian dengan SPN21, setiap sekolah di negara kita telah memperuntukkan untuk menyediakan suatu baget bagi membeli ABM canggih seperti projektor.
Persoalannya, perlukah untuk setiap kelas?
Bagi saya adalah tidak perlu untuk menyediakan bagi setiap kelas.Hal ini kerana abm yang canggih itu bukan hanya tertumpu pada projektor sahaja malah ada pelbagai lagi abm canggih yang lain yang dapat digunakan bagi menarik minat penuntut belajar. Namun apa yang ingin ditekankan ialah pengajaran haruslah menggunakan abm yang bersesuaian sebagai bahan sokongan dan tidak semestinya hanya tertumpu pada yang canggih sahaja.
Posted by: Asfarina Zil Arijah Moamad (06B0819) | September 9, 2009 04:10 PM
Jawapan 3 bagi soalan: HAJAH AINI BINTI HAJI ZAKARIA (06B0218)
Terdapat berbagai- bagai cara menyalurkan maklumat melalui internet. Antaranya:
1)Electronic main (e-mail)sebagai contoh guru boleh memberi nota tambahan dengan menghantar nota tersebut kepada e-mail pelajar masing-masing.
2)Facebook contoh guru meminta pelajar- pelajarnya 'add' guru mereka dalam friend list mereka dan di sana nanti guru akan bertukar- tukar maklumat dengan mengadakan suatu 'club' nya tersendiri.
3)Guru yang mempunyai 'blog' tersendiri boleh menyarankan kepada pelajar untuk sering kali melayari blog tersebut untuk mendapat apa- apa maklumat terkini.
Ini adalah ANTARA sahaja. Terima kasih
Posted by: Asfarina Zil Arijah Mohamad (06B0819) | September 9, 2009 04:22 PM
Assalamualaikum...
Internet boleh dipelbagaikan penggunaannya dan ia hampir diakses atau digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini termasuklah golongan pelajar tambahan lagi akses internet telah disediakan di setiap sekolah rendah mahupun menengah. Salah satu daripada penggunaan Internet iaitu bermain permainan 'online' yang diminati oleh kebanyakan pelajar. Permainan ‘online’ ini adalah seperti ‘pet society’ ‘second life’ dan sebagainya. Persoalannya, bagaimanakah permainan ‘online’ ini dapat membantu pengajaran-pemelajaran di sekolah?
Sekian, terima kasih..=)
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | September 10, 2009 12:35 AM
Assalamualaikum...
Soalan 3 (minggu 6 & 7).
Tajuk: Permainan 'online'.
Internet boleh dipelbagaikan penggunaannya dan ia hampir diakses atau digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini termasuklah golongan pelajar tambahan lagi akses internet telah disediakan di setiap sekolah rendah mahupun menengah. Salah satu daripada penggunaan Internet iaitu bermain permainan 'online' yang diminati oleh kebanyakan pelajar. Permainan ‘online’ ini adalah seperti ‘pet society’ ‘second life’ dan sebagainya. Persoalannya, bagaimanakah permainan ‘online’ ini dapat membantu pengajaran-pemelajaran di sekolah?
Sekian, terima kasih..=)
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | September 10, 2009 12:37 AM
Soalan 3 (Minggu 6 & 7):
Sejauhmanakah kebenaran kelemahan di kalangan guru dalam pengintegrasian maklumat ke dalam pengajaran bahasa membantutkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
Posted by: Dk Ervinia Bte Pg Hamdan | September 10, 2009 07:40 AM
Reply soalan 3 :Hajah Aini Hj Zakaria (06B0218)
ICT di dalam pendidikan merupakan kemudahan komunikasi dan perkomputeran yang membantu pengajaran, pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Cara menyalurkan pendidikan di internet untuk aktiviti yang berkait dengan ICT di dalam pendidikan ialah penggunaan :
i. CD ROM sebagai sumber maklumat.
ii. Komputer yang digunakan untuk mengajar iii. Peranti (device) untuk memudahkan komunikasi pelajar
iv. Emel untuk menyokong penulisan kolaboratif dan perkongsian sumber
v. Telesidang video untuk menyokong pembelajaran
vi. Penyelidikan berasaskan Internet bagi kemudahan pembelajaran jarak jauh
vii. Teknologi komunikasi untuk penukaran data penilaian dan pentadbiran
Selain itu penggunaan dan cara membuat blog seperti yang kita lakukan pada masa ini juga salah satu cara menyalurkan pendidikan di internet.
wassalam.
Rujukan:
www.geocities.com/amatnor68/gedung_ict.htm.
Posted by: Hajah Nor Rafidah bte Abd Rahman | September 10, 2009 07:46 AM
Dalam objek pembelajaran (OP),kandungan pembelajaran dalam bentuk digital yang dipakejkan dengan cara yang betul akan mewujudkan operasi dalam pelbagai konteks. Apakah yang dimaksudkan dengan operasi pelbagai konteks?adakah ia berkaitan dengan isu semasa atau apa?
Posted by: Dk.Noramalina Bte Pg Rakawi(06B0228) | September 10, 2009 11:56 AM
Soalan ke 3 (Minggu 6 & 7):
Setiap sekolah mempunyai guru-guru dalam pelbagai peringkat umur sama ada yang muda mahupun yang sudah berumur. Seperti yang ditekankan dalam SPN 21 bahawa guru-guru perlu menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka. Bagi guru-guru muda, ini mungkin tidak jadi masalah bagi mereka tetapi yang menjadi masalah adalah bagi guru-guru yang sudah berumur. Jadinya, bagaimana untuk mengajarkan teknologi ini kepada guru-guru yang sudah berumur memandangkan tahap usia mereka dan juga tahap kemampuan mereka mungkin tidak setaraf dengan guru-guru muda. Tambahan lagi, adakah perlu guru-guru berumur itu menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka?
Posted by: Nur Hamizah Binti Haji Aji (06B0803) | September 10, 2009 08:52 PM
Jawapan kepada soalan ke 3 SARAH HAJI ABU BAKAR (06B0217):
Assalamualaikum, sememangnya penghantaran tugasan kerja rumah para pelajar sekolah Menengah atau sekolah Ugama secara individu atau projek secara berkumpulan adalah sesuai dilakukan melalui laman web yang dikhaskan oleh pihak sekolah. Hal ini adalah kerana pada masa sekarang, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan penggunaan teknologi yang serba canggih ini. Buktinya setiap sekolah ada menyediakan komputer untuk digunakan oleh pelajar.
Jadinya, tidaklah hairan jika ada guru yang menyuruh pelajar mereka untuk menghantar tugasan ataupun projek mereka melalui laman web yang telah disediakan. Ini boleh menolong pelajar tersebut menjadi seorang yang kreatif dan sedikit sebanyak dia akan mengetahui selok-belok tentang penggunaan komputer.
Walau bagaimanapun, kegiatan ini perlu juga dipantau bagi mengelakkan pelajar tersebut tidak menyalahgunakan penggunaan teknologi ini.
Posted by: Nur Hamizah Binti Haji Aji (06B0803) | September 10, 2009 09:39 PM
soalan kedua ( minggu 4 & 5 )
Di zaman era teknologi pendidikan yang mencabar seseorang guru sering dikaitkan dengan kemahiran IT bagi menghasilkan P&P yang lebih berkesan. Pada pandangan awda bagaimanakah cara yang lebih baik bagi memberikan kemahiran pendidikan IT ini kepada golongan guru yang kurang memahami dan mengenal kepentingan IT dalam pendidikan?
Posted by: Pg Hj Kamarudzaman (06B0203) | September 10, 2009 10:24 PM
Soalan 3 (minggu 6-7)
Assalammualikum, bagaimanakah cara seseorang guru itu untuk mengunakan dengan sebaik-baiknya kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam blog-bolg yang direka bagi membantu dalam mempermudahkan dan mempelbagaikan lagi aktiviti pengajarannya kepada murid khususnya dalam mata pelajaran Al Quran dan Amali Agama dan apakah kekurangan-kekurangan yang mungkin akan dihadapinya semasa mengunakan blog-blog tersebut dalam aktiviti pengajarannya.
Posted by: Mohammad Azriman Bin Sarbini | September 11, 2009 06:02 AM
Soalan 3 (minggu 6-7)
Assalammualaikum, bagaimanakah cara seseorang guru itu untuk mengunakan dengan sebaik-baiknya kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam blog-bolg yang direka bagi membantu dalam mempermudahkan dan mempelbagaikan lagi aktiviti pengajarannya kepada murid khususnya dalam mata pelajaran Al Quran dan Amali Agama dan apakah kekurangan-kekurangan yang mungkin akan dihadapinya semasa mengunakan blog-blog tersebut dalam aktiviti pengajarannya.
Posted by: Mohammad Azriman Bin Sarbini (o6b0215) | September 11, 2009 06:03 AM
Assalamualaikum......
soalan 3 : Bagaimanakah objektif pembelajaran dalam kelas tercapai sekiranya seseorang guru itu mengajar menggunakan teknologi yang canggih?
Posted by: Ramizah bte Hj Razali | September 11, 2009 07:52 AM
Respon bagi Norsanani..
Pada pendapat saya, seseorang guru itu perlulah sentiasa mengawasi segala pergerakan pelajar ketika belajar menggunakan IT ini.
Pelajar mestilah sentiasa dipantau dan sentiasa diberikan perhatian ketika belajar. Adanya pengawasan ini maka guru akan dapat memastikan pelajarnya tidak memasuki laman web yang tidak berunsurkan pelajaran..
Posted by: Ramizah bte Hj Razali | September 11, 2009 08:00 AM
Reply to: Noralijah Binti Damong Haji Omarali (06B0011)
Sebagai seorang guru yang professional, haruslah mempunyai persedian yang cukup samada dari segi mental mahupun fizikal. Seorang guru haruslah sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku samada sebelum atau semasa menjalani seisi pengajaran dan pembelajaran.
Bagi seorang guru, ia haruslah sentiasa peka dan bersedia sebelum memulakan sesuatu pengajarannya. Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah tidak semestinya setiap pengajaran guru itu hanya begantung kepada alat teknologi, ada kalanya juga guru boleh menggunakan kaedah traditional atau kombinasi antara kaedah moden (IT) dan traditional. Bagi saya disamping penggunaan bahan dalam pengajaran, teknik dan kemahiran dalam menyampaikan isi pengajaran juga adalah penting. Bahan untuk penyampaian pengajaran saja adalah tidak memadai sekiranya guru sendiri tidak tahu menggunakan teknik yang sesuai untuk menyampaikan isi pengajarannya. Dari itu guru haruslah mempunyai kedua-duanya sekali iaitu bahan dan juga teknik penyampaian pengajaran.
Sekiranya seorang guru itu ingin menggunakan IT dalam pengajarannya, ia haruslah menyediakan persediaan yang mencukupi sebelum memulakan pengajarannya, misalnya dengan menyediakan nota-nota ringkas untuk pelajarnya. Dengan cara ini guru boleh mengatasi masalah sekiranya berlaku kemungkinan yang tidak diingini semasa menjalankan seisi pengajarannya seperti terputus bekalan elektrik dsb. Sekiranya berlaku yang sedemikian guru boleh menggunakan pelbagai kaedah yang lain untuk meneruskan seisi pengajarannya.
Dari itu apa jua perkara yang ingin dilaksanakan oleh seseorang guru dalam pengajarannya, guru mestilah terlebih dahulu menyediakan persediaan yang mencukupi agar dapat mengatasi sebarang masalah yang boleh menganggu kelancaran didalam sesuatu pengajaran.
Posted by: Masrainah Haji Harun (06B0201) | September 11, 2009 08:47 AM
Soalan 3 (minggu 6&7)
Pada pendapat awda, adakah perlu bagi setiap sekolah diNBD mempunyai laman web khas untuk memberikan maklumat terkini kepada ibubapa pelajar mengenai aktiviti-aktiviti sekolah serta pencapaian akademik anak-anak mereka?
Posted by: Masrainah Haji Harun (06B0201) | September 11, 2009 09:19 AM
Soalan 3.
Reply to: Sarah Haji Abu Bakar(06B0217)
Pada pandangan saya, cara yang sedemikian itu adalah kurang bersesuaian untuk dilakukan kerana tidak semua ibubapa mampu untuk mengadakan komputer dan internet untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka.
Namun begitu saya tidak menolak bahawa cara yang sedemikian itu adalah merupakan satu inisiatif yang baik dan mampu memberikan kemudahan dan kebaikan kepada kedua belah pihak iaitu guru dan pelajar. Tapi tidak seharusnya kita melupakan mereka yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi, hal ini adalah merupakan suatu kesulitan bagi mereka. Haruskah para ibubapa itu menghantar anak-anak mereka ke cyber cafe ataupun dimana-mana tempat yang menyediakan kemudahan internet setiap kali anak-anak mereka ingin membuat tugasan sekolah yang memerlukan komputer dan internet ?. Haruslah juga kita fikirkan perkara yang sedemikian itu walaupun bagi sesetengah pihak ianya adalah merupakan hal yang biasa saja.
Jikapun ianya adalah merupakan suatu kemestian, pihak sekolah haruslah memberikan inisiatif tertentu agar dapat memudahkan pelajar yang kurang berkemampuan iaitu dengan memberikan kelonggaran supaya mereka dapat menghantar tugasan mereka secara manual.(bukan melalui internet).
Wassalam.
Posted by: Masrainah Haji Harun (06B0201) | September 11, 2009 09:48 AM
Soalan ke-3:
“Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ia merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ia disampaikan dalam bentuk visual”.
Gambar grafik merupakan ‘media bukan berbentuk elektornik’ yang juga boleh diaplikasikan ke dalam ‘media berbentuk elektronik’. Berikan satu contoh pengajaran (dalam tajuk pelajaran tertentu) yang sesuai menggunakan multimedia berbentuk grafik? Dan sejauh mana kebenaran ‘grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan pantas dan tepat’?
Posted by: Muhammad Iyad Fathi bin Ahad (06B0225) | September 11, 2009 10:00 AM
SOALAN 3
Apakah yang menyebabkan Perisian Islam sebagai alat bantu kurang digunakan oleh guru dalam pengajaran & pembelajaran?
Posted by: Pg Razmahayati PH mahmud (06B0205) | September 11, 2009 11:05 AM
Reply Soalan Sarah (06B0217)
Assalamualaikum;
Pada era globalisasi ini, pihak sekolah dengan kerjasama MOE telah banyak menyediakan bilik komputer yang lengkap dengan kemudahan ICT. Bagi membolehkan pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah untuk sama-sama mendapat peluang dan maklumat tambahan, pihak sekolah bolehlah membenarkan pelajar berkenaan untuk menggunakan kemudahan komputer di sekolah di sebelah petang selepas waktu persekolahan.
Persatuan Ibu Bapa Guru juga boleh memainkan peranan mereka untuk mencari dana, dengan tujuan membantu pelajar dari golongan yang berpendapat rendah memiliki komputer mereka sendiri. Apatah lagi pada masa sekarang ini komputer boleh didapati dengan pilihan harga yang berpatutan.
Selain itu juga, pelajar berkenaan juga boleh mendapatkan kemudahan komputer dan ICT di pusat-pusat cyber yang terdekat. Terpulang kepada pelajar berkenaan menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.
Posted by: Hamidah Hj Abdul Rahman (06B0202) | September 11, 2009 11:16 AM
Soalan Ketiga:
Bagi pendapat awda, apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT yang boleh menghasilkan "active learning"?
Posted by: Hamidah Hj Abdul Rahman (06B0202) | September 11, 2009 11:21 AM
Reply Soalan Ketiga Dari Sarah (06B0217):
Assalamualaikum,
Bagi pendapat saya, penghantaran tugasan kerja rumah para pelajar sekolah Menengah atau sekolah Ugama secara individu atau projek secara berkumpulan dilakukan melalui laman web yang dikhaskan oleh pihak sekolah itu adalah sesuai;
Antara kebaikannya:
1. Boleh menghilangkan rasa bosan pelajar dengan kaedah kerja lanjutan/kerja rumah yang hanya menggunakan pen dan kertas (buku latihan).
2.Boleh menimbulkan minat pelajar serta kreativiti pelajar.
Antara kelemahannya:
1. Sukar bagi pelajar yang tidak memiliki kemudahan ICT di rumah.
2. sukar bagi pelajar yang tidak mahir menggunakan ICT.
Sekian.
Posted by: Anonymous | September 11, 2009 11:29 AM
soalan 3:
Bincangkan dengan ringkas bagaimana pendidikan ICT dapat membantu golongan OKU?
Posted by: Zalina Hj Umar (06B0210) | September 11, 2009 01:01 PM
Apakah faktor yang menyebabkan sebahagian guru-guru tidak mahir dalam penggunaan IT ?
Posted by: Md Amiruddin Hj Md Zaidi (06B0220) | September 11, 2009 01:33 PM
Apakah faktor yang menyebabkan sebahagian guru-guru tidak mahir dalam penggunaan IT ?
Posted by: Md Amiruddin Hj Md Zaidi (06B0220) | September 11, 2009 01:42 PM
soalan ke 3: Proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer mampu membantu serta mengubah proses pembelajaran tradisi, Apakah kenyataan ini benar?
Posted by: Mariani Haji Ahmad | September 12, 2009 09:04 AM
Soalan 3:
Assalamualaikum...
Era teknologi pada masa kini semakin meningkat dan rancak digunakan. Teknologi ini banyak memberi kebaikkan kepada kita akan tetapi adakah keburukannya tidak membimbangkan? Seperti yang kita ketahui pada masa sekarang adalah dunia internet. Soalan saya sekarang, adakah teknologi moden pada masa sekarang ini tidak menurunkan akidah seseorang itu?
Posted by: Mohamad Hasmin bin Haji Hashim | September 12, 2009 09:40 AM
Jawapan kepada Soalan Awg Abdul Aziz - Pengajaran IT tidaklah semestinya untuk penuntut-penuntut menengah atas sahaja memandangkan zaman globalisasi sekarang ini telah pun berkembang maju maka adalah lebih baik dan molek jika pengajaran IT juga diajarkan atau diterapkan kepada murid-murid disekolah rendah kerana memberikan satu peluang atau pengalaman mereka dalam penggunaan IT tersebut.
Murid-murid sekolah rendah perlu membiasakan diri dengan kemahiran-kemahiran IT dalam menolong serta membantu mereka dalam penguasaan sistem IT berkenaan.
Posted by: Hasharinuddin Bin Haji Abu Bakar | September 12, 2009 10:19 AM
Menjawab soalan ke-2, Pg Razmahayati Pg Hj Mahmud :
Sememangnya Teknologi mampu menjana pencapaian kecemerlangan pelajar dalam pendidikan. Ini dapat kita dari berbagai aspek di antaranya ialah pengetahuan, kemahiran, tingkahlaku dan seterusnya sosial pelajar. Dengan pendedahan IT terhadap pelajar maka banyak pengetahuan tentang pelajaran semakin meningkat, kemahiran-kemahiran semakin bertambah, semakin aktif di dalam bilik darjah dan seterusnya akan terbinalah sosial pelajar yang membina, positif dan kecemrlangan.
Posted by: Haji Suhaili Bin Haji Moksin | September 12, 2009 10:31 AM
soalan Minggu ke 3 - Sejauh mana Pengajaran IT dapat membantu dalam mata pelajaran Amali?
Posted by: Hasharinuddin Bin Hj Abu Bakar | September 12, 2009 10:36 AM
Soalan Ke-3 :
Pengaplikasian teknologi maklumat dan Informasi dalam pendidikan merupakan satu asas pengetahuan yang perlu diserapkan kepada setiap guru dan juga pelajar. Hal ini kerana setiap maklumat dan informasi terkini tentang nilai tambah isi pelajaran boleh diperolehi melalui laman sawang. Jelaskan secara ringkas.
Posted by: Rosime binti Abd Manan (06B0224) | September 12, 2009 10:37 AM
soalan minggu ke-3, soalan saya :
Benarkah kemunculan IT dalam pengajaran dan pembelajaran lebih mendatangkan kesan positif dibandingkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang bercorak tradisional?
Posted by: Haji Suhaili Bin Haji Moksin (06B0216) | September 12, 2009 10:37 AM
Soalan 3 (minggu 6 & 7)
Benarkah Pengunaan IT itu mampu mempengaruhi minda murid untuk belajar?
Posted by: Abdul Azizi Bin Hj Metahir (06B0213) | September 12, 2009 10:39 AM
soalan M4-M5:
Assalamualaikum... penggunaan Blog semakin berleluasa digunakan di negara kita. Salah satu penggunaan blog ialah untuk pengajaran dan pemelajaran di sekolah-sekolah.
apa yang menjadi kemusykilan saya ialah penyediaan wireless adalah terhad di sebahagian tempat sahaja di sekolah-sekolah. Jadi apakah yang patut dibuat oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini?
Posted by: Nur najibah Bte Hj Md Adam(06B0815) | September 12, 2009 10:51 AM
Soalan M4-M5:
Assalamualaikum..
Soalan saya :
Adakah penggunaan blog ini dimestikan untuk digunakan dalam setiap mata pelajaran di peringkat rendah, menengah dan institusi tinggi?
Sekian Terima Kasih..=)
Posted by: Dk Amanina binti Pg Aliuddin (06B0820) | September 12, 2009 10:58 AM
Soalan M4-M5
Salam,
Soalan saya ialah apakah tindakan Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan mutu pengajaran seorang guru yang menggunakan IT misalnya dalam penggunaan blog?
Posted by: Dahlia binti Awg Jaya (06B0827) | September 12, 2009 11:00 AM
Soalan M4-M5
Assalamualaikum.
soalan saya:
Bagaimanakah penggunaan Blog atau ICT dapat membantu pelajar yang lemah dalam pelajaraanya?
Posted by: Siti Zubaidah Binti Hamid (06B0821) | September 12, 2009 11:03 AM
SOALAN M4 & M5 :
Soalan saya ialah :
Penggunaan blog memang memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran. Namun apakah masalah yang akan dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan blog?
Posted by: Zurina Binti Haji Yussof | September 12, 2009 11:07 AM
Reply to soalan Nur Najibah binti Hj Md Adam (06B0815)..
Bagi saya, pihak sekolah haruslah peka terhadap masalah ini dengan menyediakan penggunaan wireless di mana-mana sahaja kawasan sekolah. Akan tetapi bukan bagi sekolah di pedalaman,bukan sahaja pihak sekolah yang perlu mengendalikan masalah ini, malahan kementerian pendidikan juga perlu mengambil berat terhadap perkara ini dengan menguatkan lagi "wireless network" di kawasan-kawasan pedalaman supaya sekolah-sekolah di pedalaman juga dapat menggunakan IT tersebut supaya mereka tidak ketinggalan dalam menggunakan IT khususnya blog.
Posted by: Dk Amanina binti Pg Aliuddin (06B0820) | September 12, 2009 11:14 AM
Reply soalan Dk Amanina (06B0820)
Bagi pendapat saya, Penggunaan blog tidak semestinya digunakan dalam semua peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi tinggi tetapi ia tertakluk kepada bentuk pengajaran. Tetapi kemahiran menggunakan blog merupakan satu kelebihan bagi individu terutamanya dalam era modenisasi pada masa sekarang agar seseorang individu tidak buta IT dalam menghadapi pelbagai cabaran tentang penggunaan IT pada masa akan datang =) peace....
Posted by: Dahlia binti Awg Jaya (06B0827) | September 12, 2009 11:24 AM
Reply to Dahlia Bte Awg Jaya(06B0827)....
salam kembali.. bagi saya, tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan mutu pengajaran guru yang menggunakan IT misalnya dalam penggunaan blog ialah pihak Kementerian Pendidikan mengadakan kursus dan bengkel yang berkaitan dengan IT bagi guru-guru di sekolah untuk membantu kemahiran guru-guru terutamanya guru-guru veteran tentang penggunaan IT dalam pengajaran.Dalam kursus dan bengkel tersebut, mereka akan diberi pendedahan tentang penggunaan blog secara mendalam dan guru-guru yang mengikuti kursus tersebut diberi latihan untuk membuat blog masing-masing agar mereka dapat mengaplikasikannya dan mengajarkannya di sekolah.
Posted by: Nur najibah Bte Hj Md Adam(06B0815) | September 12, 2009 11:32 AM
Reply Soalan Siti Zubaidah Binti Hamid (06B0821):
Bagi pendapat saya, penggunaan blog boleh membantu pelajar yang lemah untuk meningkatkan pelajaran mereka, kerana dalam blog terdapat pelbagai maklumat yang berguna untuk pelajar. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar yang lemah tersebut memahami pelajaran mereka.
Sebagai contoh, jika pelajar tersebut lemah dalam mata pelajaran geografi, maka dengan melayari blog yang berkaitan dengan mata pelajaran geografi, pelajar tersebut dapat memahami dengan lebih jelas. Misalnya dalam tajuk proses pembentukan hujan. Dengan animasi yang terdapat blog tersebut, ia akan memudahkan pelajar untuk memahami proses tersebut dan meninggalkan kesan ingatan yang mendalam terhadap pelajaran mengenai proses pembentukan hujan. Sekian.
Posted by: Zurina Binti Haji Yussof | September 12, 2009 11:34 AM
Reply soalan Zurina Hj Yussof (06B0825)
Assalamualaikum Zurina. K zu cuba jawab soalan zur k...
Bagi pendapat zu, walaupun penggunaan blog itu berguna untuk pembelajaran pelajar, namun terdapat juga masalah yang akan dihadapi oleh pelajar. Antaranya, masalah bahasa. seperti yang diketahui, di dalam blog, bahasa yang digunakan kadangnya ada yang terlalu tinggi, maksud saya bahasa yang digunakan tersebut tidak sesuai dengan aras pemikiran pelajar. Akibatnya pelajar tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Selain itu bahasa yang tedapat di dalam blog juga kadangnya mengandugi bahasa rojak atau bahasa campur yang boleh mempengaruhi penggunaan bahasa pelajar.
Selain itu, maklumat yang terdapat di dalam blog tidak semestinya seratus peratus betul, akibatnya pelajar akan keliru dengan info yang diperolehinya kerana info tersebut bercanggah dengan info yang telah disampaikan oleh gurunya di sekolah.
Oleh itu, sebagai guru, mereka haruslah memilih dan berhati-hati dan perlu memikirkan kesesuaian penggunaan blog tersebut untuk pengajaran mereka apabila menggunakannya dalam pengajaran dan berhati-hati apabila menyarankan penggunaan sesuatu blog kepada pelajar
Posted by: Anonymous | September 12, 2009 11:51 AM
soalan kedua:Sejauh manakah penggunaan ICT dapat diaplikasikan dalam pelajaran amali agama?
Posted by: Junaidah hj Abidin ( 06b0284) | September 12, 2009 12:05 PM
SOALAN 3 Minggu 6&7
Adakah blogspot penting bagi guru dalam Pengajaran & Pembelajaran? Berikan pandangan anda mengenainya.
Posted by: RUSNI BINTI HAJI SAMAN | September 12, 2009 12:12 PM
Adakah blogspot sesuai digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah dan menengah?
Posted by: ROSIDAH BINTI HAJI LADI (06B0209) | September 12, 2009 12:16 PM
Adakah blogspot sesuai digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah dan menengah?
Posted by: ROSIDAH BINTI HAJI LADI (06B0209) | September 12, 2009 12:17 PM
reply bagi soalan Norapizah binti Zalani 06b0805
Assalamualaikumwarahmatullah mengenai dengan soalan yang Dayang utarakan, mengenai dengan penggunaan IT ianya memanglah penting dan amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan tetapi ianya adalah tidak perlu didedahkan bagi peringkat rendah apatah lagi untuk diadakan kursus-kursus tambahan dalam penggunaan IT kerana bagi kanak-kanak peringkat rendah ianya tidak sesuai dan belum patut lagi untuk menghadirkan diri dalam apa jua bentuk kursus. Ini adalah memandangkan kesesuaian dan pencapaian mereka mengikut tahap kognitif kanak-kanak. Akan tetapi ianya memang perlu didedahkan penggunaan IT ini setakat pembelajaran biasa dan bukanlah berbentuk kursus kerana rata-rata pada peringkat umur ini, mereka belum lagi mengetahui erti kursus dan boleh jadi ianya belum dapat memberi manfaat kepada mereka. sekian wasalam
Posted by: junaidah hj abidin 06b0284 | September 12, 2009 12:25 PM
Soalan 3 (minggu 6 & 7)
Adakah blogspot sesuai digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah dan menengah?
Posted by: ROSIDAH BINTI HAJI LADI (06B0209) | September 12, 2009 12:26 PM
Soalan 3: Soalan mudah berbentuk *perbincangan*.
Menurut pendapat awda, dalam Pendidikan adakah perlu latihan demi latihan diberikan kepada para guru dan pelajar untuk memastikan mereka pandai dalam menggunakan teknologi? Adakah menjadi pandai saja sudah memadai? atau adakah perlu seseorang itu mahir dalam bidang ini? sila bincang dan beri jawapan awda.
Terima kasih.
Posted by: Norapizah binti Zalani 06B0805 | September 13, 2009 10:38 AM
Soalan 3 - respon kepada soalan 06B0819 Minggu 6&&7.
adakah ada inisiatif? Jawapannya ya memang ada, pihak Kerajaan telah membekalkan penggunaan ICT dengan adanya komputer yang disediakan di setiap sekolah. Dengan cara ini, setiap pelajar boleh mempelajari ICT tidak kira peringkat mana pelajar berada. Maksudnya, setiap pelajar ini termasuklah mereka yang susah dan tidak mampu untuk mempunyai komputer sendiri di rumah masing-masing. Mereka boleh memanfaatkan kemudahan yang ada di sekolah di samping adanya pengawasan para guru di sekolah.
Buktinya sekarang pihak Kementerian Pendidikan sudah memastikan bahawa setiap sekolah terutama peringkat menengah mempunyai mata pelajaran ICT. Melalui mata pelajaran ini, pelajar dapat mempelajari ICT di samping dapat menanamkan minat terhadap bidang ini seterusnya dapat mempertingkatkan dan memperkembangkan skil ICT yang boleh dilatih melalui pelbagai pendedahan.
Sekian jawapan dari saya.
Posted by: Norapizah binti Zalani 06B0805 - respon bagi soalan 06B0819. | September 13, 2009 10:58 AM
Soalan 3 : Apakah usaha yang patut dilakukan khususnya kementerian pendidikan bagi menggalakkan perkembangan pembelajaran IT itu lagi?
Posted by: Zaidillah Bin Zainuddin (06B0212) | September 13, 2009 11:06 AM
Reply to soalan kedua Zainatul Ashikin Binti Abdul Latip (06B0219) : Dalam pengajaran menggunakan komputer dan internet bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, guru mengambil peranan penting dalam memimpin dan menunjuk ajar secara terperinci pelajar kerana kebanyakkan mereka kurang terdedah kepada pembelajran IT ini, walaubagaimanapun bagi sesetengah pelajar yang sudah berkemahiran bolehlah membantu pelajar yang tidak arif tadi, di sinilah terletaknya profesionalisme seorang guru itu dalam mengawal disiplin, menggunakan pemulihan dan pengayaan terhadap pelajar-pelajar samada yang pandai ataupun kurang pandai.
Posted by: Zaidillah Bin Zainuddin (06B0212) | September 13, 2009 11:32 AM
Jawapan soalan ke-3, oleh Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148)
Soalannya:
‘Internet boleh dipelbagaikan penggunaannya dan ia hampir diakses atau digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini termasuklah golongan pelajar tambahan lagi akses internet telah disediakan di setiap sekolah rendah mahupun menengah. Salah satu daripada penggunaan internet ialah bermain permainan 'online' yang diminati oleh kebanyakan pelajar. Permainan ‘online’ ini adalah seperti ‘pet society’ ‘second life’ dan sebagainya. Persoalannya, bagaimanakah permainan ‘online’ ini dapat membantu pengajaran-pemelajaran di sekolah?’.
Jawapan:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan secara ‘online’ atau atas talian ini diminati oleh kebanyakan pelajar, sama ada pelajar di peringkat sekolah Rendah, Menengah, Tinggi dan malah juga di peringkat Universiti. Oleh itu, tenaga pengajar hendaklah memajukan tahap pengajaran mereka dengan membawa perkara yang pelajar sukai, contohnya permainan secara ‘online’ untuk diaplikasikan dalam pengajaran-pemelajaran. Bagi tujuan pengajaran guru hendaklah bijak memilih perisian-perisian permainan yang bakal digunakannya. Salah satu aspek yang menarik minat pelajar terletak pada kekuatan kecanggihan, grafik, audio, animasi dan video yang digunakan dalam pengajaran-pemelajaran.
Azman Salleh (2006) menyatakan permainan komputer dapat menarik golongan muda untuk berada di hadapan komputer berjam-jam. Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi dan dapat memberi satu kaedah kepada guru untuk mengajar melalui permainan di dalam komputer.
Richard Sandford, Mary Ulicsak, Keri Facer dan Tim Rudd (2006), menyatakan antara kriteria yang perlu ada dalam sebuah perisian permainan yang sesuai dalam pengajaran ialah kandungan atau tajuk yang memenuhi kriteria dalam sukatan pelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam permainan yang interaktif dan mencabar kebolehan diri mereka, persembahan yang sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran serta tidak bertindih dengan bahan-bahan biasa yang boleh didapati di sekolah.
Salah satu contoh permainan secara ‘online’ yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran-pemelajaran di sekolah ialah permainan ‘Sim City 2000’. ‘Sim City 2000’ merupakan suatu permainan yang membenarkan pelajar-pelajar membina dan mengurus sebuah bandar raya metropolitan. Pelajar akan diberi sebidang tanah yang luas dan pelajar harus membahagikan tanah tersebut kepada beberapa zon, seperti kawasan perindustrian, kawasan perumahan dan kawasan perdagangan. Dalam kawasan inilah penghuni hidup, berkerja dan bermain. Pelajar harus membina jalan, lebur raya, jalan keretapi dan lain-lain pengangkutan bagi menghubungkan zon-zon tadi. Semasa bandar membangun secara pesat, pelajar harus mencari jalan untuk memajukan pelajaran, menangani masalah kesihatan penduduk dengan membuat keputusan strategik seperti menempatkan balai polis, sekolah dan hospital dan banyak lagi kemudahan-kemudahan yang penting. Pelajar juga perlu menghapuskan jenayah, menguruskan trafik, sediakan ‘budget’, menghadapi rusuhan penduduk serta puplisiti buruk daripada akhbar. Permainan ini bukan sahaja menggalakkan pelajar berfikir secara bijak dan kreatif tetapi juga secara bertanggung jawab. ‘Sim City 2000’ melatih pemimpin masa depan negara. Permainan seumpama ini dapat diaplilasikan dalam pengajaran-pemelajaran yang berbentuk karangan dan fahaman.
Berdasarkan hujah dan contoh yang diberikan, disimpulkan bahawa pengajaran dengan menggunakan perisian permainan (sama ada secara online atau tidak) dapat membantu dalam menarik minat pelajar untuk belajar, mencungkil bakat mereka dalam sesuatu bidang dan juga merupakan suatu inovasi baru dalam pengajaran-pemelajaran di sekolah. Kaedah pengajaran ini berbeza dengan pengajaran secara tradisional, kerana ia dapat:
1. Membantu guru menerapkan keseronokan dalam pengajaran-pemelajaran.
2. Mengembangkan minda pelajar.
3. Memberi rangsangan dan menarik minat dan motivasi pelajar untuk belajar.
4. Membantu pelajar memahami sesuatu konsep apabila mereka mencapai sasaran permainan.
5. Memberikan pengetahuan secara langsung kepada pelajar. Misalnya, istilah-istilah yang digunakan di dalam permainan dapat memperkayakan lagi kosa kata pelajar.
Richard Sandford, Mary Ulicsak, Keri Facer dan Tim Rudd (2006) dalam kajian mereka mengenai “Teaching With Games” menyatakan dalam kajian mereka, guru-guru yang menjadikan perisian permainan sebagai alat yang biasa digunakan dalam pengajaran mereka boleh meningkatkan tahap pengetahuan dan cara berfikir para pelajar untuk memahami sesuatu konsep dalam isi pelajaran mereka. Didapati guru yang mempunyai kebolehan memilih perisian yang sesuai akan dapat memberi pembelajaran yang lebih bermakna kepada para pelajar.
Setelah dinilai permainan secara ‘online’ merupakan salah satu kaedah yang membantu meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran-pemelajaran di sekolah. Keadah ini berbeza dengan gaya pengajaran tradisional. Oleh itu, berfikirlah dan pilihlah cara pengajaran yang terbaik dan lebih dikehendaki pelajar dan zaman. “If you can change your mind, you can change the world” (Joey Raimer).
Rujukan
http://4jejaka.wikispaces.com/file/view/essei_FreewareGames4.doc. http://www.leading-learning.co.nz/famous-quotes.html
Posted by: Muhammad Iyad Fathi bin Ahad (06B0225) | September 13, 2009 11:50 AM
Saya menjawab soalan 3 (minggu 6 & 7) yang dikemukakan oleh (06B0037) Norsanani binti Hassan | September 9, 2009 10:52 AM.
Dalam zaman globalisasi ini sejajar dengan SPN 21 yang mahukan pelajar dilengkapi kemahiran, pengetahuan dan sahsiah untuk menghadapi cabaran teknologi maklumat yang sedang pesat berkembang untuk mencapai kejayaan cemerlang. Salah satu jalan untuk mencapai kejayaan cemerlang itu ialah melalui IT. Walau bagaimanapun, ada kalanya penggunaan IT ini disalahgunakan oleh pelajar untuk memasuki jaringan yang tidak sepatutnya seperti ‘chatting’, permainan secara ‘online’ dan sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pelajar yang menyalahgunakan IT semasa guru memberi pengajaran. Hal ini berkemungkinan berpunca dari pengajaran guru yang kurang menarik ataupun diri pelajar itu sendiri yang tidak mahu belajar. Salah satu cara guru mengatasi masalah ini ialah memberi nasihat serta memberikan amaran kepada pelajar tersebut. Masalah pelajar tersebut perlu dihadapkan kepada guru disiplin untuk diambil tindakan. Sekiranya cara ini tidak berkesan iaitu berpunca dari cara pengajaran guru, guru perlu mempelbagaikan corak pengajarannya dengan menggunakan IT.
Pelajaran IT di setiap sekolah hanya diadakan sekali dalam seminggu iaitu memakan masa sejam. Oleh itu, guru boleh membuat persediaan terlebih dahulu sebelum pengajaran diadakan. Perisian ‘chat’, permainan secara ‘online’ seperti ‘pet society’ dan lain-lain dapat memberikan kesan yang positif sekiranya guru bijak menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Azman bin Salleh (2006), beliau menyatakan bahawa permainan komputer dapat menarik golongan muda untuk berada di hadapan komputer berjam-jam. Hal ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi dan dapat memberi satu kaedah kepada guru untuk mengajar melalui permainan di dalam komputer.
Walau bagaimanapun, guru perlu bijak dalam memilih perisian yang sesuai dengan objektif pelajaran yang hendak disampaikan. Richard Sandford, Mary Ulicsak, Keri Facer dan Tim Rudd (2006), menyatakan antara kriteria yang perlu ada dalam sebuah perisian permainan yang sesuai dalam pengajaran ialah kandungan atau tajuk yang memenuhi kriteria dalam sukatan pelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam permainan yang interaktif dan mencabar kebolehan diri mereka, persembahan yang sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran serta tidak bertindih dengan bahan-bahan biasa yang boleh didapati di sekolah.
Kesannya kepada pelajar ialah membantu pelajar memahami beberapa konsep apabila mereka mencapai sasaran sesuatu permainan. Hal ini boleh dilihat dalam beberapa jenis permainan tertentu yang berupaya memberikan pengetahuan secara langsung kepada para pelajar. Dalam pembelajaran bahasa misalnya, pelajar juga boleh diberikan perisian permainan yang boleh menggalakkan mereka berfikir secara serius seperti permainan ‘word puzzle’ dan ‘boggle supreme’ yang secara langsung memberi pengetahuan kepada pelajar. Secara kesimpulannya, guru perlu bersedia menyediakan pengajaran yang terbaik seperti memancing minat pelajar untuk mengikuti pengajaran pada hari tersebut dan lain-lain agar objektif pengajaran tercapai.
Rujukan:
http://74.125.153.132/search?q=cache:GERN33ESSLoJ:4jejaka.wikispaces.com/file/view/essei_FreewareGames4.doc+bagaimana+permainana+secara+'online'+membantu+pelajar&cd=1&hl=ms&ct=clnk&gl=bn
Posted by: Muhammad Azmi bin Haji Zaini (06B0148) | September 13, 2009 09:03 PM
Jawapan bagi soalan ke 3: Sarah Hj Abu Bakar.
bagi saya, adalah kurang sesuai jika penghantaran kerja rumah atau projek melalui laman-laman web yang dikhaskan oleh pihak sekolah.Ini kerana tidak semua pelajar mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer dan dalam hal ini berkemungkinan mereka akan mengambil alasan kurang mahir dalam menggunakan komputer tersebut untuk tidak menghantar kerja rumah atau projek. Walaupun zaman semakin maju dengan terknologi serba canggih, sebaiknya dalam hal kerja-kerja rumah mahupun projek patut biarlah dihantar secara 'hard copy'. dari itu juga, ini akan memudahkan bagi tujuan pemarkahan.
Posted by: Norasmah Hj Damit (06b0239) | September 13, 2009 09:09 PM
Soalan 3
Objek untuk mendapat penghasilan pembelajaran yang berkesan ialah objek yang mempunyai koleksi gambar, dokumentasi dan sebagainya sepertimana yang dijelaskan pada kuliah yang lepas. Salah satu contoh yang lebih jelas ialah seperti penggunaan IT. Namun terdapat beberapa isu dimana masih ada guru yang beralasan bahawa penggunaan IT ini sangat rumit, atau memerlukan banyak kerja dan sebagainya. Soalan saya, bagaimanakah kita mengatasai masalah seperti ini?
Posted by: Dina Shahrina Binti Hj Shahbudin (06B0802) | September 13, 2009 11:34 PM
SOALAN KE 3 (Bagi minggu 6 & 7):-
Penggunaan blog dikalangan pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mencetuskan idea. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
Posted by: Hjh. Suzanawati Binti Hj. Mat Kria (06B0211) | September 13, 2009 11:52 PM
Reply bagi soalan
Soalan 3 ((06B0037) Norsanani binti Hassan
SPN 21 menggalakkan para pelajarnya celik IT. Pada pendapat awda bagaimanakah seseorang guru itu dapat mengawal pelajarnya agar tidak menyalahgunakan penggunaan IT ketika di dalam pengajarannya. Sebab ada sesetengah pelajar boleh memasuki beberapa laman web yang tidak dikhususkan di dalam pengajaran seperti laman web chat, permainan secara online dan sebagainya.
Dalam kelas atau di luar kelas, guru mempunyai pelbagai peranannya. Guru bukan hanya berperanan sebagai pengajar, innovator, pembimbing, akan tetapi guru juga berperanan sebagai pengurus. Ini bermakna guru harus mahir dalam mengurus keadaan kelas, susunan pelajar, tidak terkecuali mengurus pelajar-pelajarnya dari pelbagai aspek. Misalnya guru harus mahir dalam mengurus pelajarnya agar dapat mengikuti disiplin yang ditetapkan seperti memberikan amaran atau mengadakan satu teknik yang dapat menarik pelajarnya.
Selain daripada itu, guru harus sentiasa waspada dengan memantau pelajar-pelajarnya, bukan hanya berada pada tempat yang statik.
Secara kesimpulannya, guru harus mahir mengawal pelajarnya dari aspek disiplin dan juga guru harus peka dengan gerak-geri pelajar. Dengan ini, masalah pelajar yang menyalahgunakan IT akan dapat diperbaiki.
Posted by: Dina Shahrina Binti Hj Shahbudin (06B0802) | September 13, 2009 11:53 PM
SOALAN KE-3:
Pendidikan kini dimuatkan dalam teknologi pada masa kini. Namun begitu, tugasan teknologi dan pendidikan hanya tertumpu kepada membuat laman sesawang atau 'blog'. Persoalannya, adakah terdapatnya kaedah lain dalam menggunakan teknologi selain teknologi tersebut? mungkinkah dari video misalnya 'Dvd' atau 'youtube'? atau alat mendengar seperti 'ipod'?
Respon bagi soalan Asfarina:
Guru bahasa Melayu/ Sastera tidak memerlukan sijil kepujian dalam bidang komputer. Ini kerana tugas guru bahasa Melayu/ Sastera bukannya menerapkan kemahiran bidang komputer sepenuhnya kepada pelajar, cukuplah pengetahuan komputer yang asas. Namun begitu, jika ada sijil kepujian tersebut adalah merupakan satu kelebihan.
Posted by: Mohd Abdul Wafiy Hj Yakop (06B0817) | September 14, 2009 02:47 PM
Reply jawapan bagi Soalan 3 (minggu 6 & 7) (posted by: Norsanani binti Hassan (06B0037)
Soalan: SPN 21 menggalakkan para pelajarnya celik IT. Pada pendapat awda bagaimanakah seseorang guru itu dapat mengawal pelajarnya agar tidak menyalahgunakan penggunaan IT ketika di dalam pengajarannya. Sebab ada sesetengah pelajar boleh memasuki beberapa laman web yang tidak dikhususkan di dalam pengajaran seperti laman web chat, permainan secara online dan sebagainya.
JAWAPAN: SPN 21 bukan hanya menggalakkan pelajarnya celik IT, bahkan pelajar juga perlu aktif dalam setiap pembelajaran yang dijalankan. Memang tidak dapat dinafikan terdapat sesetengah pelajar memasuki beberapa laman web yang tidak dikhususkan di dalam pengajaran contohnya seperti laman web chat, permainan secara on-line dan sebagainya. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini mungkin disebabkan kaedah pengajaran guru kurang menarik perhatian pelajar yang menyebabkan pelajar mungkin sukar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh mereka.
Selain itu, ada kemungkinan apa yang diajarkan oleh guru itu gagal menarik minat pelajar dan terlalu sukar untuk memahami pelajaran yang dipersembahkan oleh guru mereka. Selain itu guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin sehingga terdapat sesetengah pelajar memasuki laman web yang tidak dikhususkan di dalam pengajaran guru tersebut yang bertujuan untuk menghindari rasa bosan mereka terhadap pengajaran guru tersebut. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007).
Seseorang guru itu dapat mengawal pelajarnya agar tidak menyalahgunakan penggunaan IT ketika di dalam pengajarannya. Perkara ini dapat diatasi dengan kebijaksanaannya sebagai guru, kreatif dan inovatif, mereka ini juga hendaklah dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu pelajar akan dapat menumpukan perhatian mereka pada pengajaran guru dengan penuh minat. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999).
Selain itu guru juga perlu mempamerkan keyakinan diri semasa berada di dalam kelas supaya murid juga yakin dengan kebolehan guru. Suara guru perlu jelas dan bahasa yang digunakan mudah difahami oleh semua pelajar. Guru perlu tegas dalam memberi tugasan dan arahan supaya pelajar dapat akur dengan kehendak dan arahan guru. Tegas di sini tidak membawa maksud autokratik, sebaliknya demokratik. Guru perlu sedar tugas mengawal disiplin pelajar adalah tugas semua guru lebih-lebih lagi yang melibatkan waktu pengajaran guru. Segala salah laku yang berlaku sewaktu guru mengajar perlu ditegur dengan segera. Insyaallah jika perkara ini terlaksanakan perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri ”
Rujukan
Abdul Rahim Abdul rashid. (1999). Profesionalisme motivasi pengurusan bilik
darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi
dan teknik mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Posted by: ROSIDAH BINTI HAJI LADI (O6B0209) | September 16, 2009 05:58 AM
Soalan Ke 3
Apakah kelebihan penggunaan teknologi seperti video, audio, grafik dan sebagainya di dalam pendidikan?
Posted by: Nur Azrina Ramlee (06B0840) | September 17, 2009 06:57 AM
soalan 3: IMPAK TERHADAP TEKNOLOGI
ICT merupakan suatu kemestian sejajar dengan kemajuan pendidikan sekarang. Apakah impak positif dari penggunaan ICT dalam pendidikan?
Posted by: Siti Sahirah binti Jamil (06B0844) | September 17, 2009 08:13 AM
Assalamualaikum, soalan saya yang ke 3,
Kebanyakan daripada pemohonan kerja di kebanyakan jabatan memerlukan seseorang pekerja yang pakar atau mengetahui tentang penggunaan teknologi terutamanya dalam penggunaan power point, exel dan sebagainya. Namun sesetengah orang tidak celik dalam penggunaan teknologi ini kerana mereka tidak mendapat pendedahan dari peringkat awal sehingga menutup peluang mereka untuk memohon pekerjaan. Jadi, soalan saya apakah usaha-usaha yang dapat di lakukan bagi masalah ini?
Posted by: Siti Norassimah Haji Kassim (06b0843) | September 17, 2009 08:27 AM
jawapan soalan 3 bagi Norsanani binti Hassan(06B0037)
Berdasarkan soalan yang telah diajukan, bagi pendapat saya, guru haruslah bersikap tegas dan peka dengan kelakuan pelajar-pelajar terutama sekali dalam penggunaan IT. Di samping itu, guru juga perlu memantau keadaan pelajar tersebut ditakuti mereka mempunyai tujuan yang lain ketika dalam pembelajaran.
Selain itu, peranan sekolah juga penting dalam mengawal 'acess' internet seperti mengunci sesetengah website yang kurang bersesuaian.
Sebagai kesimpulan, ketegasan dan kepekaan guru dan juga peranan sekolah amatlah penting dalam mengawal pelajar dari menyalahgunakan penggunaan IT.
Posted by: Siti Sahirah binti Jamil (06B0844) | September 17, 2009 08:32 AM
soalan 3: Penggunaan games dalam pendidikan.
Pada era globalisasi ini, penggunaan games begitu ketara sekali dikalangan kanak-kanak mahupun remaja. sesetengah games yang dicipta mengandungi unsur pendidikan seperti "test ur brain", "scrabble" dan sebagainya. bagaimanakah penggunaan games ini dapat membantu dalam pendidikan?
Posted by: Md Adi Zulfadhil Bin Abd Rahman (06B0236) | September 17, 2009 08:39 AM
Menjawa soalan 06B0221 pd 2 Sep 2009 :Secara ringkasnya untuk memupuk kesediaan guru jika guru tersebut tidak tahu atau tidak mahir dalam penggunaan IT maka diantara langkah yang perlu dibuat ialah dengan mewujudkan kepimpinan ICT dalam pendidikan serta diselenggarakan oleh pihak atasan. Untuk mewujudkan kepimpinan ICT tersebut perlulah membuat perancangan yang teliti dan tersusun rapi. Dalam perancangan tersebut perlulah diadakan program latihan guru yang intensif dan ekstensif bagi melatih semua guru-guru supaya mahir dan pakar bagi melaksanakan pengajaran berasaskan komputer. Program latihan tersebut bolehlah dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian keramaian guru. Disamping itu juga kemudahan seperti peralatan-peralatan komputer dan infrastruktur termasuk rangkai ICT ke bilik darjah dan ke bilik komputer perlu disediakan dengan lengkap, cekap dan terancang supaya guru-guru dapat melaksanakan tugas pembelajaran dengan lebih berkesan, mudah dan lancar tanpa sebarang halangan.
Posted by: Md Amiruddin Hj Md Zaidi (06B0220) | September 17, 2009 08:42 AM
Soalan Ke - 3:
Sejauhmanakah peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pembelajaran di sekolah-sekolah rendah dan jua menengah di Negara Brunei Darussalam ? Bincangkan..... Selamat Menjawab :)
Posted by: Nurazimah Binti Duah | September 17, 2009 08:43 AM
Jawapan bagi soalan(06B0037) Norsanani binti Hassan
Assalamualaikum,
Pada pendapat saya, menurut soalan yang telah diajukan...sememangnya terdapat banyak kejadian seperti ini berlaku di sekolah-sekolah malahan hal ini berlaku juga ketika saya mengawasi pelajar yang di arahkan untuk ke ICT apabila guru mereka tiada. Kebanyakkan pelajar leka melayari laman web yang langsung tiada berkenaan dengan pengajaran yang telah diajarkan. Masalah ini adalah masalah besar yang wujud dalam penggunaan IT.
Antara usaha yang dapat dilakukan adalah dari pihak sekolah itu sendiri hendaklah menghadkan penggunaan internet yang patut dapat dilayari oleh para guru sahaja. Selain itu guru harus membuat tindakan terhadap pelajar yang didapati melayari web yang langsung tiada hubungkait dengan pengajaran guru.
Guru juga harus bersikap tegas dan sentiasa memerhatikan tindak tanduk pelajar di dalam kelas. Guru juga kalau boleh membuka tabs yang terdapat dalam komputer pelajar untuk melihat sama ada mereka membuka web-web yang kurang sesuai dengan pengajaran guru.
Jadi di sini inginlah saya simpulkan bahawa dalam mengatasi masalah yang timbul ini terdapat banyak inisiatif yang dapat dilakukan namun ini tertakluk kepada pihak kerajaan, sekolah dan juga guru yang perlu memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah ini.
Posted by: Siti Norassimah Haji Kassim (06b0843) | September 17, 2009 08:45 AM
jawapan soalan 3 bagi siti sahirah bte jamil (06B0844):
ICT memainkan peranan yang penting dalam era globalisasi pada masa keni terutama sekali dalam pendidikan. di antara kesan ataupun impak positif penggunaan ICT dalam pendidikan dapat memberikan didikan awal kepada pelajar untuk melahirkan celik IT. selain itu juga dapat memberi peluang pekerjaan setelah tamat tempoh persekolahan. dan akhir sekali dapat masyarakat yang produktif dan inovatif.
Posted by: Md Adi Zulfadhli Bin Abd Rahman (06B0236) | September 17, 2009 08:47 AM
Pelaksanaan pengajaran dengan menggunakan kemudahan tenologi mendatangkan emudahan keada guru, namun tidak semua sekolah belum lagi disediakan kemudahan tersebut. perkara ini secara tidak langsung menjadi masalah terutama kepada guru baru. adakah ini masalah atau peluang kepada guru kerana tidak menggunakan teknologi dalam pengajaran?
Posted by: Abu Zar Abdullah (06B0806) | September 17, 2009 09:51 AM
soalan 3
minggu 6
Pelaksanaan pengajaran dengan menggunakan kemudahan tenologi mendatangkan emudahan keada guru, namun tidak semua sekolah belum lagi disediakan kemudahan tersebut. perkara ini secara tidak langsung menjadi masalah terutama kepada guru baru. adakah ini masalah atau peluang kepada guru kerana tidak menggunakan teknologi dalam pengajaran?
Posted by: Abu Zar Abdullah (06B0806) | September 17, 2009 09:52 AM
Soalan 3 : Adakah penghasilan analisis tugasan dan skill heirarki yang tidak betul akan menjejaskan projek yang akan dihasilkan?
Posted by: Dk Siti Ardiah bte Pg Mohiddin, 06b0810 | September 17, 2009 09:55 AM
Respon kepada soalan Norsanani binti Hassan
Pada pendapat saya, seorang guru harus lebih mengawasi pelajarnya dalam menggunakan IT supaya mereka tidak memasuki laman-laman web yang tidak berfaedah. selain itu, guru atau pihak yang tertentu haruslah memastikan bahawa laman-laman web yang tidak baik tidak dapat diakses oleh pelajar terutamanya di sekolah-sekolah.
Posted by: Norasmadilayati Dahri (06B0233) | September 17, 2009 09:56 AM
Dalam sekolah, setiap pelajar mempunyai tahap kemahiran dan kebolehan yang berbeza-beza. Bagi pendapat anda adakah penggunaan teknologi sebagai bahan pengajaran dapat diaplikasikan kepada semua pelajarnya di dalam sebuah kelas?
Posted by: Norasmadilayati Dahri (06B0233) | September 17, 2009 10:09 AM
Dalam sekolah, setiap pelajar mempunyai tahap kemahiran dan kebolehan yang berbeza-beza. Bagi pendapat anda adakah penggunaan teknologi sebagai bahan pengajaran dapat diaplikasikan kepada semua pelajarnya di dalam sebuah kelas?
Posted by: Norasmadilayati Dahri (06B0233) | September 17, 2009 10:09 AM
Banyak yang memperkatakan perkara yang bersangkut paut dengan SPN21. persoalannya adakah yang memperkatakan perkara tersebut mengetahui sebenarnya sistem perangkaan SPN21? Adakah anda benar-benar mengetahui hal tersebut? Terkecuali untuk yang kumpulan in-service.
Posted by: ruddy (06B0829) | September 17, 2009 10:18 AM
SOALAN 3 (MINGGU 6 & 7)
Bagaimanakah caranya penggunaan IT boleh menjana pemikiran yang lebih kreatif dan bermakna sedangkan penggunaan IT dalam pengajaran hanyalah sebagai alat bantu ajar untuk landasan untuk mengajar. Bincangkan.
Dikesempatan ini saya ingin mohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya.
- Karliyana 17.09
Posted by: Noor Karliyana Hj Matassan | September 17, 2009 10:26 AM
Teknologi sangat berkesan dalam pembelajaran dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar tetapi adakah setiap kali teknologi digunakan dalam pengajaran dan setiap kali itu juga tahap kefahaman pelajar meningkat? Sekian terima kasih..
Posted by: Siti Rabeah Bte Abdul Jalil (06B0837) | September 17, 2009 10:40 AM
Teknologi yang semakin canggih seperti komputer riba, projektor dan lain-lain membolehkan pengajaran guru menjadi lebih baik. Setujukah kamu bahawa teknologi tadi mampu atau dapat memupuk minat pelajar yang bermasalah dari segi pendidikan seperti minat pelajar untuk belajar?
Posted by: Mohamad Khairul Fahiran bin Ahmad | September 17, 2009 10:44 AM
Jawapan bagi Nur Azrina Binti Ramlee 06B0840:
Di antara kelebihan-kelebihan penggunaan multimedia seperti video, audio dan grafik dalam pendidikan adalah seperti berikut:
a. Dalam pembelajaran berbentukan komputer - pelajar dapat didedahkan kepada isi pengajaran - maklumat dapat disimpan secara logik dalam ingatan - mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran secara berkesan.
b. Sebagai sumber maklumat / pengkalan data - mampu untuk menyokong model sebagai sumber maklumat - mencari hubungan atau kaitan dari satu maklumat ke maklumat lain - untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat - memperkayakan serta mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
c. Sebagai bahan kursus untuk memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran - memperkayakan aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk pelajar pra sekolah dan sekolah rendah - menghiburkan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran membaca, mendengar dan berinteraksi secara individu dengan teknologi terkini.
d. Sebagai alat bantu mengajar
- memberi peluang kepada guru mengubah kaedah pengajaran
- menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pengajaran.
Posted by: Nurazimah Binti Duah 06B0222 | September 17, 2009 01:07 PM
Jawapan untuk soalan Norsanani Binti Hassan... pada pendapat saya, untuk mengawal pelajar supaya tidak menyalahgunakan IT ketika dalam pengajaran dan pembelajaran ialah salah satunya dengan menyediakan suatu pengajaran yang menarik minat mereka supaya merreka tidak mempunyai niat untuk membuat kerja lain seperti melayari Internet,chatting dan sebagainya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. selain itu juga dengan memberikan tugasan menggunakan komputer riba haruslah dipantau dari masa ke semasa. kunci utama ialah menyediakan pengajaran yang menarik dan sering berinteraksi dengan pelajar supaya mereka tidak mudah bosan.sekian terima kasih...:)
Posted by: Nurul Hidayatul Munirah Abdullah | September 17, 2009 01:20 PM
Jawapan untuk soalan Norsanani Binti Hassan... pada pendapat saya, untuk mengawal pelajar supaya tidak menyalahgunakan IT ketika dalam pengajaran dan pembelajaran ialah salah satunya dengan menyediakan suatu pengajaran yang menarik minat mereka supaya merreka tidak mempunyai niat untuk membuat kerja lain seperti melayari Internet,chatting dan sebagainya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. selain itu juga dengan memberikan tugasan menggunakan komputer riba haruslah dipantau dari masa ke semasa. kunci utama ialah menyediakan pengajaran yang menarik dan sering berinteraksi dengan pelajar supaya mereka tidak mudah bosan.sekian terima kasih...:)
Posted by: Nurul Hidayatul Munirah Abdullah | September 17, 2009 01:20 PM
Jawapan untuk soalan Norsanani Binti Hassan... pada pendapat saya, untuk mengawal pelajar supaya tidak menyalahgunakan IT ketika dalam pengajaran dan pembelajaran ialah salah satunya dengan menyediakan suatu pengajaran yang menarik minat mereka supaya merreka tidak mempunyai niat untuk membuat kerja lain seperti melayari Internet,chatting dan sebagainya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. selain itu juga dengan memberikan tugasan menggunakan komputer riba haruslah dipantau dari masa ke semasa. kunci utama ialah menyediakan pengajaran yang menarik dan sering berinteraksi dengan pelajar supaya mereka tidak mudah bosan.sekian terima kasih...:)
Posted by: Nurul Hidayatul Munirah Abdullah | September 17, 2009 01:20 PM
Soalan 3( minggu 6-7)
- Penggunaan ICT tidak dinafikan membawa perubahan yang memberangsangkan terhadap pengajaran dan pembelajaran,bukan sahaja membuatkannya mearik dan terkini. Oleh yang demikian, bagaimanakah cara untuk mengembangkan lagi kemahiran ini dikalangan guru-guru. ini kerana bukan semua guru clik terhadap teknologi ICT ini. terutama sekali guru-guru lama.
Posted by: Nurul Hidayatul Munirah Abdullah | September 17, 2009 01:25 PM
Jawapan bagi soalan 2 (azimah duah)- saya berstuju dengan soalan yang dikemukakan oleh awda(Azimah). Tidak semua orang atau pelajar mahupun guru celik dan mempunyai pengetahuan terhadap teknologi. ini mungkin disebabkan kurang kemahiran dan kurang pendedahan terhadap perkara tersebut. Antara faktor ilah kerana tidak mempunyai kemudahan tersebut. Namun hal ini boleh diperbaiki dan diselesaikan jika mempunyai penyelesaian yang terbaik sesuai dengan kemampuan dan kemahuan masing-masing.sekian terima kasih. :)
Posted by: Nurul Hidayatul Munirah Abdullah | September 17, 2009 01:31 PM
Reply bagi soalan ke 3, Nur Azimah Binti Duah. (06B0222)
Bagi pendapat saya, penggunaan teknologi itu meningkat dari segi penggunannya dan memang dipraktikan dan diaplikasikan serta ditekankan di dalam pembelajaran disekolah-sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Ini kerana terdapat kelebihan di dalam penggunannya,misalnya guru-guru boleh menggunakan gambar-gambar (grafik),video,audio dan sebagainya untuk menarik minat pelajar supaya pembelajaran yang dialami oleh pelajar-pelajar akan menimbulkan suasana yang menyeronokkan.
Selain itu ia boleh melatih deria pelajar,misalnya dengan penggunan video,pelajar dapat menghayati atau melihat secara langsung tentang pengajaran atau pembelajaran yang ingin disampaikan itu.
Selain itu ia juga dapat merangsang pelajar untuk berfikir misalnya dalam set induksi, guru boleh menggunakan misalnya grafik untuk melihat sejauhamana pelajar itu mengetahui apa yang ingin disampikan kepada mereka dan sebagainya.
Dapatlah dilihat bahawa terdapatnya peningkatan di dalam penggunan teknologi, maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran disekolah-sekolah.
Posted by: Nur Azrina Ramlee (06B0840) | September 17, 2009 01:41 PM
( SOALAN 3 )
Sila bincangkan masalah-masalah penggunaan komputer dalam pengajaran.
reply to Mohammad Rainie bin Haji Durani (06B0232)
Perlukah seorang guru menghasilkan suatu yang kreatif dalam teknologi untuk pengajaran agar menarik minat para pelajar?
Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya.Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran .Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar.Sehubungan dengan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan denga isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka.
Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar.Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti lebih-lebih lagi dengan pemgunaan teknologi masa kini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran yang berkesan.Seterusnya hal ini akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan yang sedia ada.
Posted by: Md.Roni Fadzilah b. Md Sima Al Islam( 06B0207 ) | September 17, 2009 10:24 PM
RESPON BAGI SOALAN DYG NORSANANI HASSAN, POKOK PERSOALAN "BAGAIMANAKAH SESEORANG GURU DAPAT MENGAWAL PELAJARNYA AGAR TIDAK MENYALAHGUNAKAN PENGGUNAAN IT KETIKA DALAM PENGAJARANNYA?"
Sebagai seorang guru, guru memainkan peranan penting dalam pengurusan bilik darjah iaitu selain penyebar ilmu, segala tingkah laku guru juga akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni.
Dalam pengawalan salah tingkah laku pelajar,guru haruslah mempunyai kepimpinan yang baik agar murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru. Selain itu, kepimpinan seorang guru juga akan membuatkan pelajar menghormati guru. Dengan ini,pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan licin dan berkesan. ( Mok Soon Sang, 2009 : 39 )
Dalam soal kepimpinan seorang guru,pengurusan disiplin bilik darjah juga sering dikaitkan. Dalam www.scribd.com, guru boleh mewujudkan disiplin arahan kendiri selain disiplin yang lain. Disiplin arahan kendiri merupakan disiplin yang bersifat motivasi dalaman. Dengan menggunakan jenis disiplin ini,ia akan dapat memotivasikan pelajar dalam pemelajaran tanpa menggunakan sebarang hukuman / ketegasan.
Perlu difikirkan, adakalanya salah tingkah laku pelajar dalam pemelajaran seperti melayari laman web chat,permainan secara online dan sebagainya bukan disebabkan oleh sebab sikap atau sifat pelajar itu. Dahulu sehingga sekarang, kebanyakkan guru menganggap salah tingkah laku pelajar disebabkan oleh sifat atau sikap pelajar itu sendiri. Tanpa guru-guru sedari, masalah itu wujud disebabkan oleh guru itu sendiri. Antaranya: (www.scribd.com )
1. Kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai dengan tahap pemikiran dan kemampuan pelajar.
2.Guru mewujudkan sosioemosi yang kurang sihat ( bersikap terlalu tegas dan pemarah).
3. Guru tidak mengenali diri pelajar ( personaliti pelajar yang berbeza-beza, konsep kendiri pelajar yang rendah dan sebagainya).
Melalui kenyataan di atas itulah berlakunya sesetengah pelajar yang adakalanya berani memasuki beberapa web yang tidak dikhususkan dalam pemelajaran yang dirancang oleh guru. Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu, antaranya :
1.Memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah.
2.Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pemelajaran dapat berjalan dengan licin.
3.menghormati pelajar-pelajar sebagai manusia biasa ( bukan robot / "super natural" ). Guru hendaklah memberikan layanan yang baik untuk merapatkan hubungan guru dan murid.
4. Teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar-pelajar agar keperluan mereka dapat dilayani.
5.Bahan pengajaran yang disediakan perlu sesuai dengan kebolehan pelajar-pelajar ( tidak terlalu mudah dan tidak pula terlalu susah ).
Kesimpulannya, berdasarkan pendapat beberapa ahli dalam pendidikan, dapatlah saya simpulkan dan saya juga berpendapat bahawa guru tidak seharusnya mengenakan disiplin yang kuat kepada setiap salah tingkah laku pelajarnya. Guru hendaklah menilai dirinya sendiri. Dengan melakukan penilaian kendiri dan refleksi, saya yakin guru-guru itu akan dapat memperbaiki lagi pengajaranya. Pengajaran yang baik pastinya akan melahirkan kawalan bilik darjah yang baik ( terkawal ).
Sekian, "Guru yang mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni akan dapat mengawal pelajarnya dan pengajaran pasti akan berjalan seperti yang dirancang".
Posted by: Norhafizah Binti Julaihee ( 06B0830 ) | September 18, 2009 11:48 AM
SOALAN 3
Menurut Nor Hashim, Maznah & Azlinda (1996) "Teknologi maklumat berasaskan komputer bukan sahaja merupakan bahan
perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga
dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran".
Bagaimanakah teknologi itu boleh menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran? Bincangkan dan huraikan.
Posted by: Norhafizah Binti Julaihee ( 06B0830 ) | September 18, 2009 12:00 PM
Respon kepada soalan 3 Norsanani (06B0037):
Salah satu peranan guru memang patut melakukan pemantuan ke atas pelajar ketika mereka menggunakan ICT di Sekolah.
Perkara ini disebabkan sering terjadinya terdapat pelajar yang menyalahgunakan penggunaan ICT untuk kepentingan hal peribadi seperti bermsn (chatting), download video yang kurang senonoh, bermain video game, laman web yang mempunyai unsur-unsur keganasan dan banyak lagi.
Perkara ini harus dititikberatkan kerana boleh mempengaruhi minda pelajar-pelajar ke arah unsur yang negatif.
Salah satu caranya ialah peranan guru yang mesti melakukan pemantauan ke atas pelajar ketika pengunaan ICT di Sekolah. Guru haruslah mengambil tindakan yang tegas jika terdapatnya pelajar yang melanggar peraturan pengunaan ICT di Sekolah.
Peranan Sekolah juga amat penting dalam hal ini kerana jika wujudnya Sistem Pemantauan Pengunaan ICT di Sekolah sangat membantu bagi pihak Sekolah megemaskinikan laporan mengenai pengunaan ICT tersebut. Misalnya sahaja di Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan inisiatif ICT di Sekolah.
Sehubungan dengan itu, perana ibu bapa juga boleh membantu. Misalnya dengan menggunakan 'parental control' dalam pengunaan ICT ketika berada di rumah. Dengan demikian, dapat mencegah anak-anak mereka dari melayari internet yang tidak berfaedah dan seb